EPISOD 1

MY OTHER HALF IS MADE FOR YOU

            Air mata memenuhi di tubir mata aku. Aku mengengam gaun pengantin aku yang berwarna putih. Aku mengeluh lalu memandang cermin yang memantulkan figura aku. Pantas sahaja air mata aku mengalir keluar . Semuanya kelihatan lengkap dengan make up yang agak simple dan tiara yang bertahkta di kepala aku kelihatan mewah dan aku pasti semua perempuan akan mengimpikan hari yang istimewa ini..dan lebih tepat lagi semestinya menikah dengan lelaki yang paling mereka cintai . Tapi tidak bagi aku..terpaksa ya aku terpaksa semua ini..aku tersepit aku tak berdaya keadaan yang membuatkan aku begini..tapi bila difikirkan mungkin ini jodoh atau takdir kehidupan aku yang harus aku lalui.

''lah kenapa nangis..dah cantik cantik ni..nasib baik dah memang cantik tak payah nak repair make up banyak kali ..patut lah tuan taehyung pilih cik jadi isteri dia padan sangatlah korang'' kata juru make up yang tetiba sahaja muncul pun aku tak tahu..

''hrmm padan lah sangat..neraka lah bagi aku ..semuanya akan bermula kejap lagi hana..sengsara yang kau akan hadapi selepas ini'' gumam hatiku.
 


 

 

              Beberapa helai kertas di campak ke atas meja. Taehyung memeluk tubuh lalu melabuhkan punggung duduk di hadapan aku. Perlahan lahan aku mengambil helaiantas itu aku baca satu persatu.

 

''tu kontrak dan syarat yang kau kena patuh sepanjang kau jadi isteri aku..selesai baca kau sign..''

 

Aku membaca satu persatu satu dan yang membuatkan aku tergamam di situ tertulis bahawa aku tidak boleh meminta cerai dan hanya dia sahaja boleh menceraikan aku.. ya memang dia mahu membalas dendam kepada aku..kalau aku gagal mengikuti syarat ini aku kena bayar 15 ribu kepadanya cash ya..mana lah aku ada duit sebanyak tu..nak tak nak aku terpaksa akur.

aku mengapai pen lalu menanda tangan perjanjian tersebut. Taehyung kelihatan tersenyum puas lalu mengapai kasar kertas tersebut dari tangan aku.

''Aku tahu kau tak mampu nak bayar 15 ribu tu kat aku...so.. kau yang pilih kan kehidupan yang macam ni..so welcome to the hell'' katanya sambil ketawa lalu meninggalkan aku.

Air mata aku mengalir keluar. Dugaan apa yang aku harus terima ni..kuatkan lah hatiku.

 



 

               Sebulan sudah berlalu semuanya seperti biasa taehyung dengan kehidupanya aku dengan kehidupan aku. Jikalau di pejabat aku hanya perkerja biasa sahaja..ada sahaja permpuan yang keluar masuk dari bilik office nya..siapalah aku untuk cemburu untuk semua itu..ya aku tahu aku memang tidak layak untuk nya.

''kau okay..aku risau lah tengok kau macam ni..'' ujar jimin rakan sekerja aku.

 

''aku okay lah..sihat je..boleh berlari lagi hah''

 

''maksud aku..bukan pasal kesihatan kau tapi..hati kau?'' dia menatap aku sejurus itu aku memandang ke arah lain.Aku tergamam dengan soalan yang dilontarkan oleh jimin.

 

''aku okay lah..mungkin ni takdir dan tertulis begini..jadi aku kena terima lah'' balas aku kepada soalan jimin. Kuatkah hati aku bersabar dengan taehyung dan mempertahankan perkahwinan aku.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet