Chapter 4

Lebih Sempurna

Seperti yang dijanjikan Marcell ikut Namjoon pergi berjumpa dengan keluarganya. Mereka masih berdiamkan diri selepas kejadian semalam. Cincin yang digantung dileher itu ditukar masuk ke jari manis milik Marcell.

 

Baju Marcell pakai warna krim dan panjangnya sampai ke paras lutut. Rambutnya dibiarkan lepas dan disertakan cekak rambut. Rasa bersalah menyelubungi diri, kata-kata Kim Namjoon itu menusuk kalbunya. Tapi hatinya belum terbuka untuk terima Namjoon.

 

Mereka tiba di palace milik Namjoon. Marcell keluar dari kereta dan membuntuti Namjoon, dia tidak tahu apa yang diakan lakukan dan fikirannya dia sedang menyusun ayat untuk berkata-kata depan omma dan appa Namjoon.

 

"Omma, appa!" Jerit Namjoon gembira melihat kedua-dua omma dan appanya. 

 

Puan Kim dan Tuan Kim juga turut memeluk Namjoon. Gembira melihat anaknya itu balik, anak mata Puan Kim terhenti melihat susuk tubuh Marcell yang berdiri di depan mereka bertiga.

 

Tangan Puan Kim dan menarik tangan Tuan Kim dan menunjukkan kearah Marcell yang masih terkaku berdiri.

 

“Marcell,bukan oppa..” bisik Puan Kim. Tuan Kim mengangguk.

 

Marcell menunduk hormat 90 darjah. 

 

"Siapa ni sayang?" Soal Puan Kim.

 

"Tunang saya omma." Jawab Namjoon lalu memeluk lengan Marcell dengan erat.

 

"And what's her name?" Soal Tuan Kim sudah tersenyum sampai ke telinga. 

 

"Lee Hana!"

 

~•~•~•~•~•~•~•

 

Marcell duduk diam di dalam kereta, tali pinggang rapi membaluti tubuh serta dia memeluk tubuh geram dengan Namjoon.

 

"Saya tak faham apa yang awak buat tadi!" Dengus Marcell.

 

Marcell memandang luar tingkap, Namjoon di sebelah sekadar tersengih. Apa yang lawaknya? Menyampah adalah bagi Marcell. Tengok Namjoon punya rupa masa dia berjumpa ibu bapanya tadi bukan main lagi!

 

"Nak buat macam mana parents saya suka awak, sepatutnya awak bangga dan bukannya membenci. Mereka dah suka tu bawa-bawalah bersyukur ya sayang." 

 

Ujar Namjoon masih focus memandu kereta. 

 

"Tapi kenapa awak tak bagi tahu awal-awal? Lepastu awak kenalkan saya sebagai Lee Hana. Do you know who Lee Hana? Urghh I hate it! I think we should break the contract and you should better be with Hana and not me!" Bentak Marcell.

 

Ya Namjoon senang-senang saja kenalkan dia sebagai Hana, nampaknya Namjoon dan Hana mungkin ada hubungan sebelum ni? Mungkin, tapi Hana mana? Minta-mintalah bukan adik tirinya.

 

“Saya berguraulah, mak saya tahu siapa awak. Aigoo tak payahlah marah sampai macam tu sekali.” Namjoon tersengih kelat. Adakah gurauannya itu keterlaluan.

 

“Bergurau macam tu ke bunyi dia? Baik tak payahlah, stop je hubungan ni  Namjoon. Saya tak suka!” 

 

"Hey stop it! I choose you to be by my side and I don't even need Hana or should I call your own sister." Balas Namjoon, kedengaran di telinga Marcell agaklah kasar walaupun nada Namjoon itu lembut.

 

Marcell terdiam. What the hell is he doing! Hana? Why must to be with her?

 

"Please, Hana bukannya adik saya! She's nothing related to me!" Bentak Marcell tapi dia masih lagi sedaya upaya menahan rasa marah bahkan suaranya juga ditahan. 

 

"But she is still your sister." 

 

"Never!"

 

•~•~•~•~•~•~•

 

Marcell mengeluh dirumah, kerja makin hari makin banyak. Sejak kejadian yang terjadi dengan Namjoon pada hari itu dia mula menjauhkan diri. Memandangkan hari ini adalah hari Sabtu, Marcell sudah pun bersiap-siap memakai baju loose bersama-sama dengan jeans. Biar simple janji dia selesa. Marcell melihat dirinya melalui cermin, dia tersenyum sendiri. Rambutnya yang terjuai disebelah kanan itu disangkutkan ditelinga. Nampaknya hari ini dia tidak mengumpal rambut seperti bun, dan dia membiarkan rambut itu terlepas.

 

Marcell mencapai telefon, sudah pukul 9 pagi dan lagi sejam Jungkook akan datang ke rumah Jieun. Memandang sudah dua hari dia tidak jumpa Jungkook hatinya makin rindu, iyalah Jungkook sibuk bekerja diluar bandar, jauh kehujung lelaki itu dihantar sampai ke Gwangju, itupun dia tahu kerana Jungkook sendiri yang cakap, nasib juga lelaki itu mesej Marcell. Location rumah Jieun berada pun sudah disend pada hari semalam. 

 

Marcell keluar dari bilik sambil menjinjing beg dan dilambung ke sofa sebelum pergi ke dapur dimana Jieun sibuk menggoreng nasi. Marcell duduk diatas counter yang berdekatan dengan sinki.

 

“Kau jadi keluar dengan Jungkook hari ni?” Soal Jieun seperti mak-mak. Ya tuhan,memandangkan faktor umurnya 22 tahun itu bagi Jieun layak kut untuk membebel. Iyalah, bukan Marcell tidak tahu Jieun ni kaki kuat mengutuk, kuat berceloteh tambah lagi dengan mulut becok dia tu. Pergh, bunyi macam orang tua, tapi tak apalah janji dia baik sudah.

 

“Yup, aku tengah tunggu dia. Kau tengokkan Jungkook tu baik orang,bukan?” Soal Marcell sambil tersenyum. Jieun yang sibuk mengoreng nasi mula mencebik.

 

“Yang kau senyum ni kenapa? Baik memang baik, tapi kau kene ingat kau tu tunang si Namjoon. Kau patut bersyukur sebab kau boleh terjumpa Namjoon yang duk tawarkan kau kerja dekat tempat dia even dia tu jenis annoying boleh pula termenawarkan kau sekali untuk jadi bini dia. Atleast Namjoon tu pun baik orangnya. Takkan sebab dia mention Hana kau pula jenis cepat terasa dah dia sendiri cakap Hana is nothing to him. So dia sendiri decided pilih kau sebagai suri hati dia.” Bebelan serta kutukkan disertakan dalam kata-kata Song Jieun yang cukup pedas. 

 

Bersyukur? Perlukah dia bersyukur dengan Namjoon. Lelaki itu sendiri dia jarang jumpa inikan pula Namjoon itu dia perlu terima. Memang tidaklah, Kim Namjoon sama sekali seperti lelaki yang kuat mempermainkan perempuan. Entah-entah nanti bila tiba mahu kahwin Marcell itu ditinggalkan. Ah tidak, minta-mintalah dijauhkan. Marcell terus memandang Jieun dengan pandangan geram. Perempuan disebelahnya itu kadang-kadang jenis yang tidak memahami.

 

“Aku tak ada hati dekat Namjoon.”

“Kalau macam tu pulangkan cincin dan keluar dari Company tu secepat mungkin. Well senang cerita,bukan? Aku tak nak kau dengan Namjoon sama-sama tersakiti.” Kata Jieun itu terlalu kasar ditelinga Marcell. Membuatkan Marcell mengetap gigi.

 

“Kau ni aku cintakan Jungkook! Dia lelaki yang pertama sentuh hati aku.....” kata Marcell dipotong laju oleh Jieun yang sudah tersenyum sinis.

 

Perempuan itu meletakkan nasi goreng yang sudah dipindahkan di dalam piring dan diletakkan diatas meja.

 

“Kau baru kenal dengan dia Marcell! Takkan kau dah jatuh cinta cepat sangat! Kita perempuan sepatutnya biar lelaki suka dekat kita lebih bukan kita!” Tengking Jieun lagi.

 

Marcell memandang cincin tunangnya itu dengan hati yang geram dia mencabut dan membaling ke lantai. Sakit hati dengan Jieun. Terus Marcell turun dari counter dan bergerak ke ruang tamu. Tak mahu bertekak dengan Jieun yang mulut lancang. Apa-apapun pandangan Marcell itu langsung tak didengari. 

 

“Ahhhh baguslah campak cincin berpuluh ribu won ni. Lepas ni boleh aku gadai dapat juga duit. Cakap dekat Namjoon terima kasih sebab bagi aku cincin yang langsung tak berguna bagi kau! Sebab apa, sebab kau pilih Jeon Jungkook! Lelaki yang kau paling sayang.” Jieun mula jadi batu api menambahkan lagi bara dalam hati Marcell! 

 

Tak guna punya perempuan. Getus hati Marcell.

 

“Kau nak, kau hambik!”

 

Marcell terus keluar dari rumah sebaik saja dia terlihat kereta Jeon Jungkook yang sudah tiba diluar rumah. Biasalah selalu saja dia bertekak dengan Jieun. Mungkin dia akan berbaiklah tu nanti.

 

Song Jieun yang duduk di meja makan itu mengeluh, tak faham dengan kawannya yang seorang itu, bila difikirkan balik salah dia juga bercakap terlalu lancang macam roket meletus.

 

Ikut kaulah Marcell, aku tak kisah kau pilih siapa tapi janji kau bahagia itu je. Getus Jieun, dia berdiri dan mengambil cincin yang dicampak oleh Marcell, Jieun masuk ke bilik dan simpan di dalam kotak perhiasan. Nanti dia bagi balik cincin itu bila Marcell pulang. Perempuan tu memang jenis kuat emo betullah, kalau dia geram sikit ada je benda yang berkaitan mahu dicampak. Ingat tak berharga ke barang tu? Kutuk Jieun.

 

Kwon Marcell tersenyum melihat Jungkook yang sudah membawa kereta, masalah dengan Jieun itu nanti-nanti sajalah dia selesaikan. Lihat Jungkook memegang stereng kereta terasa laju saja kereta itu meluncur. Lelaki itu kemas memakai baju lengan panjang berwarna kuning dan hitam sekali dengan seluar jeans. Sesuai dan padan dengan wajah yang tampan.

 

“Awak nak pergi mana Marcell?” Soal Jungkook memecahkan suasana senyap itu, sekali-sekala dia tersenyum memandang Marcell yang sibuk memandang depan.

 

“Aik? Awak yang nak bawa saya jalan hari tu. Mana-mana saya tak kisah.” Ujar Marcell. 

 

“Hmm, kita pergi Seoul Mall eh. Saya tengok hari ni wayang ada cerita best. Mana tau awak suka ke, yelah saya tengok awak dah dua minggu terperuk dengan kerja saja, so hari ni saya belanja awak.” Jawab Jungkook selamba. 

 

“Boleh je, jadi macam mana awak kat Gwangju? Okey ke tak?” Soal Marcell.

 

“Okay je, tapi satu jelah masalah dia.”

“Apa dia?”

“Saya rindukan awaklah.

 

Tertunduk terus Marcell dibuatnya. Lantas terus ketawa Jungkook melihat Marcell. Aduh apa punya lelakilah.

 

Mereka tiba di Seoul Mall.

 

Jungkook menarik tangan Marcell lalu digenggam erat, Jungkook membeli tiket wayang, memandangkan mereka bersetuju untuk melihat wayang terlebih dahulu. Mereka terus saja masuk ke dalam wayang.

 

Selesai menonton wayang, mereka beredar terus mencari makan. Di mana Jungkook membawa Marcell ke Nandos lalu dia terus mengorder makanan sekali dengan makanan Marcell.

 

Marcell memandang Jungkook, Jungkook juga turut memandang Marcell ah sudah macam filem hindustan saling berpandangan. Kemudian Jungkook tersenyum, tangan Marcell dicapai dan dipegang.

 

“Marcell jujur dengan saya boleh?” Ujar Jungkook. Marcell memandang Jungkook dengan tanda tanya. 

 

Jujur apa? Aku ada buat salah ke dengan dia ni? Aigoo tak mungkinlah! Ni lah yang aku benci ni! Getus Marcell dalam hati.

 

“Saya tahu awak dengan Namjoon hyung dah bertunang.”

 

“A-a-apa maksud awak Jungkook? Macam mana awak tahu? S-saya dengan dia tak ada apa-apa.” Tolak Marcell, dia terkejut bagaimana Jungkook boleh tahu dia sudah pun bertunang dengan Namjoon. Tapi itu tidak, semuanya bukan dengan kerelaan hatinya. Bertunang diatas kertas langsung tak membahagiakan! 

 

Jungkook tersenyum, kenapa dia harus tersenyum? Apa maksud lelaki itu sebenarnya.

 

“Saya tahu awak bertunang dengan Namjoon hyung sebab dia sendiri,bukan?” Ujar Jungkook.

 

Marcell hanya mampu tertunduk.

 

Tangan Marcell dikucup sekilas oleh Jungkook.

 

“Saya cintakan awak, tinggalkan Namjoon dan kita akan bahagia. Saya yang akan bahagiakan awak, saya ikhlas nak sentiasa disamping awak.” 

 

Marcell hanya mendiamkan diri.

 

•~•~•~•~•~•

 

Ting! Ting!

 

Dalam perjalanan pulang Marcell hanya mendiamkan diri setelah mendengar luahan dari Jungkook, entah kenapa hatinya rasa lain. Dia rasa seolah-olah dibahagi dua. Patutkah dia mendiamkan diri atau dia membalas semula isi hatinya kepada Jungkook?

 

Buat kali kedua mesej telefon masuk itu dibuka oleh Marcell.

 

‘Marcell, baliklah awal aku tahu kau marah aku tapi tak payahlah sampai pukul 10 malam baru nampak batang hidung kau.’ -Jieun.

 

Marcell menghembus nafas, mungkin betul kata Jieun ini takkanlah dia marahkan Jieun dia perlu pulang lambat. Jungkook disebelah juga turut mendiamkan diri. Adakah gadis itu menolak dirinya atau sebaliknya? 

 

Jungkook tiba depan rumah Marcell, dan dia berlari keluar untuk membuka pintu untuk Marcell. Sebelum Marcell berganjak dari tempatnya tangan Marcell ditarik, lalu Jungkook terus memeluk Marcell dengan erat.

 

“Saya cintakan awak Marcell, tiada siapa boleh gantikan awak.” Bisik Jungkook. Bibir gadis itu dikucup perlahan. Marcell terkejut dengan tindakkan Jungkook itu. Kucupan Jungkook itu tidak dibalas oleh Marcell.

 

Jungkook melepaskan kucupan. 

 

“Fikirkan balik Marcell, saya sanggup tunggu awak.” Jelas Jungkook sekali lagi, tapi Marcell sekadar mendiamkan diri.

 

Marcell masuk ke dalam dan mengunci pagar sempat juga dia melambai lemah ke arah Jungkook yang sudah di dalam kereta. Lelaki itu beredar. Selang tiga langkah Marcell berjalan satu suara menegur Marcell.

 

Please don’t Marcell.”.

 

Marcell menoleh kebelakang. K-k-kim Namjoon.

 

“Awak buat apa dekat sini Namjoon?” Soal Marcell pelik tiba-tiba saja lelaki itu tiba.

 

“Saya tunggu awak dari petang tadi.” 

 

“Namjoon.....”

 

Namjoon, saya minta maaf. Saya tak boleh terima awak.

 

Namjoon memandang Marcell,lalu dia berdiri betul-betul didepan pagar.

 

“Marcell, jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuha01
Guyssa, So sorry baru update yg baru, Come and read and i love to see your comment, 💕💕😭

Comments

You must be logged in to comment
SuhaLovelyz
#1
Jungkook or Namjoon?? Jungkook or Namjoon??
LuckyLovely #2
Update cepat please,, tak boleh tunguu nii huuhuhu
SongJoongkiFlowerBoy #3
Argh! Tak boleh pilih Jungkook ke Namjoon><
leyna_nieka
#4
Chapter 3: Teruk noh latah Jieun tu XD. Dia pon layan Oh my venus, sama lah kita. Btw, kirim salam dekat Jungkook <3
leyna_nieka
#5
Chapter 2: Kyaaaa!! Nk jgk kne plok ngn Jungkook~
leyna_nieka
#6
Chapter 1: Sian Marcell T^T Sepatutnya sbagai ibu mesti lah bagi kasih syg yg sme rata kt anak2. Nice chap! Update soon >.<
babydyo #7
Chapter 1: Tak sangka Song Jieun kuat mengutuk, hahahhaha, update cepat dear!!!!!!