Chapter 5

Lebih Sempurna

Selepas kejadian malam itu, Marcell mendiamkan diri dek sebab dia rasa bersalah diatas Namjoon. Bukan apa dia tunang lelaki itu tapi sudah pandai keluar dengan lelaki lain. 

 

"Weh, kau ni, pagi-pagi lagi dah terconggok muka muram je, kenapa? Rindu Jungkook ke Namjoon?" Soal Jieun memecahkan suasana. Ah Marcell mencebik, mahu cari gaduh lagi lah tu. Tak habis-habis mahu bandingkan dua lelaki yang ada kaitan dengan Marcell.

 

"Well, aku tahu kau marah aku tapi aku nak kau tahu aku marah sebab aku sayangkan kau. Mama kau buang kau demi anak tiri dia, papa kau pula hilang entah kemana. Kau ada aku Marcell, aku nak kau buat pilihan terbaik." Ujar Jieun.

 

"Kau tak faham aku Jieun, aku keliru. Kenapa aku rasa bersalah sangat dekat Namjoon dengan Jungkook. Malam tu Namjoon jumpa aku, tapi aku terdiam aku takut dia marah dekat aku lagipun aku tak tahu kenapa masa keluar dengan Jungkook aku teringat dekat Namjoon." Jujur Marcell.

 

Ya rasa bersalah buatkan Marcell mulai buntu, siapakah Namjoon yang sebenarnya? Kenapa dia dan Jungkook perlu hadir dalam masa yang sama. Kenapa dia rasa lain sangat hari ni? Macam akan ada satu benda yang akan terjadi nanti. Pelik! Mungkin itu satu firasat saja, takkan tiba-tiba jadi kenyataan. Barangkali itu hanyalah khayalan. Angan-angan tak semestinya jadi nyata,bukan?!

 

Jieun menolak cincin tunang Marcell. Dia sengaja cakap mahu gadai, tapi takkanlah dia sanggup buat macam itu kawan dia kut. Cincin permata putih itu disarung terus ke jari manis Marcell selepas Jieun berjaya menarik tangan Marcell itu. Nasib Marcell tidak melawan kalau tak bergelut-gelut mereka diatas sofa sebab nak rampas tangan siapa. Bergusti mungkin.

 

"Pakai cincin ni! Sudahlah pergi kerja cepat, karang lambat boss kau mengamuk, bukan kau tak tahu dia tu suka sangat duk bagi kerja banyak-banyak dekat kau." Tegas Jieun, dia berdiri dan mengambil beg tangannya. 

 

Marcel juga turut membuntuti Jieun. Gadis gedik itu sangat menyakitkan matanya. Arghh ingatkan sudah berbaik dia diam saja ini tidak membebel saja kerjanya.

 

Jam menunjukkan masih awal lagi untuk pergi kerja. Tak apalah pukul 6 pagi pun pergi sajalah. Sudahlah mereka berdua sama-sama naik bas. Karang penuh padan muka.

•~•~•~•

 

Marcell lalu dihadapan restaurant yang bakal dibuka. Cella chicken tidak jauh dari perhentian bas serta dekat dengan pejabatnya, nampak sedap. Anak matanya melihat sekeliling kedai dan dia terhenti taktala terlihat Namjoon sibuk membantu pekerja di Cella Chicken. Entah kenapa lelaki itu buat kerja gila pagi-pagi buta. Tak malukah dia sebagai president syarikat tolong orang tepi jalan? Eh Marcell husnuzon please!

 

Marcell melintas jalan dan masuk ke dalam Cella Chicken. Dia melihat Namjoon sibuk mengangkat meja bersama-sama dengan seorang lelaki berusia. Lelaki tua itu membelakangi Marcell. 

 

Baiklah Marcell mungkin kau patut minta maaf dengan dia. That's all, kalau dia marahkan kau dan nak buang kau, kau terima saja, then jauhkan diri dari Jungkook dan Namjoon. Getus Marcell dalam hati.

 

Marcell mengukirkan senyuman manis melihat Namjoon sibuk mengemas meja, lelaki itu sempat memandang Marcell dan mata mereka bertembung. Tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan oleh Namjoon. Argh Marcell mengeluh kecil.

 

Lelaki tua itu meluru ke dapur. 

 

Kaki Marcell melangkah masuk ke dalam,  pasal kejadian yang terjadi pada malam itu Marcell cuba sedaya upaya untuk melupakan. Bukan niat Marcell dan dia juga tak tahu Namjoon akan tunggu dia.

 

Namjoon melihat Marcell dengan mata yang terbeliak.

 

"Hey, sibuk kerja." Usik Marcell.

"Well untuk masa depan kita. Tak salah juga,bukan?" Jawab Namjoon selamba sambil mengelap meja dengan tuala basah. Nampaknya dia seperti pertama kali melakukan kerja seperti ini. Fokus pada matanya tidak lepas pandang pada meja itu. 

 

Marcell menghampiri Namjoon dan memegang tuala yang ada ditangan Namjoon. 

 

"Macam ni president." Marcell menunjukkan cara mengelap meja. Tengok gaya Namjoon lap meja tadi menakutkan Marcel takut patah meja dibuatnya. Guna tenaga berpada-padalah ini tidak bergoyang-goyang meja itu dibuatnya bila Namjoon sibuk mengelap.

 

"Dah boleh dah kut jadi calon isteri president. Macam tahu saja buat kerja rumah ni." Kata-kata Namjoon itu buat Marcell tergelak. Dia tak marah ke?

 

Lucu sungguh Namjoon ini. Melihat Marcel ketawa buatkan Namjoon menjadi pelik apa yang kelakar? 

 

"Mestilah tahu, sayakan perempuan. Buat malu je kalau perempuan tak tahu buat kerja rumah. Lagipun saya tinggal dengan mama and Hana je, jadi kerja rumah semua saya buat." 

 

Marcell mula mengelap setiap meja. Namjoon membuntuti Marcell ke setiap meja yang dituju. Entah macam ada magnet yang menarik Namjoon untuk sentiasa dekat dengan Marcell.

 

"Hey Namjoon, siapa tu? Macam kucing ikut mak je aku tengok." Tegur seseorang, Marcell menoleh memandang suara. J-jhope?

 

"Yah! Marcell kau buat apa kat sini? Ooooo dengan Namjoon ehh sekarang?" Usik Jhope suara seakan-akan lelaki gatal sedang mengusik Marcell. Eeee gediknya!

 

"Kau buat apa dekat sini? Namjoon macam mana awak boleh kenal diorang ni?" Soal Marcell kembali. 

"Suka hati akulah! Kau apa cerita lepas dari sekolah menengah kau blah macam tu je. Menghilang macam magic, nak kata ahli silap mata, aku yang tersilap pandang." Tegur Suga pula.

 

Lah diorang ni memang ada dekat sini ke apa? Kejap apa hubungan diorang dengan Namjoon sebenarnya? Lagipun budak berdua memang kawan Marcell sejak sekolah menengah lagi, tapi Namjoon apa pula kaitan dengan diorang? Banyak persoalan yang terkeluar dari hati Marcell. Entahlah nak, mak buat tak tahu jelah.

 

Jin pula masuk ke dalam dengan membawa berkotak-kotak barang, matanya terus membuntang taktala melihat Marcell tiba-tiba muncul. Macam tak percaya.

 

"Marcell, aku rasa better kau keluar dulu beb, aku rasakan kau pasti tak nak jumpa tuan kedai ni. Nanti kita jumpa kat office kau ya." Jin menarik tangan Marcell, Marcell pula menarik tangannya dari Jin. Ewah, kenapa ni? Tiba-tiba saja. Sekarang ni kenapa ada pula bekas budak-budak sekolah Marcell muncul tiba-tiba dalam ni!

 

"Weh jomlah!"

"Kenapa pula, tak salah aku jumpa dia kejap pun jadilah." Tolak Marcell.

 

"Marcell, awak pergi dululah nanti saya datang." Ujar Namjoon perlahan.

 

 

"Namjoon dengan siapa tu?" Soal lelaki tua.

 

Marcell mengangkat muka, matanya dan mata lelaki tua itu bertembung, tangan Marcell terlepas dari pegangan Jin. Tak mungkin.

 

"Kwon Marcell anak papa." Sebut Kwon Julian. Sebak mula hadir melihat anak gadis yang dirindui itu didepan mata. Gadis itu pula menahan air mata.

 

"Papa rindu Marcell sayang. Junhi, anak kita dekat sini." Panggil Julian. Isterinya yang didapur terkonco-konco datang ke depan.

 

"Sayang. Omma rindu sangat dengan Marcell." 

 

Omma? Kenapa aku rasa lain,papa tinggalkan aku 12 tahun lepas dan berkahwin dengan perempuan depan aku itu pun kali terakhir pun papa jumpa aku 3 tahun lepas. Papa tinggalkan aku sebab perempuan ni.

 

Marcell memegang lengan Namjoon, matanya memandang kedua-dua orang tua yang cuba menghampirinya. Dia takut untuk berhadapan dengan Julian dan Junhi. Namjoon mengenggam tangan Marcell yang sudah bergetar. Suga, Jin dan Jhope terkaku, salah siapa? Jin sudah bagi amaran tak nak pula pergi degil!

 

"Sayang, papa rindu Cella sangat-sangat. Makin cantik anak papa sekarang. Cella, meh sini nak papa dengan omma rindu Cella sangat-sangat papa nak peluk Cella." Pujuk Julian, tangannya cuba memegang lengan Marcell.

 

Marcell mengundur. Nampaknya dia takut. Namun Namjoon disebelah membuatkan dia sedikit berani itu pun kalau Namjoon,Jin,Suga dan Jhope tiada sudah pasti dia lari terus keluar.

 

Julian terus memeluk Marcell. Anak gadis itu masih diam seribu bahasa. Dia rindukan papanya. Tapi dia lebih sayangkan Daehee walaupun dia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Tapi hakikatnya Dahee sekadar buat endah tak endah, Marcell perlu tempat berteduh kasih sayang tapi perlukah dia menerima Junhi? 

 

"Papa rindu Cella." Bisik Julian. Lelaki itu sebak.

 

Tangan Namjoon yang dipegang itu dilepaskan lalu Marcell terus memeluk Julian. Dia menangis.

 

"Huaaa papa Cella rindukan papa! Papa, Cella nak tinggal dengan papa. Bawa Cella pergi, Cella tak ada tempat bergantung lagi pa, mama buang Cella, Cella sunyi!" Tangis Marcell puas-puas dalam dakapan Julian. Dia peluk erat papanya. Dia tidak mahu melepaskan pelukan itu biar masa berhenti dia perlukan masa bersama Julian.

 

Junhi datang sebaik saja Julian melepaskan pelukan. Marcell tidak berfikir panjang terus memeluk Junhi.

 

"Omma, jadi omma Cella ya. Cella akan jadi anak yang baik, Cella akan hormat omma." 

 

Junhi mengangguk disebalik pelukkan dia juga menangis. Naluri keibuannya hadir.

 

Yang lain yang melihat hanya diam melihat Marcell. Dia kesian melihat kehidupan gadis itu, sudah dibuang dan tiada tempat bergantung. 

 

"Pak cik kenapa tak pernah bagitahu saya, pak cik ada anak perempuan?" Soal Namjoon.

 

Celahan Namjoon membuatkan ketiga-tiga anak beranak itu memandang.

 

Tersenyum sampai ke telinga Julian dibuatnya. Lelaki German itu tersenyum lalu kepala Marcell diusap. Barangkali lelaki didepannya itu mampu membahagiakannya.

 

"Entahlah nak, biarlah rahsia." 

 

•~•~•~•~•

 

Marcell sibuk dengan kerjanya, entah kenapa dia boleh tersenyum seorang diri, barangkali teringatkan papanya tadi. Alahai comel betul Julian. Tiba-tiba boleh pula dia bagi hadiah kecil, katanya untuk hiasan. Auch, cantiknya pokok bonsai kecil ini.

 

Marcell sandarkan badannya dikerusi. Nampaknya dia tenang hari ini. Matanya terlihat Suga, Jhope dan Jin meluru masuk ke dalam officenya.

 

"Jin oppa buat apa dekat sini?" Soal Marcell, terkejut tiba-tiba nampak saja mereka bertiga menghampiri Marcell.

 

"Yang kau tersengih sorang-sorang ni kenapa? Ni Namjoon bagitau aku suruh bawa ka....auch sakitlah horse! Maksud aku, aku nak kau teman aku jumpa Namjoon." Buat kali kedua pinggang suga dicubit kuat oleh Jhope. Aduh lelaki ini langsung tak pandai cover line betullah!

 

Marcell membuat muka apa kes? Tiba-tiba saja lelaki minta perempuan temankan dia untuk jumpa member dia sendiri, fuh dahsyat! 

 

"Ala, pergilah sendiri. Dekat atas tu je office dia. Bukan susah pun." Jawab Marcell.

 

"Aik hyung, bila datang?" Soal Jungkook dari belakang. Baru masuk mungkin. Tangannya membawa bekal makanan.

 

"Eh kookie-ah, baru tadi. Ni tak kerja ke?" Soal Jhope terkejut barangkali.

 

"Lunch timelah hyung. Hmm, nak makan dengan Marcell, hyung nak join sekali tak? Tapi aku tak bawa banyaklah, just untuk aku dengan Marcell." Ujar Jungkook, dia mencelah dan menarik tangan Marcell. Baru saja dia ingin membawa Marcell, Jin menghalang.

 

"Kook-ah, hyung nak bawa Marcell jumpa Namjoon kejap. Nanti aku panggil kau ya." Tangan Marcell ditarik dan kedua-dua lelaki itu membuntuti Marcell dan Jin terus ke bilik Namjoon.

 

"Oppa, kenapa dengan Namjoon."

"Ada story kitorang nak share dengan Marcell."

 

Tiba saja mereka dibilik pejabat Namjoon, masing-masing membuntangkan mata. Terkejut melihat orang yang tak diundang ada dalam bilik lelaki itu.

 

"Mama....." ujar Marcell perlahan. Marcell terdiam, melihat Hana dan Daehee ada didalam bilik Namjoon. Namjoon pula sekadar mendiamkan diri. Lee Hana gadis itu sibuk memegang tangan Namjoon. Apa masalah perempuan itu sebenarnya?

 

"Namjoon, mama minta tolong ambillah Hana bekerja, dia berpelajaran tinggi lagipun Hana ni banyak ilmu pengetahuan, tahu urus itu ini. Betul tak Hana?" Sengaja Daehee menguatkan suara, dia mahu Marcell mendangar kata-katanya.

 

"Maaflah puan. Kalau saya lebih suka orang yang nak bekerja dengan saya tu biarlah bersikap profesional." Ucap Namjoon sekilas.

 

"Korang tunggu luar kejap tau." Pinta Namjoon.

 

"Habis kenapa Marcell tu dapat oppa? Dia tak cerdik! Lembab semua ada bertempek dekat kepala dia. Oppa tak terfikir ke kalau ada pekerja macam dia tu boleh menjatuhkan syarikat oppa? Hana, tak profesional biar betul!" Bentakkan Hana itu didengari oleh Marcell dan orang-orang yang ada didalam bilik Namjoon.

 

Hina sangat ke aku? Aku faham aku pembawa malang, tapi aku tak minta untuk dilahirkan macam ini. Sedih Marcell itu hanya mampu bertaut dalam hati.

 

Baru saja Marcell ingin melangkah keluar bersama ketiga-tiga lelaki itu. 

 

"Dia saya punya, saya ada hak atas dia. Awak tak ada apa-apa kaitan dengan saya baik diam! Kita selesai dan sila keluar dari sini." Ujar Namjoon, dia bangun dan tangan Marcell ditarik kemas. Dia membawa Marcell keluar terus ke lobi kereta lantas terus menuju ke restaurant di dalam hotel.

 

"Namjoon, Hana perlukan awak. Tinggalkan saya sebab saya takut malang saya terkena dekat awak. Mama buang saya sebab dia tahu saya ni buruk untuk dia, saya tak jamin saya boleh bahagiakan awak. Saya tak jamin saya akan sentiasa cintakan awak, saya barangan buangan manusia, saya dah biasa Namjoon." Marcell menangis di depan Namjoon, entah kenapa dia jadi lemah seperti ini. Entah kenapa ayat Hana itu benar-benar menusuk jantung dan hati Marcell.

 

Marcell mula menekup wajahnya habis air matanya bertakung ditelapak tangan, sambil dia tersendu-sendu. Terngiang-ngiang kata-kata mamanya dan Hana itu.

 

Namjoon yang mendengar terus berhenti ditepi jalan. Dia memandang Marcell yang menangis.

 

"Kenapa Marcell? Awak kena tetap sentiasa dekat saya. Saya perlukan awak." Pujuk Namjoon. Ibu jarinya mengelap air mata Marcell.

 

"Kenapa awak pilih saya? Saya akan hancurkan masa depan awak Namjoon. Percayalah cakap saya." Ujar Marcell, dia tidak tahan. Makin deras air matanya keluar.

 

Tangan Marcell digenggam oleh Namjoon lalu Namjoon memeluk Marcell erat.

 

"Sebab saya cintakan awak."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuha01
Guyssa, So sorry baru update yg baru, Come and read and i love to see your comment, 💕💕😭

Comments

You must be logged in to comment
SuhaLovelyz
#1
Jungkook or Namjoon?? Jungkook or Namjoon??
LuckyLovely #2
Update cepat please,, tak boleh tunguu nii huuhuhu
SongJoongkiFlowerBoy #3
Argh! Tak boleh pilih Jungkook ke Namjoon><
leyna_nieka
#4
Chapter 3: Teruk noh latah Jieun tu XD. Dia pon layan Oh my venus, sama lah kita. Btw, kirim salam dekat Jungkook <3
leyna_nieka
#5
Chapter 2: Kyaaaa!! Nk jgk kne plok ngn Jungkook~
leyna_nieka
#6
Chapter 1: Sian Marcell T^T Sepatutnya sbagai ibu mesti lah bagi kasih syg yg sme rata kt anak2. Nice chap! Update soon >.<
babydyo #7
Chapter 1: Tak sangka Song Jieun kuat mengutuk, hahahhaha, update cepat dear!!!!!!