EPISOD 6

MY OTHER HALF IS MADE FOR YOU

Aku terbangun dari tidur apabila terdengar jam alarm yang aku setkan di telefon.

Pantas aku mencelik mata lalu melihat jam di telefon bimbit. Ah masak sudah pukul 7 setengah. Berapa minit je lagi nak pukul 8.

Aku cepat cepat aku capai tuala dan mandi. Nasib baik aku sudah sediakan baju dari malam tadi.

Aku mengayakan blouse putih dan skirt hitam paras lutut. Setelah siap aku memakai baju. Aku duduk di meja solek. Cepat cepat aku menepek bedak dan mengoles lipstick. Memandangkan masa sudah suntuk aku make up se simple yang boleh. Aku bukannya suka sangat make up tapi bila berkerja di tempat banguan tu semua staff harus kemas dan sentiasa menjaga penampilan diri. Tak lupa juga staff perempuan juga haru memakai high heels dan lelaki harus memakai necktie. Itu adalah syarat dan prosedure syarikat itu.

Aku mencari kanta lengkap aku atau lebih tepat lens. Ya aku rabun. Aku mula gelabah nak cepat dan akhirnya lens yang pada jari aku terjatuh kelantai. Haish pagi pagi nak buat aku carut. Pantas aku mengeleng kepala.

Aku melihat sekilas jam sudah nak pukul 7 48 pagi. Ah masak aku kali ni. Tangan aku mula membuka laci dan mengambil cermin mata lalu aku pakai. Aku rasa cangung sedikit apabila pakai cermin mata ni. Sebab aku dah biasa pakai lens mungkin.

Setelah semua selesai aku mengapai tas tangan lalu turun kebawah. Aku sempat menjeling kearah bilik taehyung terlihat terbuka dan kosong. Mungkin dia dah pergi. Awalnya dia pergi. Matilah aku kalau dia tahu lambat tak pasal pasal aku kena pecat.

Aku berlari cepat pantas aku gapai high heels dan masuk kedalam perut kereta. Memang sah taehyung dah pergi kerja sebab kereta dia dah tak ada. Masaklah kau hana. Dengan lens kau jatuh lagi. Haiya ni tengah bulan gaji mana masuk lagi nak beli lens. Sempat aku betulkan cermin mata yang terlorot. Rimas pulak aku pakai cermin mata ni. Enjin kereta aku hidupkan dan memecut laju menuju ke office.

Aku belari sambil beg di tangan aku raba mahu mengambil id kad perkerja untuk punch card setelah aku dapat cari aku mengantukkan benda itu dileher aku.

Aku menjeling jam ditangan ah sudah pukul 8 14 pagi. Aku berlari dan berjaya punch card. Tapi lagi sekali aku berlari untuk ke pintu lift. Tapi sebaik sahaja aku sampai pintu lift tertutup. Entah silap dimana aku mahu terjelopok jatuh akibat high heels aku pakai ini terpesong ke kekanan akibatnya aku hilang imbangan dan bersedia untuk jatuh. Kalau jatuh malu aja. Dah lah ramai orang kat sini. Aku memejam mata. Tapi aku pelik kenapa aku tidak merasa sakit ataupun aku memang tak jatuh.

Aku membuka mata perlahan terkejut aku bila aku ternampak taehyung berada di depan mata. Aku kebelakang sedikit kerana terkejut dan lagi sekali aku mahu terjatuh tapi sempat taehyung sambut pinggan aku. Ya ini live ya buka reahesel. Aku tergamam ni lah pertama kali dapat lihat wajahnya dengan dekat. Jantung mula membuat hal. Aku tersedar yang aku tengah lambat. Aku menolak tangan taehyung dari pinggang aku dan aku betulkan sedikit cermin mata yang terlorot.

Apabila pintu lift terbuka masuk aku melangkah masuk diikuti dengan taehyung di belakang aku. Di dalam lift aku hanya berdiam diri. Malu takut hendak bersuara. Dalam hati cepat lah lift ni sampai ke tingkat 20 aku berkata pada hati dan mengigit bawah bibir. Bau wangian taehyung pula dari tadi membuatkan jantung aku berdegup laju. Terasa janggal pula berdua dalam lift.

"Kau buat apa sampai lambat datang" soal taehyung. Aku memejam mata lalu otak ligat berfikir apa ayat sesuai yang aku nak jawab soalan dia.
Ting~

Aku menarik nafas lega. Aku cepat cepat keluar dari perut lift.

"Maaf saya terlambat bos"ujar aku lalu menunduk hormat.

Belum sempat taehyung berkata berkata pintu lift sudah tertutup. Aku menarik nafas lega. Terasa bagaikan baru lepas berlari merentas desa.

Aku meletakkan tas tangan aku di bawah meja. Pc komputer aku hidupkan. Aku menarik kerusi roda lalu melabuhkan punggung di kerusi itu.

Belum sempat aku dapat bernafas seperti biasa. Hanbin datang meluru kearah aku. Haish satu lagi manusia yang aku kena hadap. Aku membetulkan posisi aku. Hanbin duduk ditepi meja sambil memandang aku dengan keningnya ternaik sebelah.

"Sorry team leader hari ni saya lambat. Tapi lambat sikit je.hehe"ujar aku sambil membetulkan cermin yang telerot.

Hanbin hanya mencebik lalu berkata "tahu lah baru kahwin. Aku nak marah kau pun tak boleh sebab husband kau bos yang paling atas. So aku tak nak lepas ni kau lambat lagi boleh?"

"Baik team leader saya menurut perintah " kata aku lalu meletakkan tangan aku ala ala macam askar selalu bos ala orang kata salute.hahah. hanbin hanya tersenggih lalu kembali kemejanya. Sekarang baru lah aku dapat bernafas dengan lega.

"Wah fesyen baru ke? Mana datang spek tu? Ujar jimin disebelah aku.

"Lens aku jatuh lah. Ingat dapat gaji nanti terus beli tak selesa lah nak pakai spek ni" balas aku.

"Ha ah eh cakap pasal gaji kan. Aku pun tengah kering kering ni rasa minggu depan baru gaji. Bila gaji bayar hutang. Hrm tak merasa lah kaya macam husband kau hana"celah junhoe yang berada dihadapan aku.

"Kan kau bagus kalau dilahirkan kaya tak payah nak fikir pasal hutang kereta nak kene bayar.hutang belajar masa kat u. Nak apa semua dapat" balas aku.

"eh kau kan dah kahwin dengan taehyung. So takkan lah dia tak tolong bayar.."

"Tak. Aku yang tolak mentah mentah aku tak suka kalau dia buat macam tu. Lagipun aku tak nak susahkan  dia" potong aku apabila junhoe mencelah.

Hanbin menepuk mejanya membuatkan kami bertiga terangkat bahu terkejut.

"Dah dah buat kerja. Gaji lambat lagi masuk okay. Aku pun macam korang jugak. Tak ada pun nak mengadu" ujar hanbin.

Junhoe menempelkan muka meluat apabila mendengar kata kata junhoe tadi. Jimin dengan aku pula pula cuba tahan ketawa.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet