Chapter 3

Fake friend(Best Friend)
Please Subscribe to read the full chapter

Dua tahun kemudian...

 

"Kim Taehyung!!! Bangun!!"

Suara tersebut menjerit kuat di tepi telinganya. Pemuda berusia 21 tahun itu masih dibuai mimpi walaupun keadaan di dalam banglo itu riuh rendah. Abang angkatnya tidak berputus asa dalam mengejutkan adiknya yang memang dikenali sebagai orang paling susah hendak bangun. Tiada pilihan, Seokjin mengambil spray yang berisi air sejuk dan ditembak tepat di wajah kacak Taehyung.

          Taehyung terkejut dan terus bergegas keluar dari bilik kerana disangka tempat mereka dilanda banjir. Matanya membulat, mulutnya melopong. Seokjin yang melihatkan itu tidak mampu menahan dan tergelak besar di situ.

"Yahh hyung, kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau tak gerak aku elok-elok? Kau buat aku takut tau tak?". Muka Taehyung mencuka. Mulut sengaja dicebikkan. "Yelah. Kalau aku tak buat macam tu, kau akan terus tidur. Kau sedar tak tengah hari ni ada jamuan. Uncle Lee jemput family kita. Mama dan papa dah bagi hint supaya kita pergi. Itu arahan mandatori.". Panjang lebar ayat Seokjin. Setelah menggosok matanya beberapa kali, baru Taehyung perasan betapa segaknya Seokjin pada pagi yang sepatutnya orang-orang seperti Taehyung tengah tidur tapi nasib tidak menyebelahinya. Dia terpaksa bangun untuk menghadiri jamuan yang orang-orang ternama adakan. Tapi tak mengapalah, perutnya akan terisi nanti. Dia sudah membayangkan makanan-makanan lazat yang akan terhidang di sana.

          Tapi dia yakin abang angkatnya itu membayangkan benda lain selain makanan. Tengoklah dari segi dia berpakaian pada waktu itu. Siap pakai suit! Merah pulak tu! Siapalah target Seokjin kali ni? Perempuan malang mana yang akan cair dengan kata-kata manis Seokjin? Tambahan lagi, raut wajah abangnya itu bukan biasa-biasa. Worldwide Handsome, itulah nama pena abangnya.

          "Hyung tahu hyung hensem. Kau tak perlu cakap apa-apa. Cukuplah reaksi muka kau tu. Kau terkejut dengan kehenseman aku yang semakin hari semakin bertambah ini". Ayat tersebut bersama pinggang dicekak sungguh tidak sepadan. T

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet