Chapter 5

Fake friend(Best Friend)
Please Subscribe to read the full chapter

         Taehyung terkaku. Matanya membulat apabila lelaki di hadapannya itu memanggil nama penanya yang orang rapat dengannya yang guna. Lelaki itu juga berekpresi sama dengannya. Kedua-dua mereka terdiam dengan mata tidak berkelip memandang satu sama lain sebelum Jimin cepat-cepat mendehem. Mukanya kembali serius.

          "Hai, Taehyung, Seokjin. Saya Jimin. Saya.." Ayat Jimin tergantung. Jinhee dan Madam Kim saling berbalas pandangan sebelum memandang Jimin. Mereka tertanya-tanya kenapa Jimin seakan-akan mahu berkata sesuatu tetapi hanya diam. Jimin mengeluh sebelum membuka mulut,mahu menyambung ayatnya tetapi ada suara yang memintasnya.

          "Lama tak jumpa, Jimin" Muka Taehyung serius menuturkan ayat itu. Matanya merenung tajam kearah Jimin yang terkejut mendengarkan respon Taehyung. "Aku tak sangka aku akan jumpa kau lagi dan yang paling aku tak sangka aku boleh jumpa kau dekat majlis macam ni" Tangannya menunjuk di dalam dewan yang sedang mereka hadiri ini seakan-akan memberitahu bahawa Jimin tak layak berada dalam majlis mewah seperti ini. Taehyung menunggu reaksi Jimin yang sedih dan rasa terhina apabila disindir dia namun apa yang mengejutkan Taehyung ialah Jimin hanya tergelak kecil sebelum memasukkan tanggannya ke dalam poket seluar.

          " Betul tu. Aku pun sebenarnya tak sangka aku boleh ada dekat sini. Sepatutnya aku tengah urus resort aku tapi tu lah, ibu aku suruh aku datang sini jugak. Takkan nak tolak pulak kan" Ayat Jimin yang bersahaja itu membuatkan hati Taehyung panas. Dengan cepat, dia mahu membalas peluru itu dengan bom tetapi abangnya sudah mendahului. " Korang berdua kenal ke sebelum ni?" Wajah hensem Seokjin berkerut mendengar perbualan mereka berdua yang 'agak' mesra itu. Jinhee dan Madam Kim turut tertanya-tanya.

"Kami kawan"

"Pernah kawan"

 "Yelah, sebab masing-masing ada kehidupan sendiri dah"

"Aku bahagia dengan kehidupan a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet