EPISOD 3

MY OTHER HALF IS MADE FOR YOU

Pagi pagi aku sudah siapkan sarapan untuk taehyung. Terpulang lah pada dia nak makan ke taknak sebab aku cuma menjalankan tugas aku sebagai isteri.
Aku mengapai beg tangan aku lalu sangkut dibahu sambil itu mata sempat menjeling jam didinding tepat pukul tujuh pagi.
Dalam sibuk aku memakai tumit tinggi terlihat "yeontan" anjing peliharaan taehyung mengesel gesel dikaki aku. Aku dukung yeongtan lalu membuka kasut aku kembali. Aku melangkah kedapur lalu menuangkan makanan anjing perliharaan taehyung.

"Alah siannya..appa awak tak bagi awak sarapan ea"ujar ku sambil membelai dan mengusap kepala yeongtan.

"Haish anjing ni kalau aku tak ada entah makan ke tak anjing si mamat ni" kata aku dalam hati lalu mengelengkan kepala. Taehyung masih lagi tidur. Apa dia kisah dia bos sukahati dialah nak pergi pukul berapa. Tetapi bukan untuk hana. Hana cuma asistant design dibahagian marketing. Ya dia cuma perkerja berbeza sungguh pangkat taehyung dengan dia.
 


 

Aku ke pantry untuk membacuh kopi tapi aku batalkan niat aku apabila terdengar beberapa staff bercerita tentang hal aku dan taehyung

"Aku dengar citer lah kan si hana tu perangkap ceo kita yang hemsem tu kahwin dengan dia. Si hana tu tak reti malu ke"

" bukan tu je. Aku dengar lagi dia  nakkan harta ceo kita hemsem tu juga. Tak sangka aku dia macam tu"

"Sebab tu aku kata jangan pandang rendah kat orang macam tu. Kata orang diam diam ubi berisi"

Tak sangup aku nak dengar perbualan mereka lalu aku lalu melangkah pergi.

Aku melihat figura aku yang dipantulkan oleh cermin tandas. Selesai aku membasuh tangan aku menatap wajah aku dicermin. Aku tak minta pun duit dia. Keluarga dia yang menghulurkan bantuan kata nya terhutang budi dengan aku sebab aku selamat kan omma taehyung dari kene tikam oleh seseorang. Saat itu aku baru pulang dari hospital dari melawat kakak. Kata wanita yang berumur itu dia mahu menyatuhkan aku dan anak lelakinya kerana mahu membalas budi baik aku. Sejujurnya omma taehyung sungguh baik. Berbeza dengan anak lelakinya. Jauh panggang daripada api. Aku tak hadap pun harta milik taehyung kerana aku tahu tu bukannya milik aku. Semua yang terjadi ini bukan aku yang pinta. Buat apa aku hidup di rumah yang mewah tetapi satu kebahagian pun aku tak terasa.



"Oi puan hana tak nak lunch ke? Keje keje jugak perut tu jangan biar kosong" celah jimin yang tiba tiba datang di meja kerja aku. Aku memandangnya dan menjeling jam di dinding pejabat. Ah sudah! Patut lah rasa lapar semacam.

"Aku tunggu kau dekat cafe biasa junhoe dengan hanbin tunggu lama tu. Aku pergi dulu ea. Jangan tak turun makan pulak" ujar jimin sekali lagi. Aku hanya mengangguk kepala dan membuat isyarat "OK" kepadanya.

Air jus tembikai aku sedut perlahan lalu tangan menyedok spagetti yang terhidang didepan. Apalagi makan lah. Hahahaha.

" untuk projek minggu depan ni aku nak team kita buat betul betul boleh?" Ujar hanbin yang memulakan bicara.

"Ala team leader kan kita tengah lunch ni. Bincang nantilah pasal kerja macam ni tak ada selera lah  nak makan" celah junhoe.

"Hah elok lah kalau kau tak ada selera. Makanan kau ni biar aku yang makan" balas hanbin sambil tersenyum sinis.

"Eh mana boleh macam tu sepatutnya bukan team leader yang makan makanan saya tapi kenalah belanje saya apa salahnya betul tak jimin dengan hana?" Soal junhoe sambil tersengih kearah aku dan jimin.

Aku hanya menahan ketawa dengan gelagat si junhoe. Jimin pulak hanya mengeleng kepala.

"Memang tak lah aku nak belanje korang. Kalau korang berjaya naikkan nama team kita sampai ceo kita tu tahu kewujudan kita baru aku belanje korang bbq. Amacam sahut cabaran ke tidak?" Soal hanbin sambil menaikkan keningnya memandang kami bertiga.

"Apa susah hana kan wife dia so senang lah kita bodek ceo kita kan?" Kata junhoe.

"Aku mengaku kalah tak nak sahut cabaran ni. Gila lah." Kata jimin sambil mengeleng kepala.

" ceo kita tu dia tak suka campur kan hal personal dengan hal kerja. So team leader maafkan saya. Saya tak boleh bantu anda dalam hal membodek ni. Tapi saya janji saya usaha untuk keluarkan idea idea design yang tip top untuk team leader" balas aku sambil tersenggih.

"Haiya..bila lah aku nak naik pangkat ni" keluh hanbin.

Kami bertiga hanya mengeleng kepala. Pada aku hanbin adalah leader yang sangat berdidikasi dalam hal kerjanya. Dia memastikan team kami sentiasa buat kerja dengan teliti. Kalau ada yang salah memang habis lah kena carut dengan si hanbin ni. Yang paling banyak kena carut ofcourse lah junhoe. Ada saja hari hari hanbin menegur nya. Kadang kala aku dengan jimin pun kene tempias nya. Tapi aku selesa berkerja dengannya walaupun hanbin tegas dengan sangat peramah dan tak segan berkongsi ilmu. Yang membuatkan aku selesa lagi sebernanya umur dia lebih kurang sama sahaja aku dengan jimin cuma junhoe sahaja yang paling muda antara kami. Junhoe pula bagaikan noise pollution apabila di office. Gelaran tu hanbin sendiri yang berikan kerana junhoe sikapnya yang selalu bising dan menceriakan suasana di pejabat. Kalau tiada si mamat junhoe ni bosan lah satu office. Jimin pula lebih suka buat kerja daripada bercakap.

Setelah selesai lunch kami berempat pun berjalan bersama sama untuk masuk ke bangunan pejabat semasa berjalan si junhoe menceritakan cerita lawaknya semasa dia sekolah rendah katanya dia terkencing dalam seluar. Mengekek engkek kami bertiga ketawa sampai ke pintu lift hanbin menekan button untuk ke atas. Ketawa kami terhenti apabila ada orang memangil nama aku. Aku menoleh ternyata taehyung dan staff atasan berada di situ juga. Cepat cepat kami berempat menunduk hormat. Apa pula mimpi mamat ni panggil aku. Sempat aku berkata dalam hati.

"Hrm..encik hanbin saya nak pinjam staff awak jap dan yang lain boleh naik atas dulu" kata taehyung.

" baik bos kami naik atas dulu" balas hanbin lalu pintu lift dibuka team design dan staff atasan pun masuk ke lift itu dan meninggalkan hana dan taehyung berdua.

"Hanbin jimin junhoe kenapa korang tinggalkan aku. Jahatlah korang" bisik hati aku.

"Kau berangan apa hah" suara taehyung mematikan lamunan aku.

"Hah? Mana ada saya mengelamun bos. Ada apa bos panggil saya" balas aku memang kalau masa berkerja aku akan panggil dia bos tapi kalau kat rumah aku panggil awak je. Jangan nak lebih lebih hana nanti kau juga kene fake hope.

Taehyung kelihat membetulkan kot hitamnya lalu meraup rambutnya kebelakang. Wah aku terpegun dengan kekacakkannya. Dia manusia ke malaikat? Ya tuhan kuatkan lah iman aku.

"Malam nanti omma aku nak datang rumah. Aku tahu kau balik awal kemas apa yang patut. Barang kau masukkan sikit kat dalam bilik aku. Biar omma tak curiga pasal kita. Lepas tu kau masak lah apa yang patut. Faham tak?" Soalnya.

"Fa..faham." ujar aku gagap. Entah apa yang membuatkan aku gagap pun aku tak tahu. Hati pula berdegup laju lagi tadi. Haish aku ni dah kenapa. Sakit jantung ke?.

"Kau tunggu apa lagi kat sini. Pergi lah masuk kerja. Kau nak curi tulang ke" ujarnya sambil menaikkan keningnya. Aku mula gelabah lalu mengeleng dan menekan lift button atas. Nasib baik cepat pintu lift terbuka. Aku sebernanya memang nak cepat cepat pergi dari taehyung. Tak sangup nak lama lama sebab jantung ni. Haish jangan lah kau buat hal wahai jantung.


 

Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang. Hana bangun lalu mengemas alatan tulis dan menutup pc komputernya. Dalam sibuk sibuk dia mengemas si hanbin datang kearahnya.

"Ai awal balik hari ni puan hana?"soal hanbin sambil punggunya di tepi meja aku.

"Hari ni je saya balik awal ada hal kat rumah. Semua report yang pasal design baru tu saya dah submit" balas aku lalu mengambil tas tangan yang berwarna putih lalu mahu berlalu pergi.

" drive safe hana" ujar jimin.

" pergi date dengan husband lah tu jelaous nya" tambah junhoe.

Aku hanya mengeleng sambil tersenggih lalu berlalu pergi. Hanbin mengeluh tangannya bermain pen yang berada di gengamannya.

"Tahu lah baru kahwin. Haish bilalah aku nak kahwin." Gumam  hanbin.

" siapalah nak dengan team leader. Garang macam singa mana lah ada orang nak" tergelak  junhoe dibuatnya.

Jimin mencuit lengan junhoe. Dia mengelengkan kepala.

"Kau nak kene dengan team leader ke hah" ujar jimin dengan mengunakan isyarat mata kepada junhoe.

"Asal pulak" balas mata junhoe.

"Junhoe saya nak awak siapkan design hari ni juga faham" kata hanbin sambil tangannya menghentak meja.

Sejurus itu kedua lelaki kacak itu terangkat bahu terkejut. Hanbin panas hati lalu duduk semula di meja nya. Junhoe hanya duduk mencuka. Jimin hanya mengeleng kepala sambil ketawanya tersisa tapi cuba ditahan takut si hanbin dengar tak pasal pasal dia kene macam junhoe. Tak nak lah dia.
 


 

Selesai sahaja masak aku naik ke tingkat atas lalu mengambil baju serta alat solek aku untuk di masukkan ke bilik taehyung. Haish satu kerja nak alih alih barang. Aku menolak pintu bilik taehyung. Berdebar lah juga sebab sebelum ni aku tak pernah masuk biliknya. Ya ni adalah yang pertama kalinya aku jejak kebiliknya. Aku tergamam seketika semuanya tersusun baju di dalam rak sampai lah ke bahagian aksesorinya tersusun rapi. Bau biliknya itu sama dengan perfume yang taehyung pakai. Wangian itu juga lah membuatkan jantung aku berdegup laju.

Aku meletakkan baju aku di mana ada rak yang kosong di situ alat solek aku pula aku letakkan di meja perfume milik taehyung. Aku lihat berbagai bagai jenama perfume tersusun di situ. Wah aku rasa taehyung ni memang suka kumpul barang mahal dan aku dapat rasa yang barang ni semua lagi mahal dari gaji aku sebulan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet