Chapter 2

Fake friend(Best Friend)
Please Subscribe to read the full chapter

            Lisa tersenyum sendiri. Rancangannya untuk putuskan persahabatan antara Jimin dan Taehyung berjaya. Dia akhirnya dapat berdua dengan Jimin tanpa adanya Taehyung untuk mengacau. Memandangkan Taehyung rapat dengan Jimin, dia langsung tiada peluang untuk mendekati Jimin. Disebabkan itu, muncul idea jahat yang membuatkan Lisa tanpa ragu-ragu menggoda Taehyung.

           Dia membuatkan Taehyung jatuh hati kepadanya agar dia boleh mendekati Jimin. Disebabkan Taehyung selalu rapat dengan Jimin, jadi di mana sahaja Taehyung pergi, Jimin akan ikut sekali. Melihatkan itu, mudahlah bagi Lisa untuk menjalankan rancangannya.

          Pada malam itu, dia mengajak Taehyung untuk keluar berjumpa di taman, tempat dimana mereka sering bertemu. Taehyung setuju tapi dia tidak tahu yang Lisa sudah sepakat dengan Jennie,kawannya untuk mengenanya. Pada malam yang dijanjikan, Taehyung datang ke taman itu namun Lisa tidak muncul. Seperti dirancang, Jennie mendekati Taehyung.

"Hey,Taehyung"

"Jennie? Apa kau buat dekat sini?"

"Aku datang sini nak beritahu yang Lisa tunggu kau dah lama jadi dia dah pergi"

"Dia dah balik ke?"

"Taklah, dia pergi bilik kau"

           Taehyung terkejut. "Bilik aku? Buat apa?". Jennie hanya menjongket bahu sebagai renspon. Taehyung tanpa berlengah terus pergi menuju ke asrama mereka. Jennie tersenyum. Rancangan mereka hampir berhasil. Lisa yang sudah berada di dalam bilik Jimin dan Taehyung menyelesakan dirinya dengan berbaring di atas katil yang terdapat di situ. Jimin masih berada di dalam bilik air. Dia tidak mendengar pintu bilik mereka dibuka dan kalau dia dengar pun, dia akan menjangkakan itu Taehyung.

           Dan bayangkan betapa terkejutnya Jimin apabila dia keluar dari bilik air, Lisa sedang elok berbaring di atas katil dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Yang paling membuat dia panik adalah ketidakberadaan Taehyung di dalam bilik tersebut yang membawa maksud dia berdua sahaja dengan Lisa di dalam bilik! 

"Yah Lisa!! Kau bua

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet