Isteri Tanpa Rela

Antologi Cerpen Hazzie
Please Subscribe to read the full chapter

Reyhan Nufail mengeluh panjang. Asap rokok berkepul-kepul naik ke udara. Rokok di celahan jarinya semakin memendek. Kopi sejuk yang masih berbaki dihirupnya sampai habis. Rokok dipadam dan dengan pantas kot biru gelap dicapainya. Irfan Hussaini, ketua pengawal peribadinya yang setia berdiri berjam-jam di hadapan pintu pejabatnya dengan pantas membuka daun pintu tersebut untuk Reyhan. Beberapa lagi pengawal peribadinya yang lain menyusul. Dengan pengawal peribadi yang bertubuh sasa itu sudah pasti tiada siapa pun yang berani mendekatinya walaupun dia sebenarnya tidak perlukan pengawal peribadi kerana dirinya sendiri sudah mahir dengan semua ilmu mempertahankan diri. Tapi, hidup lebih seronok bila ada orang yang tolong bereskan kerja kita. Musuh-musuh yang bila-bila masa sahaja bersedia untuk menyerangnya membuatkan dirinya sentiasa berwaspada dan tidak percayakan sesiapa.

Seperti hari-hari sebelumnya, dia akan menghabiskan masanya mengeluh, berangan dan termenung di dalam ruang pejabatnya yang ‘kecil’. Irfanlah yang setia menyaksikan semua yang dia lakukan sepanjang hari dia di pejabat tanpa menyoal. Pintu kereta dibuka untuknya sebaik sahaja kakinya menjejakkan kaki ke luar bangunan mewah Menara Lumiere. Enjin Lamborghini Huracan hitam miliknya dihidupkan. Diimport khas untuk lelaki bak raja ini.

Irfan pula akan menyusul dengan kereta yang tidak kurang hebatnya. Porsche Panamera. Kedua-dua kereta itu meluncur laju diikuti kereta-kereta lain yang dinaiki oleh pengawal-pengawalnya yang lain. Jalan raya itu sepi, itu seakan-akan boleh menjangkakan ketibaan dia yang bakal menggunakan jalan itu pada waktu itu. Malam tanpa bintang itu menjadi lebih suram apabila kawasan sekitar itu sudah pun gelap tanpa lampu.

Wajah-wajah pembantu rumah yang berbaris di kiri dan kanan, hadapan pintu menyambut kepulangannya. Dengan serentak kesemua berkata, “Selamat pulang, Tuan.” Setiap hari sepanjang dia hidup, sejak dia kecil lagi, itulah perkataan yang dia akan dengar sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke Villa Dahlia. Pembantu rumah silih berganti. Tuan muda berubah kepada Tuan. Tetapi perkataan itu tidak pernah hilang. Perasaan gerun yang wujud dalam diri semua orang yang bekerja dengannya kerana sifatnya itu.

Pintu kayu yang besar itu dibuka. Katil empuk ‘King-sized’ bercadar hitam dan berselimut hijau lumut menjadikan bilik tidurnya itu sesuram hidupnya. Dia melalukan tangannya ke arah Irfan dan Irfan segera keluar dari bilik itu kerana khidmatnya untuk hari ini sudah tidak diperlukan lagi. Jam Rolex Submariner hitam ditanggalkan dan diletakkan di atas meja kayu bersebelahan katil. Revolver yang terselit kemas di dalam kot hitamnya itu diletakkan di dalam laci meja kayu itu.

Badannya direbahkan di atas katil. Segala lelah yang tadinya melekat di badannya gugur ke atas katil. Letih memikirkan kerja yang masih belum selesai. Dia mencapai telefon bimbit kepunyaannya. Skrin telefon bimbitnya memaparkan, 12.00 a.m. 12 April 2019. Hari baru. Kerja yang sama. Rutin yang sama. Fikirnya lagi, bila semuanya bakal berubah.

Tok! Tok! Tok!

Daun pintu diketuk.

“Masuk.” Suara yang agak dalam dan tidak beralun. Susah dijangka apa yang ada di dalam fikiran tuannya. Daun pintu itu dengan berhati-hati dia tolak. Matanya segera menangkap imej tuannya yang sedang terbaring di atas katil.

“Aku agak benda ini sangat penting sampaikan kau berani menganggu aku jam segini.” Suara tuannya mendatar. Sedikit pun tidak memandang Irfan. Menggeletar badan Irfan berdiri di hadapan pintu.

“Saya tidak berniat untuk menganggu tuan....Tapi hal ini mustahak.” Dia berusaha sedaya upaya menyembunyikan perasaan takutnya itu. Berpeluh dingin dibuatnya Irfan saat berhadapan dengan Reyhan.

“Apa yang mustahak sangat sampai kau sanggup ganggu aku waktu-waktu ni?” Reyhan bangun dari katil dan menarik pintu laci dan rokok dinyalakan. “Hm?” Renungan maut Reyhan tepat mengena mata Irfan. Irfan menelan air liurnya - terasa kelat.

“Encik Zul memberitahu saya bahawa dia setuju dengan cadangan yang tuan berikan.” Irfan berusaha mengatur ayat se’formal’ mungkin.

Senyuman sinis segaris terukir di bibirnya, “Okay. Anything else?”

“No sir.” Irfan menggeleng dan dia segera menghilang dari pandangan tuannya itu. Pintu tertutup. Sepi kembali bilik besar itu. Dia merenung ke syiling. Membuat perkiraan – mungkin majlis itu bakal berlangsung paling lambat 3 minggu dari sekarang.

Orang tua itu pasti tak sanggup kehilangan syarikatnya. ‘Siapa lagi yang bakal menggaji pekerjanya kalau bukan aku?’ getus hatinya dengan bangga. Sekali lagi, matanya melirik ke arah jam antik yang tergantung di dinding biliknya. Jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Nafasnya dihela. Suhu pendingin hawa terasa semakin sejuk. Barangkali esok hujan.

Dengan penuh kudrat dan upaya melawan malas yang menggunung di dalam dirinya. Dia melangkah ke satu sudut yang agak gelap di dalam biliknya, almari kayu jati yang besar yang ada di situ menyebabkan pintu itu terlindung dengan cahaya bulan. Di situ ada sebuah pintu kecil yang hanya muat-muat dengan ketinggiannya. Tangan kanannya memegang tombol pintu yang bersadur gangsa, tombol pintu dipulas mengikut arah jam dan perlahan-lahan pintu itu ditolak. Langkahnya diatur ke dalam bilik kecil itu. Setiap hari, setiap kali pulang dari urusan kerja, dia pasti akan datang ke bilik ini dan tertidur di dalam bilik ini. Entah kenapa dia merasakan satu ketenangan yang luar biasa bila berada di dalam bilik ini.

*****

Panas terik yang membakar tubuh kecil Faiha Zaiyani tidak dihiraukan. Hayunan langkah kaki dipercepatkan. Beg tangannya digenggam kemas. Pintu kaca pejabat Ayahnya dibuka dengan kasar. Di dalam pejabat ayahnya, Ayahnya dan dua orang pekerja ayahnya yang sedang berbincang.

“Ayah. Sampai hati Ayah buat Faiha macam ni. Ayah tak bincang langsung dengan Faiha, dengan Ibu. Ayah ingat Faiha ni apa? Anak patung?” dihambur semua yang tersimpan dibenaknya. Dadanya turun naik dengan laju. Penat berlari. Tahan marah barangkali. Terdiam pekerja ayahnya itu.

“Tuan. Kami minta diri dulu.” Kedua-dua mereka segera keluar dari bilik.

“Where’s your respect, sayang?” soal Ayahnya lembut. “Ayah ada dengan pekerja ayah tadi.”

Faiha Zaiyani mengeluh perlahan, “Ayah. Kenapa Ayah sanggup jodohkan Faiha dengan duda buaya tu?” soal Faiha Zaiyani. Memandang tepat ke arah muka ayahnya yang sudah berusia separuh abad. “Dan Faiha langsung tak tahu. Dan kawan Faiha yang kasi tau Faiha...Apa ni Ayah??”

“Faiha, duduk dulu nak.” Ayahnya melalukan tangannya ke arah sofa berwarna krim di hadapannya. 

Faiha Zaiyani menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. “Faiha sayang Ibu tak? Sayang Ayah tak?”

Muka Faiha berubah – terkejut. “Soalan apa yang Ayah tanya nih? Mestilah sayang.”

“Then, kawin dengan Reyhan.” Renungan mata ayahnya seakan-akan tembus terus ke anak mata Faiha

‘Hell no!’ bisik hati kecil Faiha.

*****

Matanya melirik ke arah jam dinding. Tepat pukul 10 pagi. Nak lari macam mana nih? ‘Sempat lagi ni kalau aku lari’ desis hatinya. Baju pengantin berwarna ungu membaluti tubuh kecilnya itu. Selendang ungu dipakai. Kenapa rasa macam masa berlalu sangat pantas? Allahu~

“You look gorgeous, babe!” jerit Farah.

“Look at you darling, mesti Reyhan tersedak tengok kau...hehehe” usik Yuni pula.

Celoteh-celoteh rakan sekerjanya sedikit sebanyak menceriakan suasana biliknya itu. ‘At least, they are happy for me. Aku tak gembira tak pe, asalkan family aku and kawan-kawan aku happy.’

“Senyum la sikit...” ujar Farah, mengenakan selendang putih dan dipinkan ke tudung putih yang dipakainya. Senyuman paksa diukir di bibir merahnya itu. “Sure Reyhan cair tengok kau...” hilai tawa pecah.

Pintu diketuk. Bilik itu terus sepi.

“Eh Faiha, cik abang kau dah tak sabar ke?” usik Yuni, menyiku lengan Faiha.

“Ish kau ni, jangan merepek lah...” marah Faiha. Seraya itu, muka pucat ibu Faiha Zaiyani muncul di sebalik daun pintu ungu kamar tidurnya. Ibunya yang lumpuh separuh badan dek kemalangan beberapa tahun lepas masuk dengan berkerusi roda. Sejak lumpuh itu, ibu sering sakit-sakit.

“Cantiknya anak ibu...” senyuman terukir di bibir ibu tercinta. Faiha langsung bangun dan menghampiri ibunya, dia membalas senyuman ibunya dengan satu pelukan yang amat erat.

“Faiha, kitorang turun bawah dulu ea...” kata Farah, menarik daun pintu. Pintu bilik itu tertutup. Tinggal dua anak beranak itu bersendirian di dalam bilik yang telah siap dihias. 

“Ibu, please don’t cry...Semua orang happy hari ni...” Faiha mengesat air mata ibunya.

“Ini air mata gembira. Bukan sedih. I’m happy for you dear...” Sang Ibu memeluk badan anaknya dengan erat. Beberapa minit lagi, si anak bakal menjadi isteri orang. Susah nak berjumpa nanti.

Sebak di hati bukan kepalang. Akhirnya menitis juga air mata si anak. Sedih juga bila ibu mengatakan sedemikian. Sang ibu cepat-cepat mengesat air mata anaknya. “Jangan nangis sayang. Nanti rosak make-up...” ibunya tersenyum.

Faiha mengangguk perlahan. “Ibu turun bawah dulu...”

Akhirnya, dia bersendirian. Macam-macam bermain di fikirannya. Matanya melirik ke kiri dan kanan biliknya. Pasti ada sesua

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet