Tinggal Kenangan

Antologi Cerpen Hazzie
Please Subscribe to read the full chapter

                           

 

“Kay?” Hisyam bertanya. Mulutnya hampir terlopong melihat penampilan Mikayla Izzani yang sudah berubah. “L-lambatnye sampai...” Hisyam tersenyum – segak memakai baju melayu berwarna hijau lumut. Hussaini yang segak memakai songkok hitam berbaju hijau lumut. Suhail yang berjubah hijau lumut dan kopiah hitamnya itu sekali Mikayla tengok dah macam peserta Imam Muda.

“Dah kalau lawa macam ni konfem la lambat,” tambah Suhail – cuba mengusik Mikayla dan Delila. “Kay, Del, seriously, you both look amazingly gorgeous!” usik Hussaini pula.  Mikayla menjulingkan matanya. ‘Perli aku pulak dia ni. Aku lempang japgi, makan nasi tak habis kot.’ Di situ juga ada Ella, Syaima dan Qisya yang sedang berbual sesama sendiri.

“Kay...Dah berjanggut kitorang tunggu korang dua tau tak?” Syaima bersuara – mukadimah leterannya. Mikayla meluru mendapatkan Syaima dan memeluk. Rindu yang amat sangat kepada mak jemah ni sorang.

“Sorry la...Mana pengantin tu?” tanya Mikayla.

“Weh sini la!” Irfan yang masih berada di dalam bilik air memanggil.

“La dalam toilet lagi ke kau ni!” Mikayla membalas. Entah kenapa hati Mikayla berdebar-debar. Mungkin juga sudah 3 tahun dia tidak bersemuka dengan Irfan. Setelah mereka bersetuju membawa haluan masing-masing selepas zaman universiti, Mikayla dan Irfan sudah tidak menghubungi satu sama lain. Baru-baru ini sahaja, Irfan kembali menghantar mesej kepada Mikayla memberitahu tentang perkahwinannya dengan Annisa.

“Weh, kitorang turun gi lobi ea. Sesak pulak bilik ni. Penuh dengan anak-anak dara. Seriyau cek.” Tambah Hisyam sebelum melangkah keluar. Hussaini dan Suhail juga keluar membuntuti Hisyam.

Mikayla pula melangkah masuk ke dalam bilik air, Irfan yang masih belum berjaya memakai sampin ungu bersulam bunga emas. Ternganga Irfan sebaik sahaja dia terpandang Mikayla yang sudah berubah 360 darjah. Sudah pandai bergaya. Kalau dulu muka Mikayla tidak ada secalit bedak pun, tetapi sekarang dia sudah pandai berhias. 

“Fan!” suara Mikayla naik satu oktaf apabila Irfan tidak memberikan sebarang respon kepada soalan yang ditanyanya.

“Sorry, apa kau tanya tadi Kay?” soal Irfan pula.

“Mana ada aku tanya apa-apa pun. Nah aku dah ironkan sampin kau.” Walaupun Mikayla dapat merasakan suasana janggal, dia tidak membiarkan suasana terus menjadi janggal. “Haih, dah nak nikah pun tak pandai pakai sampin lagi ke?” senyum Mikayla menampakkan sebaris gigi hadapannya.

“Kay, you look...”

“Different? I know. Muka aku nampak pelik kan bila conteng macam ni.” Tambah Mikayla. “Dah siap dah, jom turun lobby. Family kau semua dah ada kat bawah.”

“No. You look beautiful.” Bidas Irfan. Mikayla tergamam. Otaknya tidak dapat menghasilkan sepatah perkataan pun untuk dikatakan. Mikayla yang terkelu cepat-cepat memberitahu dirinya sendiri, ‘Kay, episod ‘cinta’ kau dengan si Irfan ni dah habis. It’s over. Kau tak payah nak acah-acah terimbau nostalgia sangat.’

“T-thanks. Jom.” Mikayla keluar dari bilik air meninggalkan Irfan yang masih lagi berada di dalam bilik air.

Masjid berkubah kuning sudah kelihatan dari jauh sebaik sahaja Syam a.k.a Hisyam membelok ke kiri di persimpangan tiga. Perlahan kereta mereka mendekati rumah itu. DJ radio dan perbualan Hisyam dan Mikayla mengisi sepi kereta. 

“Kay, ‘ex’ kau dah nikah. Kau pulak bila nak nikah?” soal Hisyam, memusing stereng ke kiri, masuk ke perkarangan masjid. Beberapa buah kereta sudah memenuhi perkarangan masjid. Kereta Encik Ahmad dan kereta Delila turut berhenti berhampiran dengan ruang parking berbumbung di situ.

Kereta yang dipandu Hisyam berhenti di hadapan pintu masjid. Hisyam memandang ke arah Mikayla yang hanya mendiamkan soalan Hisyam yang tadi. “Well, Irfan tu bukannya ex aku lah. Kitorang ni kawan baik sangat-sangat, tu yang korang ingat kitorang ni bercinta. Lagipun Irfan kan dari zaman kita Universiti lagi dia bercinta dengan Annisa. Kau jangan la nak merepek pulak.” 

“Takla, aku tengok tadi muka si Irfan tu macam dah angau balik dengan kau tau. Dari dekat lobi tadi lagi aku perasan yang dia tenung kau.” Hisyam membalas.

“Ish kau ni, perasaan kau je tu. Tak pun dia tenung aku sebab lama tak jumpa aku, kan?” Mikayla membalas sambil melangkah keluar dari perut kereta Hisyam.

“Jangan-jangan cinta lama dah berputik balik, tak?” teka Hisyam.

“Hisyam!” suara Mikayla naik satu oktaf. “Jangan mengarut la, kawan kita tu dah nak nikah japgi. Kau jangan sampai aku lempang kau.” Mikayla mengugut.

“Okay, sorry.” Hisyam mengangkat kedua tangannya – mengalah.

Syaima, Ella dan Qisya turun dari kereta Delila dengan membawa sebahagian hantaran. Irfan sudah tidak dapat bertenang lagi dia hanya berdiri di hadapan pintu masjid dan tidak melangkah masuk pun. Peluh dingin mula kelihatan di dahi. Annisa yang sudah resah menunggu di dalam masjid memandang ke arah Irfan.

“Syam...tu pegi tengok hamba Allah yang sorang tu...ketar tak habis-habis lagi...” Mikayla yang tangannya penuh dengan dulang hantaran mengunjukkan kepala ke arah Irfan. Hisyam menggeleng – tersenyum, geli hati melihat sahabatnya yang sorang ni takut.

Hisyam menapak meninggalkan Mikayla dengan Delila. Delila memanggil Mikayla dengan suara yang separuh berbisik, “Pstt...Weyh, aku tengok Irfan tu macam tak okay je.”

“Takdelah, dia tu nervous nak nikah je. Takde pape serius pun.”

“Jangan-jangan dia berubah fikiran bila dia nampak kau tadi kot?” Delila serkap jarang. 

“Del, please stop spouting nonsense. Tak baik la. Dia nak nikah dah ni. Tolong la doa yang baik-baik kat dia.”

“Tak la, padanla dengan muka dia. Sapa suruh dia tinggalkan kau dulu. Haaa, baru kau nak nyesal sekarang.” Delila menambah – geram.

“Delila!”

“Okay, okay, ok

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet