EPISOD 4

MY OTHER HALF IS MADE FOR YOU

 Aku membuka pintu utama kelihatan ada seorang wanita berumur dalam linkungan enam puluhan memberikan senyuman kepada aku. Aku membalas senyuman dan memeluk omma taehyung. Wanita itu kemudian membalas pelukan aku.

"Jom lah masuk omma. Hana dah masuk special untuk omma" kata aku lalu meleraikan pelukan.

Omma taehyung hanya tersenyum lalu berjalan beriringan bersama aku masuk kedalam rumah.

Omma dan aku duduk disofa dia memegang tangan aku. Dia merenung mata aku dalam dalam lalu berkata "omma harap kamu dengan taehyung bahagia. Walaupun perkhawinan kamu ni diatur oleh omma. Hana buatkan omma yakin yang kamu boleh bahagiakan taehyung. Hana adalah wanita yang baik yang pernah omma jumpa"puji omma taehyung melambung. Haish kembang aku jadinya.

Aku hanya tersenggih tapi cuba kalau omma taehyung tahu kebenaran aku yang cuma isteri kontrak sahaja. Mesti omma taehyung kecewa sebab dah tentulah aku tak mampu nak bahagiakan taehyung.

"Unnie kamu macam mana keadaan nya?" Soal omma taehyung.

"Doktor kata kanser dah mula tumbuh di sekitar jantung unnie. Hana rasa unnie sengaja tunjuk dia sihat depan hana. Tapi belakang hana dia derita lawan kanser dia. Hana takut kalau bila hana kehilangan unnie hana dah tak ada sapa sapa lepas ni." Kata hana dengan nada yang sebak.

"Eh apa kenapa hana cakap macam tu. Hana ada taehyung ada omma. Anggap sahaja omma ni ibu kandung kamu. Omma tak kisah" ujar omma taehyung.

"Betul ke ni omma? " soal aku. Omma hanya tersenyum lalu memeluk aku. Hana pun membalas pelukan omma taehyung.

"Taehyung biasenya balik pukul berapa hana" soal omma taehyung lalu meleraikan pelukan. Otak aku ligat berfikir jawapan apa yang sesuai untuk aku jawab. Mana tak nya bila pagi aku pergi kerja taehyung masih lagi tidur. Bila malam pula dia balik aku sudah masuk ke bilik untuk tidur. Masing masing buat hal sendiri.

"Ouh biasenya taehyung balik pukul lapan sebab kadang kadang ada meeting lepas kerja katanya" bantai aku menyusun ayat. Takkan aku nak cakap dia pergi date dengan minyoung pula.

"Ouh kalau macam tu kita makan  malam dengan taehyung lah"ujar omma taehyung.

"Amboi omma rancak sungguh berbual sampai taehyung balik omma tak perasan" celah taehyung yang tiba tiba muncul entah dari mana aku pun tidak tahu.

"Ouh kamu dah balik taehyung. Maaflah omma tak sedar sebab tadi baru sahaja ajar hana buat kek coklat kesukaan kamu tu" balas omma taehyung.

"Suka lah omma kan ada geng sekarang" ujar taehyung tak puas hati bila dia merasakan ommanya melibihkan hana daripada dia. Dia rasa tercabar sedikit. Maklum lah sebelum ni dia sahaja menjadi kesayangan ommanya.

" eh mesty lah suka beruntung taehyung tau sebab dapat isteri macam hana. Cantik pandai masak pandai ambik hati mak mertua lagi" puji omma taehyung. Aku lihat muka taehyung mula membuat muka menyampah. Omma taehyung pun satu kenapalah nak kena puji aku depan dia. Bertambah benci lah dia kat aku.

" hrmm omma taehyung naik atas dulu nak mandi. Nanti dah siap mandi taehyung turun."ujar taehyung.

" hah elok lah tu. Nanti turun dah busuk benor dah kami tu" balas omma taehyung sambil tersenggih. Taehyung hanya mencebik lalu naik ke tingkat atas.

Selesai sahaja makan malam. Aku hidangkan kek coklat dan air teh yang hangat. Selepas itu aku duduk bersama dengan omma taehyung disofa ruang tamu. Tak lama kemudian taehyung sertai kami selamba sahaja dia memeluk bahu aku. Memang dia pelakon terbaik. Agaknya kalau ada award untuk pelakon lelaki taehyung mendapat gelaran tu. Ya dia mahu menunjukkan yang dia dan aku adalah pasangan bahagia. Bahagia lah sangat.
Omma menarik lembut tangan aku lalu tanpa aku sedari omma taehyung menarik baju lengan panjang aku. Membuatkan aku dan taehyung terkejut dengan perbuatannya. Terselah lah parut yang berada dilengan aku. Parut itu aku dapat semasa aku cuba menyelamatkan omma daripada ditikam oleh penyamun.

"Ada lagi parut ni. Kesian kamu hana" ujar omma taehyung dengan nada yang sedih. Lebih kepada serba salah.

"Tak apalah omma sikit je parut je pun"balas aku. Omma taehyung mengeleng kepala lalu mengeluarkan sesuatu dari handbagnya.

"Nah ni cream ubat parut omma beli kat paris. Katanya krim ni cepat hilangkan parut. Kebetulan omma beli ni sebab nak tunggu appa taehyung habis meeting. Lepastu teringat pula kat hana. Tu yang omma belikan untuk hana" balas omma.

"Tapi ni mesti mahal. Hana boleh je beli kat sini. Tapi sebab dah sibuk dengan kerja buatkan hana lupa. Buat susah omma je"

" tak ada susah pun. Tapi krim ni tak sama macam yang lain. Yang ni lagi cepat parut kamu hilang. Yelah kita perempuan mana suka ada parut kan" ujar omma taehyung.

Tapi disebabkan parut ni hidup aku berubah 360 darjah. Semuanya bermula dengan parut ini. Aku hanya tersenyum lalu berkata "terima kasih omma". Wanita itu hanya membalas senyuman aku dan hanya menganggukkan kepala.

Aku bersandar di sofa milik taehyung. Ya dibilik taehyung nasib baik lah ada sofa kalau tak tidur cium lantai lah jawabnya.
Telefon aku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Junhoe noise pollution😎
Asistant design .. team leader buli saya. Ada ke patut dia suruh saya buat design dalam satu hari. Manalah sempat saya nak buat. Hana saya nak balik😢                    10.45 ptg //

Hana baik hati😇
Awak balik lah dah malam dah ni kesian awak. Nanti isnin saya tolong awak buat design. Awak buat apa sampai hanbin bagi kerja awak sampai larut malam ni.🤔                               10.47 ptg //

Junhoe noise pollution😎
Terima kasih hana. Kalau tak ada tak tahu lah nasib saya. Tak adalah petang tadi saya ada lah cakap sapa nak kahwin dengan team leader kalau dia garang macam singa. Nak buat macam mana dah terlepas cakap. Lepas tu tup tup hah ambik kau kena siapkan design malam ni juga. Kesian tau kat saya😥   10.50 ptg//

Hana baik hati😇
😂😂😂hah tu lah kan dah kene setepek. Lain kali buat lagi. Okay lah junhoe dah malam ni nanti balik nanti hati hati jangan pergi clubbing sudahlah          10.53 ptg//

Junhoe noise pollution😎
Okay boss                         10.55ptg//

"Tersenyum senyum chat dengan boyfriend ke? Soal taehyung tiba tiba.

Aku mematikan telefon lalu memandang dia yang sudah terbaring di katil sambil tangannya bermain telefon bimbit miliknya.

"Mana ada saya chat boyfriend rakan sekerja je" balas aku.

"Lantak kau lah nak ada boyfriend ke apa. Tapi pandai pandai lah kau simpan kalau aku dapat tahu omma tahu. Tu kau jawab sendiri" ujar taehyung.

Aku hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak jawab apa sebab bukan aku ada boyfriend pun. Yang aku tahu dia yang ada minyoung patutnya dia yang patut risau bukannya.

"Nah.nanti kalau aku tak bagi kata aku kejam pulak" katanya lalu membaling batal kearah aku.

Nasib baik aku sempat sambut.
Dia kemudian kulihat meletakkan telefon bimbitnya di meja lampu lalu menarik selimut untuk tidur.

"Dah aku nak tido. Tutup lampu" arahnya.

Aku hanya menurut dan menutup suis lampu. Selesai sahaja aku menutup lampu aku kembali kesofa lalu aku letakkan bantal yang dibaling oleh taehyung tadi di sofa. Sempat aku menepuk bantal itu. Aku pun baring di sofa. Walaupun tak berapa selesa aku tak kisah. Aku tersenyum apabila aku dapat menghidu bau taehyung. Ya bantal tu kan milik dia. Haish angau aku jadinya. Tanpa aku sedar bau wangian taehyung membuatkan aku selesa dan akirnya aku dibuai mimpi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet