Semusim Bersamamu

Antologi Cerpen Hazzie
Please Subscribe to read the full chapter

Ulya Zaheera menghirup udara segar yang berpuput di luar tingkap hospital sesekali dia membetulkan letak tudungnya. Bumi Tanah Ratu itu sekali lagi dijengah dengan bayu dingin musim luruh. Sebelum dia menjadi pengunjung tetap hospital ini dia sering menghabiskan masanya di luar dengan melukis dan menulis apa yang dia nampak di dalam buku nota hijaunya. Wajah pucat Ulya tersenyum menikmati udara segar itu. Pipinya dibelai lembut oleh bayu musim luruh itu. Lagi beberapa minggu lagi musim sejuk pula bakal menjengah. Musim yang Ulya sentiasa ternanti-nanti. Musim kegemarannya. Jika sesiapa bertanya kenapa dia sukakan musim sejuk, jawapannya satu sahaja. Kedinginan, kesejukan musim sejuk dan keganasan ribut salji menjadi bukti bahawa selain dirinya yang terperuk di dalam wad akan ada orang lain juga yang akan terperuk di dalam rumah masing-masing. Sejak dirinya disahkan menghidapi barah, segala aktivitinya terhad dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital.

Ulya bercadang untuk pergi ke tempat yang dia sering kunjungi semasa dia masih sihat dahulu selepas berakhirnya musim sejuk tahun ini. Kalau kesakitan ini menggambarkan kehidupannya yang menyedihkan, ketiadaan ibu ayah untuk dijadikan tempat mengadu sakit pening lagi menyedihkan. Setiap kali dia teringatkan kenyataan bahawa dia sebatang kara di dunia ini pasti matanya akan menitiskan air mata. Tahun ini genap 4 tahun dia bermastautin di tanah asing bersama keluarga bapa saudaranya yang merupakan abang almarhum ayahnya. Bapa saudaranya, Pak Long, bertugas sebagai pakar bedah di hospital yang dia berada sekarang. Setelah kehilangan kedua-dua orang tuanya dalam kemalangan 4 tahun lalu, Pak Long dan Mak Longlah tempat Ulya mengadu.

Dahulu sebelum dia disahkan sakit dia sempat ke universiti dan sambung dalam bidang kejuruteraan mekanikal tetapi sekarang semuanya tergendala. Mungkin takdirnya sudah semacam ini. Masa ini dia pasrah. Saat namanya diseru, dia segera berpaling ke belakang dan wajah ceria Alya Zafira, sepupunya sampai ke retina matanya. Senyuman segaris terbentuk di bibirnya.

"Doktor cakap kau dah boleh balik tengahari ni." Beritahu Alya Zafira. Dia datang bersama sebuah beg berwarna coklat di tangan kanannya. "Kau jangan risau, Pak Long dah uruskan urusan discharged kau." Ulya Zaheera sekadar mengangguk perlahan. Lemah tubuhnya walaupun mahu membalas perbualan Alya.

Sebulan sudah musim bunga menjengah, akhirnya dia berjaya mendapat izin bapa saudaranya untuk pergi ke tempat kegemarannya. Senyuman lebar terukir di bibirnya sebaik sahaja kakinya berpijak ke lantai rumput berhampiran tasik di kawasan universitinya. Sesi pembelajaran di situ belum tentu dia dapat hadiri dengan kondisi tubuhnya yang memerlukan lebih pemerhatian dari doktor jadi fikirnya sudah cukup rasanya sekiranya dia dapat berada seketika di tasik kegemarannya. Dia perlahan melabuhkan duduknya di pinggir tasik dan mengeluarkan buku nota hijaunya yang masih elok walaupun warnanya telah sedikit luntur. Dia mengeluarkan sebatang pensel dan mula melakar pemandangan senja tasik itu.

Dia terbawa ke peristiwa di mana dia menangis dengan semahu-mahunya di sebalik pokok besar yang kini sudah mengeluarkan bunga merah jambu yang cantik. Masih segar di ingatannya di saat kali pertama dia diberitahu bahawa dia sedang menghadapi barah. Dunia terasa gelap seketika dan ketika itu di dalam fikirannya dia mahu ke tasik ini dan bersendirian. Dia menangis ditemani bayu yang berpuput lembut dan rumput menghijau yang meliang-liuk. Semua itu berlaku dua tahun yang lalu. Betapa lajunya masa berlalu. Senja-senja sebegitu sudah tentu ramai pelajar memilih untuk beriadah di sekitar tasik itu. Ada juga yang memilih untuk berehay dengan hanya terbaring di atas alas kain dan memandang ke langit. Dia terima kalau inilah suratan takdirnya. Jauh di dalam sudut hatinya dia bersyukur yang tidak lama lagi dia bakal pergi. Sekurang-kurangnya dia sudah tahu yang ajalnya sedang menunggu. Sekurang-kurangnya setelah ini dia tidak akan mempunyai gelaran anak yatim piatu.

Masa terasa berlalu dengan sangat laju sehinggakan musim panas berlalu tanpa dia sedar. Dengan segala sesi rawatan itu menyebabkan dia sudah tidak terkira berapa jam dia sering habiskan di hospital. Kini musim luruh pula yang menemani tubuh lemahnya itu. Dia masih lagi mengunjungi tasik itu sehingga kini dan suka menghabiskan masanya dengan melukis di dalam buku notanya itu. Semasa dia asyik melukis, dia terasa pandangannya semakin kabur. Kepalanya juga terasa ringan seperti di awang-awangan. Dia cuba menggeleng perlahan kepalanya untuk menghilangkan pening yang sangat mengganggu. Saat itu dia sedar yang dia perlu segera menelefon Alya. Semasa dia menyeluk ke dalam beg sandangnya. Pandangannya menjadi kelam.

Kelopak matanya berkelip-kelip seketika sebelum matanya boleh memproses apa-apa imej yang muncul di hadapannya dan betapa lega hatinya saat wajah Pak Long dan Mak Long muncul di hadapannya. Alya tidak pula kelihatan. Mahu bertanya tapi tubuhnya terasa sangat lemah. Dia hanya memberikan senyuman lemah dengan bibirnya yang pucat itu.

Dzarif menunggu di luar dengan cemas. Dzarif Muti' merupakan pelajar tahun terakhir di universiti yang pernah Ulya belajar. Alya muncul di luar ruang kecemasan dan menapak ke arah Dzarif. "Is she okay?" dia bertanya dengan nada risau.

"She'll be okay. May I know who are you?" Alya berasa ingin tahu. Siapakah gerangan jejaka yang berada ketika sepupunya pengsan tadi.

"I'm one of her classmates, I'm from Malaysia too. Dzarif." Dzarif memperkenalkan namanya.

"Saya Alya. Sepupu dia. Saya bagi pihak ibu dan ayah saya nak ucapkan teirma kasih sangat-sangat." Giliran Alya pula yang memperkenalkan dirinya sebelum dia mengucapkan terima kasih kepada Dzarif.

"It's not a big deal. I'm glad I can help." Balas Dzarif sopan.

"Come. She deserve to know her savior." Alya mengundang Dzarif masuk ke dalam wad.

Sejak dari hari itu, Dzarif sering menghabiskan masanya di hospital itu menemani Ulya dan Ulya kini tidak lagi kesunyian ditemani jenaka-jenaka Dzarif yang sehingga sekarang Ulya tidak memahami maksudnya. Ulya memandang sepi panorama luar dari katil hospital. Tahun ini merupakan tahun ketiga dia menetap di hospital. Masih ada peluangkah untuk dia hidup seperti orang lain? Kenapa dia yang perlu hadapi semua ini adalah soalan yang sering dia tanya tetapi tiada jawapan. Demikian terjadi kerana tiada siapa tahu atas hikmah apa hal ini terjadi dan atas alasan apa Allah memilih dia diuji sebegini. Pintu wadnya terkuak luas. Sesosok tubuh melangkah masuk ke dalam.

"Assalamualaikum, Ulya are you okay?" soal Dzarif. Dia meletakkan segala bungkusan yang dibawanya ke atas meja di hujung katil.

Ulya hanya mendiamkan diri dan hanya memandang ke luar tingkap.

"Aku tanya kau ni, kenapa diam ni?" soal Dzarif lagi memandang wajah Ulya meminta jawapan.

"Kau rasakan aku ni boleh hidup sampai umur berapa?"

"Jodoh, ajal semua rahsia Allah." Balas Dzarif. "You have to be strong. Sekarang ni, jom!"

"Kau nak bawa aku pegi mana ni?" soal Ulya.

"Ikut jer la..."

Sebaik sahaja mereka sampai ke taman bunga yang bertentangan dengan kafeteria di bahagia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet