Kisah Kita

Antologi Cerpen Hazzie
Please Subscribe to read the full chapter

Reyhan meletakkan cawan berisi kopi itu untuk kesekian kalinya di atas meja pejabatnya. Ingatannya kepada Ulya masih lagi segar dan tidak pernah padam. Kenapa dia harus lalui semua ini? Setiap kali hujan menyapa ingatan dia kepada Ulya semakin jelas dan kuat. Setiap kali butir-butir hujan menghentam bumbung bak peluru setiap kali itulah dadanya sesak dan meronta-ronta minta ditenangkan. Tetapi dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menghilangkan rasa rindu yang sangat mendalam dan menyeksakan ini. Ulya, gadis kacukan Melayu dan Amerika itu sangat menyenangkan dirinya. Gadis yang menjadi penemannya semasa kuliah di universiti dulu selalu berada di sisinya membantu semua urusannya. Dari urusan pelajaran sehinggalah urusan lain-lainnya.

Dia mengeluh panjang. Asap rokok berkepul-kepul naik ke udara. Rokok di celahan jarinya semakin memendek. Kopi sejuk yang masih berbaki dihirupnya sampai habis. Rokok dipadamkan dengan ditekan ke dalam bekas abu dan dengan pantas blazer biru gelap dicapainya. Irfan Hussaini, pengawal peribadinya yang setia berdiri berjam-jam di hadapan pintu pejabatnya itu dengan pantas membuka daun pintu tersebut untuk Reyhan.

Seperti hari-hari sebelumnya, hari ini berlalu tanpa salah seorang dari mereka sedar. Reyhan selalunya akan menghabiskan masanya di pejabat dengan menyemak dokumen dan laporan, merokok dan termenung berdiri berjam-jam di beranda di dalam ruang pejabatnya. Irfanlah yang setia menunggu dan menyaksikan semua yang dia lakukan sepanjang hari dia di pejabat tanpa menyoal. Pintu kereta dibuka penjaga parkir bangunan itu untuknya sebaik sahaja kakinya jejak ke luar bangunan mewah Menara Lumiere. Enjin Lamborghini Aventador hitam miliknya dihidupkan dengan sekali tekan pada butang di papan pemuka keretanya. Diimport khas untuk lelaki bak putera raja ini.

Irfan pula menyusul dengan kereta yang tidak kurang hebatnya. Audi R8. Kedua-dua kereta itu meluncur laju diikuti kereta-kereta lain yang dinaiki oleh pengawal-pengawalnya yang lain. Jalan raya itu sepi, seolah-olah menjangkakan ketibaan dia yang bakal menggunakan jalan itu pada waktu itu dan ajaibnya, lampu isyarat semua bertukar hijau sepanjang perjalanan pulang. Malam tanpa bintang itu menjadi lebih suram apabila menghampiri kawasan yang gelap tanpa lampu yang menandakan bahawa dia sudah menghampiri kawasan rumah agamnya.

Kesemua pembantu rumahnya dan pemandunya telah berbaris di kiri dan kanan di hadapan pintu bagi menyambut kepulangannya. Dengan serentak kesemua berkata, “Selamat pulang, Tuan.” Setiap hari sepanjang dia hidup, itulah perkataan yang dia akan dengar sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke rumah agam yang kemewahannya tiada tolok tanding. Setiap tahun, pembantu rumah silih berganti. Perasaan gerun dengan hanya mendengarkan namanya ataupun derapan kakinya masih wujud di dalam fikiran semua pekerjanya itu.

Pintu kayu yang besar itu perlahan ditolak dan dibuka. Katil empuk ‘King-sized’ bercadar hitam dan berselimut hijau lumut menjadikan bilik tidurnya itu sesuram hidupnya. Dia melalukan tangannya ke arah Irfan mengisyaratkan supaya beredar dan Irfan segera keluar dari bilik itu kerana khidmatnya untuk hari itu sudah tidak diperlukan lagi. Jam Rolex Submariner hitam ditanggalkan dan diletakkan di atas meja kayu bersebelahan katil. Sepucuk pistol yang berlesen dikeluarkan dan diletakkan di dalam laci meja kayu itu.

Badannya direbahkan di atas katil. Segala lelah yang tadinya melekat di badannya gugur ke atas katil. Segalanya meletihkan Reyhan, letih memikirkan kerja yang masih belum selesai. Dia mencapai telefon pintar kepunyaannya. Skrin telefon pintarnya memaparkan, 12.00 a.m tengah malam. 28 April 2019. Sekali lagi, hari yang paling memeritkan berlalu pergi. Tarikh keramat yang menjadi titik mula pertemuan antara dia dengan Ulya Zaheera yang kini menjadi tarikh tragedi yang memisahkan Ulya dengan dirinya. 27 April 2016 merupakan tarikh dia berkenalan dengan Ulya semasa sambutan hari jadi Ulya di Kafe Chokolatte. 27 April 2018 pula merupakan tarikh yang telah menjadi tanda perpisahan jasad dan roh Ulya. Hari ini genap dua tahun dia jalani hidup tanpa Ulya. Tanpa dia sedar, air matanya menitik ke jambangnya yang dirapi kemas.

Tok! Tok! Tok!

Daun pintu diketuk. Irfan di luar sudah berdebar-debar dan gerun setengah mati mahu menyampaikan berita kepada tuannya itu. Hanya memikirkan tentang apa yang bakal tuannya balas kepadanya itu telah menyesakkan dadanya. Takut-takut dibalingnya dengan arca kecil berbentuk arnab putih yang terletak di sudut kiri katil tuannya ke arah dirinya.

“Masuk.” Suara yang agak dalam dan tidak beralun. Susah dijangka apa yang ada di dalam fikiran tuannya. Daun pintu itu dengan penuh berhati-hati dia tolak. Matanya segera menangkap imej tuannya yang sedang terbaring di atas katil.

“Aku agak benda ini sangat penting dan tidak dapat dielakkan sampaikan kau berani melanggar peraturan 12 – 7 yang aku sudah buat.” Suara tuannya mendatar. Sedikit pun tidak memandang Irfan. Irfan tunduk memandang lantai, cuba dengan sepenuh daya dan kudrat untuk tidak menggigil ketakutan.

“Saya tidak berniat untuk menganggu tuan....Tapi hal ini mustahak.” Dia berusaha sedaya upaya menyembunyikan perasaan takutnya itu. Kering tekak rasanya berhadapan dengan tuannya yang seorang ini.

“What?” Reyhan dengan pantas bangun dan menghadap Irfan. Irfan terkesima seketika dan jantungnya hampir berhenti berdegup. Peluh dingin mengalir di dahinya.

“Cik Yuhanis, hari ini hari terakhir dia bekerja. Tapi sampai ke hari ini, jawatannya masih belum diisi kerana tiada sebarang maklum balas dari pemohon. Kalau tiada setiausaha yang akan mengurus perjalanan kerja tuan esok, segalanya akan sedikit sulit.” Irfan berusaha sehabis mampu untuk mengatur ayat supaya tidak menambah kemarahan tuannya itu.

“Huh, macam mana kau boleh terlepas pandang hal ni.” rungut Reyhan kepada dirinya sendiri. “Baiklah, kalau macam tu, esok saya terpaksa susahkan kamu untuk batalkan semua aktiviti saya.”

“Macam mana dengan mesyuarat untuk persiapan perasmian Hotel Citrine?”

“Batalkan semuanya.” Reyhan tegaskan dengan sedikit menderam.

“Yes sir.” Irfan mengangguk dan dia segera menghilang dari pandangan tuannya itu. Pintu itu kembali tertutup. Sepi kembali bilik besar itu. Di luar, Irfan mengurut dadanya berkali-kali, “Seram aku.” Dia merenung ke syiling. ‘Macam mana aku nak cari pengganti Yuhanis dalam masa kurang dari 24 jam.’ getus hatinya. Setakat ini tiada seorang pun yang bekerja sebagus Ulya kecuali Yuhanis. Mana dia mahu cekup manusia untuk dijadikan pengganti setiausahanya ini? Sekali lagi, matanya melirik ke arah jam antik yang tergantung di dind

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet