EPISOD 7

MY OTHER HALF IS MADE FOR YOU

Apabila teringatkan kejadian aku bertemu dengan taehyung bersama minyoung membuatkan serta merta mood aku berubah. Rasa down gila. Ya aku sedar aku tidaklah secantik minyoung yang perfect segala semuanya dia ada. Dia dilahirkan dari keluarga yang kaya ada pangkat sendiri cantik pulak tu. Hish jauh beza betul aku dengan dia. Kalau dia digandingkan dengan taehyung memang sepadan.

Satu jam yang lepas..
Hana merengangkan tanganya. Tanganya pula mengurut batang lehernya. Terasa sengal pulak duduk menghadap komputer satu hari. Dia melihat jam didinding tepat pukul tiga.

"Hari ni siapa giliran pergi beli coffe kat cafe bawah?" Soal hanbin yang masih sibuk menaip hal kerjanya. Semua anak buahnya memandang meja hanbin.

"Ouh hari ni hari isnin so.. hana lah.. aku nak latte tau" ujar junhoe mencelah.

Aku hanya menjulingkan mata. Kenapa lah aku boleh lupa hari ni hari isnin. Malas betul aku nk turun ke tingkat bawah.

" hrmm..hari ni kerja aku banyak so.. kau belikan aku americano jelah hana" kata hanbin yang masih matanya tak lekang memadang komputernya. Bersungguh betul mamat tu.

"Kau jimin nak pesan apa?" Soal hana sambil mengeluarkan purse nya dari handbag putih miliknya.

"Hrmm aku... tak kisah lah tapi aku taknak coffe" jawab jimim sambil tersengih menampakan gigi putihnya.

"Kau aku beli lepas tu kau tak minum siap kau. Penat tau nak turun naik bangunan ni."ujar aku.

"Ye aku minum lah. Aku tak kisah aku janji aku minum. Kalau kau belikan semuanya mesti manis" ujar jimin dengan senyuman yang masih meniti dibibirnya.

"Sweet talker" ujar aku lalu pergi meninggalkan office.
 

Aku menolak pintu cafe tersebut sambil membetulkan cermin mata yang sudah terlorot ni. 

Langkah aku terhenti apabila ternampak taehyung bersama minyoung. Aku sempat melihat tangan minyoung sempat memeluk lengan taehyung.

" ala you ni banyak banyak tempat kenapa bawak cafe ni. Tak class lah" dapat aku dengar suara minyoung.

" ala kalau you tak nak makan kat sini tunggunlah kejap i nak minum americano je. Lepas tu kita pergi lah tempat yang u nak pergi"pujuk taehyung

Aku pasti yang sedang memaut lengan taehyung itu adalah minyoung kerana aku.pernah terserempak dengan dia masa kat office. Seingat aku masa tu aku baru je kerja kat office dan belum kenal lagi taehyung.

Kecantikkan minyoung menjadi bualan semua staff apabila minyoung selalu jugak bertemu dengan taehyung di office.

Aku lihat taehyung terkejut apabila mata aku bertemu dengannya. Aku menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada bos. Aku sempat lagi melihat min young tersenyum sini ke arah aku. Ya aku pasti dia tahu yang aku ni wife taehyung.

" ouh ya.. you ni wife taehyung kan... sorry lah i pinjam dia kejap ye..harap u tak kisah" ujar nya sambil tersenyum lalu kepalanya dilentokkan keatas bahu taehyung. 

Aku hanya tersenyum pahit melihat kemesraan mereka berdua. Yalah siapa lah aku nak melawan mereka.

Kalau orang lain dah tentu tentu akan mencarut tak pun akan tarik rambut perempuan yang cuba merampas suaminya. Tapi tidak bagi hana kerana dia sedar siapa dirinya.

"Kalau tak ada apa apa  saya masuk office ya bos" kata aku lalu meninggalkan mereka berdua.

Panas hati ini siapa yang tak panas kalau suami mesra dengan perempuan lain. Tapi bila difikir kan balik. Hana perlu sedar dia hanya isteri sementara bila bila masa sahaja taehyung akan menceraikannya. Senangnya orang mempergunakan aku keatas kekayaan mereka. Last last aku yang merana kerana kesempitan hidup yang perlu lalui.
 



"Hana report semalam yang aku suruh kau buat dah siap belum" lamunan aku terhenti apabila hanbin memekik dari tempat meja kerjanya.

Hana membetul kan cermin matanya dan berkata
"Belum lagi team leader nanti sebelum balik saya cuba siapkan nanti saya terus email dekat team leader" balas aku takut takut patutnya report tu sebelum lunch aku kena hantar sekarang dah pukul 4 aku masih tak siapkan lagi report tu.

Semuanya disebabkan kejadian dicafe tu membuatkan semua kerja aku tergendala. Haish kenapalah kau kena hadap semua ni hana.

Tanpa aku sedar aku kedua tangan aku menumbuk meja kuat. Membuatkan ketiga tiga jejaka itu terkejut dan memadang aku.

"Kau marah aku ke hana?"soal hanbin

Aku cepat cepat mengeleng kepala lalu berkata "tak tak leader team saya cuma hilangkan stress je. Ala ala macam peninju gitu hahahaa" ujar aku sambil ketawa aku buat buat.

" erm yelah..kau siapkan report tu jangan tak siapkan sebab nanti staff atasan bising. Aku malas nak dengar diaorang melalak. Boleh menanah telinga aku" 
Aku sekadar mengangguk kepala.

"Allright team leader". Balas aku.
 


 

Cermin mata yang telerot aku betulkan. Aku bukak laptop milik aku pantas aku membuka punat on. Jari jemari mula menari di keyboard. Sudah lah tadi report tergopah gapah aku siapakan.

Sudah sampai dirumah hanbin mesej aku katanya design yang mereka hasil kan minggu lepas kena di present esok. Mahu tak gelabah si hana dibuatnya. Kenapa tak bagi tahu awal awal. Ingat aku nak tidur bila dah sampai rumah ni ada kerja yang perlu disiapkan pula. Haish apalah nasib.

Yang client pun satu apa pasal lah malam baru nak hantar emel dan datang esok. Haish... ada aku nak carut ni. Tak sampai berapa minit aku mendapat email daripada jimin yang menghantar point point untuk dipresent esok.
Tak lama kemudian junhoe juga hantar email bergambar untuk aku masukkan juga dalam slide yang aku harus buat.

Nampaknya team kami kene kerja walaupun masa berkerja sudah tamat. Nasib baik lah aku dapat rakan sekerja macam diaorang tak lah rasa terbeban sangat.

"Kau buat apa? Suara serak basah taehyung buat aku terkejut.

Tangan aku yang laju menaip terhenti seketika. Dia aku lihat duduk sofa sambil menghirup air di mug yang dipegang dari tadi.

Aku membetulkan posisi aku yang duduk bersila.  Muka taehyung kacak itu aku pandang sekilas dia kelihatan memakai baju tidur berwarna biru lembut. Haish kat office kacak kat rumah pun kacak. Perempuan mana yang tak akan jatuh hati tengok dia.

" ouh ni.. saya ada kerja sikit tadi tiba tiba team leader hanbin suruh buat slide tentang design katanya client dari china suruh team kami present" jawab aku lalu mata aku beralih kepada kepada laptop kembali.

Taehyung hanya mengangguk kepala lalu mengirup sekali lagi air di gengaman tangannya.

"Kenapa kau kena buat pulak kerja ni..waktu kerja dah habis kot?"

" memang waktu kerja dah habis bukan saya sorang je yang buat kerja ni yang lain semua ada juga tolong. Tapi tulah maybe sebab saya seorang je perempuan kat bahagian team design jadi bahagian slide atau bahagian kreative memang saya lah yang kena buat. Katanya perempuan lagi buat kerja kemas daripada lelaki. Nak tak nak saya lah yang kena buat" balas aku panjang.

"Ouh" balas taehyung pendek.

Taehyung terbangun apabila mimpi ngerinya mula muncul kembali. Dia meraup mukanya. Peluh didahi dikesat. Dadanya masih lagi berdebar debar. Mimpinya buruk itu muncul kembali.

Tekaknya terasa kering dan perit. Dia membuat keputusan untuk kedapur.

Selesai sahaja meneguk air putih sejuk didapur pandangan lampu ruang tamu mencuri perhatiannya.

Perlahan lahan dia melangkah ke ruang tamu. Terlihat hana tidur beralaskan lengan tangannya. Di sebelahnya pula terlihat banyak kertas kertas kajang yang berselerak di lantai. Dia sempat menjeling jam. Ah sudah pukul empat tujuh minit. Minah ni dah ada bilik pergi lah tido kat bilik. Ni habis ruang tamu aku berselerak dengan kerja dia. Tak reti bersyukur betul.

Aku naik keatas dan mengambil selimut lalu aku selimut badannya. Kesian pulak aku tengok minah ni. Aku memandang sekilas wajahnya. Ya dia memang cantik betul kata omma aku. Aku tersenggih seketika.

"Takkan lah kau orang yang pernah selamatkan aku dulu. Tak  kan aku harap sangat tu bukan kau"gumam aku.

Taehyung menarik cermin mata hana lalu diletakkan ditepi meja. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet