Pertama dan Terakhir

Antologi Cerpen Hazzie
Please Subscribe to read the full chapter

Bau ubat yang agak tajam dan kuat menusuk hidung Ulayya. Suram suasana di ruangan menunggu Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar walaupun sebenarnya sesak dengan manusia. Ulayya menjenguk-jenguk ke dalam bahagian ICU beberapa kali tetapi kelibat Bad belum muncul. Salah satu sebab dia tidak suka ke ruangan ICU kerana perlu menunggu lama. Resah, risau, sedih, marah, penat semuanya bercampur baur. Dia dah sedarkan diri ke? Ahhh, susah hati betul. Muka Tariq muncul setelah beberapa minit, muka dia tidak seperti yang Ulayya harapkan. Matanya merah, nafasnya tertahan-tahan.

"Dia dah tak ada." Ayat yang mudah itu terus menusuk ke hati Ulayya bagai peluru. Menggeletar lutut Ulayya mendengarkannya. Terduduk Ulayya di situ. Fikirannya menjadi kosong serta-merta. Tiada apa yang tertinggal di otaknya untuk dikatakan. Aqila yang dari petang semalam tunggu di situ terus menangis semahu-mahunya. Adik dan kakak Adib berpelukan dan menangis teresak-esak. Kawan-kawan Adib dari UTM yang turut menunggu di situ semuanya mengalirkan air mata. Sebak mendengar berita itu.

Memori Ulayya terusik dan beberapa kejadian lalu kembali ke ingatan Ulayya.

Ulayya berlari-lari anak mendapatkan Adib yang sudah jauh ke hadapan. Laju saja tangannya mencapai botol air dari beg galasnya dan mengetuk kepala Adib sekuat hatinya.

"Hoiii! Sakit la ngek!" Adib meninggikan suaranya.

"Hehehe...sakit ea? Sorry. Sorry." Ulayya tersengih – melihatkan mimik muka Adib yang memang jelas sakit akibat diketuk tadi. Rasa bersalah perlahan-lahan bersarang di hati. Adib menggelengkan kepalanya – menghiraukan perangai senget sahabatnya yang sorang ni.

Butang naik dipintu lif cepat-cepat Ulayya tekan. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam lif. Sepi. Ulayya sibuk menatap skrin telefon bimbitnya dan tersenyum sorang-sorang. Lif turut berhenti di aras 2, aras 3 dan aras 4 dan semakin ramai yang melangkah masuk.

Sampai juga Ulayya ke aras 5, Ulayya sempat melambai ke arah Adib sebelum pintu lif itu tertutup. Seperti biasa, Ulayya sibuk menyiapkan buku log, laporan latihan industri dan slaid pembentangan. Baik buat sikit-sikit, nanti tak lah sibuk nak siapkan.

Sedar tak sedar, jam menunjukkan tepat jam satu petang. Satu-satunya waktu untuk mereka merepek berjemaah. Pintu ofis yang berada di depan tempat Ulayya terbuka. Adib muncul di depan pintu.

"Jom turun lunch." Ajak Adib, mukanya nampak ceria. Barangkali dah lupakan dendam kesumat pagi tadi. "Diorang semua dah turun tunggu kita kat bawah."

Ulayya mencapai telefon bimbit, dompet dan kad akses pejabat sebelum dia bersama-sama melangkah keluar dengan Adib. Ulayya dan Adib yang baru kenal tak sampai dua bulan sudah rapat mengalahkan hubungan sahabat baik. Semua Adib tahu pasal Ulayya. Bagi Ulayya, Adib ni macam seorang abang yang sangat-sangat prihatin dengan adik-adiknya walaupun kadang-kadang perangai manja dan mengadanya itu mengalahkan perangai budak-budak. Biasalah, buddies till Jannah. Nani, Tariq, Kak Pia, Yusuf, Zafri dan lain-lain budak praktikal sudah berada di bawah.

"Jauh sangat ke tingkat 5 dengan 6 tu. Lama sangat singgah. Nak pegi jemput je pun." Usik Tariq.

"Entah, orang suruh dia wassap, gedik nak pegi panggil jugak." Tambah Nani pula.

"Well, kitorang nanti kan nak tinggal serumah. Kena la praktis." Selamba saja dia membalas. Ulayya yang sememangnya kenal dengan sikap Adib yang tiba-tiba saja dia boleh menggila.

"Cehhh, macam la kita ni nak kat dia." Balas Ulayya.

"Tumpang lalu." Jururawat itu meminta laluan kepada Ulayya sekaligus menarik Ulayya dari lamunannya.

Tubuh Adib diusung keluar untuk dibawa pulang ke rumahnya.

Air mata Ulayya tidak berhenti mengalir tapi tiada suara keluar dari mulut Ulayya. Barangkali sudah tidak bersisa tenaga yang ada untuk bersuara, semuanya hilang. Lenyap. Tariq, Nani dan Zafri menemani Ulayya keluar dari wad kecemasan ke petak parking hospital. Kereta sedan itu meluncur laju meninggalkan hospital dan menuju ke rumah Adib.

Sekali lagi dia mengelamun jauh. Dia teringat peristiwa seminggu yang lalu.

Ulayya, Adib, Nani, Tariq dan Kak Pia melangkah masuk ke dalam perut kereta sedan milik Ulayya. Walaupun mereka itu berlima sahaja tetapi riuh di dalam kereta itu semacam mereka itu naik sekampung.

"Weyh, ni mungkin kali terakhir kita lunch sekali sebelum masuk Ramadhan." Ujar Tariq, yang bakal menamatkan latihan industrinya tiga hari lagi.

"Alaa Tariq, jangan la cakap macam tu," celah Kak Pia. "Sedih kot dengar."

Adib yang berada di tempat pemandu bersuara, "Nanti ada rezeki kita lepak la lepas raya ni." Kereta mereka mendekati simpang empat.

"Signal belah kiri, Adib." Pesan Ulayya.

"Ya orang tau la. Orang dah lama praktis bawa kereta ni. Nanti kereta ni nak jadi aku punya gak." Adib berseloroh.

"Cehhh, tak habis-habis dengan angan-angan dia yang ntah apa-apa tu." Ulayya menjulingkan matanya.

"Ulayya, jom turun." Panggil Zafri serta-merta menarik Ulayya kembali ke alam realiti. Mereka berempat menapak ke arah rumah Adib. Esak tangis Kak Pia sekali sekala terdengar. Pantang tidak diajak berbual Ulayya akan mengelamun.

Adib mengeluh panjang. Berkerut dahinya merenung skrin laptop Acer miliknya menyiapkan laporan latihan industri yang perlu dihantar tiga minggu dari sekarang. Kalut melengkapkan buku log dan juga slaid yang perlu dibentang minggu hadapan.

"Amboihh, kedut betul dahi kau. Meh aku iron sikit." Usik Ulayya yang baru melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat.

"Kau jangan nak buat lawak kat sini ea. Aku tak siap lagi ni. Dah jangan kacau aku." Adib membalas. Serious semacam jer bunyi.

"Pffft...Nak mengusik pun tak boleh." Cebik Ulayya – kononnya merajuk. "Tak boleh bawa masuk kubur pun semua ni."

"Tak yah nak acah merajuk la. Macam aku kenal kau sehari dua ni. Kau pun sama je kalau buat kerja. Toleh kiri kanan pun t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet