Chapter 4

Fake friend(Best Friend)
Please Subscribe to read the full chapter

          Jimin mengeluh perlahan. Air yang terhidang di depannya hanya dijadikan hiasan, langsung tidak disentuh. Fikirannya lebih terarah ke pertandingan bola sepak yang akan ditayangkan di tv sebentar lagi. Namun, dia tidak akan dapat melihatnya kerana dia terperangkap di dalam acara yang dia sendiri tak peduli. Tapi disebabkan patuhnya dia pada ibu dan ayahnya dan juga kewajipannya sebagai pewaris keluarga Park, dia terpaksa tunjuk muka.

          Jinhee mengerling muka bosan adiknya. Dia tersenyum sebelum lengan adiknya itu dipaut. Jimin hanya membiarkan tindakan kakaknya itu. Walaupun tiada kaitan darah, Jinhee tidak pernah melayannya acuh tak acuh. Dia akan sentiasa menjaga Jimin seperti kakak kandung menjaga adik kandungnya. Dan sebab itulah ramai yang membuat spekulasi yang Jimin dan Jinhee akan saling jatuh cinta kerana akrabnya mereka. Tapi mereka silap besar, Jinhee sebenarnya sudah ada teman lelaki dan disebabkan dia tak mahu terjadinya gosip-gosip murahan oleh pihak media, teman lelakinya itu dirahsiakan. Ramai yang tidak tahu kewujudan teman lelaki rahsia Park Jinhee itu kecuali Jimin.

          Tiba-tiba ada kerumunan di kawasan menyambut tetamu. Berdasarkan bualan-bualan tetamu di situ, Jimin dapat simpulkan yang keluarga terhormat Kim sudah sampai. Dia mengerutkan muka,memikirkan siapakah gerangan tetamu-tetamu tersebut. Adakah keluarga Kim itu Kim yang selalu ibu dan ayahnya berbual mesra di telefon? Kalau betul, kenapa dia tidak pernah jumpa mereka secara langsung? Hmmmm...mungkin dia sibuk sebab itu dia tidak ada masa mengenali kenalan-kenalan ibu dan ayahnya.

          "Jinhee!!!" Panggilan itu berjaya menarik perhatian Jimin dan Jinhee. Dari kejauhan, seorang perempuan separuh usia tetapi kejelitaan di wajahnya masih menyerlah, melambai-lambai kearah mereka. Perempuan itu cantik bergaun hijau lembut. Rambutnya disanggul kemas. Jimin memandang kakaknya seakan bertanya siapakah perempuan itu sebelum dia ditarik kakaknya mendekati perempuan itu. Apabila jarak mereka semakin dekat, lengan Jimin dilepaskan lalu Jinhee terus memeluk erat perempuan itu.

"Auntie!! Jinnie rindu auntie. Kenapa baru sekarang nak tunjuk muka?" rengek Jinhee yang masih melekapkan mukanya pada bahu "auntie" itu. Perempuan itu mengusap-usap rambut Jinhee dengan lembut sebelum meleraikan pelukan. Wajah manis Jinhee ditatap. "Auntie betul-betul minta maaf. Sepatutnya auntie dah lama sampai tapi kamu faham-fah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet