Chapter 1

Lebih Sempurna

Semua barang habis bertabur di lantai. Entah kenapa suasana yang ceria tiba-tiba jadi muram, tiba-tiba ada situasi salahkan orang. Sensara betul hidup!

"Berapa kali mama nak kata jangan kacau suami orang! Degil, eeee aku geram betullah dengan kau ni, telinga macam badak. Kepala keras macam batu!" Telinga Marcel ditarik kuat oleh Daehee sakit hati anak sulung buat perangai macam tu.

 

"Argh sakitlah mama!" Jerit Marcel. Telinga dilepaskan lalu diusap sekali dengan tangan geram telinga sendiri kena sambar.

 

"Biarlah kita yang nak kahwin bukannya mama pun! Dah laki orang tu nak kita nak buat macam mana! Atlease kita ni laku ok! Tak macam adik tu, tak laki langsung!" 

 

"Banyak lawa muka kau, dulu aku bagi kasih sayang dekat kau sekarang kau pandai melawan! Ey aku belasah juga kau nanti! Adik kau tu bagus dari kau!" Jerit Daehee. Tangannya mahu mencubit telinga Marcel itu ditepis kuat.

 

Hana yang duduk disofa mula buat muka entah kenapa dia pula diseru kuat oleh Marcel dan Puan Daehee. Bergaduh pun bergaduhlah berdua ini tidak dia yang tak bersalah juga jadi mangsa!

 

Hana melihat agenda yang berlaku didepan matanya, mulutnya masih terkatup bukan apa dia tidak mahu masuk campur hal urusan Marcel dengan Puan Daehee.

 

"Apa? Mama selalu sangat lebihkan Hana! Kenapa harus Hana kenapa tak Marcel mama?! Dia anak kutiplah perlu ke mama lebihkan dia?" Jerit Marcel, raut benci tertayang diwajah Marcel. Dia memeluk tubuh, Hana-Hana perempuan tak guna.

 

Puan Daehee diam. Terkejut dengab tindakkan melulu Marcel itu.

 

Hana sekadar mendiamkan diri, melihat wajah Marcel buatkan dia terdiam. Dia lali dan selalu sangat dengar Marcel berikan dia kata-kata kesat bahkan dia sendiri faham bahawa Marcel bencikan dia.

 

"Bonggok punya adik, bawa sial apa doh kau? Sudahlah better kau berambus, kau hidup atas dasar pertolongan aku yang tak berapa ikhlas ni lagipun mama selalu aje paksa aku untuk tolong kau lagi-lagi lepas appa kau meninggal! Baguslah dua-dua menyusahkan aku bukannya nak menyenangkan! Dulu appa kau bukan main lagi duk bagi janji manis dekat mama last-last mati macam tu je and dia tinggalkan kau! Bodoh lagi menyusahkan hidup akulah!"

 

Hana diam, air matanya menitis keluar dari kelopak mata. Tiba-tiba dia terasa hiba entah kenapa dia rasa bersalah dengan kakak tirinya itu.

 

"Marcell!" Jerit Puan Daehee! Pantas tangannya melayang ke wajah Marcell hatinya sakit dengan kata-kata berengsek dari Marcell itu.

 

"Mama sayangkan dua-dua anak mama ni! Kau tu selalu sangat pandang adik kau ni buruk! Kau bagus ke buat pilihan hidup lagipun Hana ni belajar tinggi kau tu setakat kerja berhenti! Kau malukan aku Marcell!" Jerit Daehee.

 

Entah kenapa rasa tamparan dari Puan Daehee itu tidak dirasai oleh Marcell tapi yang terasa kini hatinya. Bukan, mama patut menyebelahinya? Tapi kenapa Hana?

 

Air mata Marcell itu ditahan sekuat hati.

 

Baiklah!

 

"Baiklah mama memang selalu lebihkan anak tiri mama dari anak kandung sendiri! Kenapalah dulu aku tak pilih untuk tinggal dengan papa! Hidup aku mungkin lebih baiklah! So macam nilah ma, aku rasa better aku berambus, kau Hana stay sampai mati duk dalam rumah ni ya, kaki kipas!"

 

Perlian dan sindiran Marcell itu terus menetap dihati wanita berusia 40 an itu, anaknya Marcell lebih keras kepala dari Hana. Hana mudah dibentuk tapi Marcell semua kemahuannya atas dasar kepalanya sendiri.

 

Marcell mahu berganjak pergi namun ditahan oleh Hana.

 

"Unnie, jangan pergi! Hana takkan guna duit unnie lagi, Hana akan berusaha dapat biasiswa kolej. Lepas ni Hana ak" 

 

Tangan Hana ditepis kuat, muka Marcell mula mengerut.

 

"Kau pergi matilah perempuan! Orang tua ni sayang gila dekat kau! Dahlah better aku keluar." Dia berganjak ke sofa dan mengambil tas tangannya. Sebelum dia melangkah keluar tangannya menyeluk poket tas tangannya itu dan mengeluarkan dompet.

 

Sejumlah wang gaji yang dia dapat petang tadi ditarik keluar lalu dicampak. Duit berterbangan, Hana dan Puan Daehee hanya memandang.

 

"Ambillah mama, bagi anak kipas ni telan duit biar buncit perut dia." Sindiran Marcell sekali lagi menusuk hati Puan Daehee.

 

Dia melangkah pergi ke pintu, Puan Daehee mengejar anak perempuannya itu.

 

"Marcell!!! Kwon Marcell!!" 

 

Namun jeritan itu sia-sia jauh sekali Marcell akan memaling.

•~•~•~•

 

Marcell duduk diam di perhentian bas matanya memandang jalan raya yang dipenuhu dengan kereta. Entah kenapa tindakkan keluar dari rumah adalah satu tindakkan yang bodoh.

 

Bahkan dia bukannya mahu berkahwin dengan suami orang, dia hanya mereka cerita tapi Puan Daehee terlebih dahulu berfikir secara negative. 

 

Lelaki itu bukannya mahu berkahwin tapi melamarnya bekerja dibawah syarikatnya. Tapi kelayakkannya tiada. Itu menjadi punca. 

 

Puan Daehee pula senang-senang menyuruh Hana untuk gantikan tempatnya untuk bekerja di syarikat OH itu.

 

"Berengsek!" 

 

Bas berhenti dihadapan perhentian bas, ramai mula turun dan naik. Namun Marcell masih berdiam, dia tiada duit. 

 

Malam ni mungkin dia akan tidur disini? Telefon dikeluarkan dari poket.

 

Dia mendial Jieun.

 

"Hello."

 

"Eun, aku tidur rumah kau boleh?"

 

Soalan bodoh keluar dari bibir Marcell, Jieun diam lalu mengeluh.

 

"Kau gaduh dengan mama kau? Datanglah Cella pintu aku sentiasa buka untuk kau. Aku tunggu."

 

"Thanks Eun!"

 

Panggilan dimatikan.

 

Marcell tersenyum dikala air matanya ingin mengalir. Dia berdiri dan mula berjalan kaki ke rumah Jieun.

 

~•~•~•~•

Marcell lena tidur diatas katil milik Jieun. Matanya berat dan ditutup rapat, hatinya resah namun sedaya upaya dia menutup keresahan itu dengan satu perkataan berbunyi lena.

 

Jieun yang sudah bangun awal itu sedia mengemas ruang tamu, matanya menatap satu fail yang ada di dalam beg Marcell.

 

Dia menarik keluar dan membacanya.

 

Marcell dapat tawaran kerja dekat tempat bagus pula tu, tapi kenapa mama dia boleh suruh Hana ambil alih pula? Aku tak faham betul dengan orang tua tu, kalau boleh semua Hana! Hana! Hana! Dia masih tak sedar lagi ke Marcell anak dia? Aduh tua-tua pun bodoh. Kutuk Jieun dalam hati. Siapa tak kenal Song Jieun wajah saja comel tapi bab mengutuk dia paling hebat.

 

Bukan apa dia kesian dengan Marcell gadis itu berusaha keras biaya pengajian si Hana tapi mamanya pula senang-senang bagi arahan macam bos. Dengar cerita Marcell malam tadi, sampai dia sendiri termenangis kuat. Aduhai hatinya kecewa betul dengan mama jenis tak supportive tapi si Marcell ni pun satu ada kepatut cakap suami orang melamar dia. Patutnya dia cakap jelah terang-terang ini tak suka sangat buat drama!

 

Kali ni dia pula kutuk si Kwon Marcell.

 

Aish! Jieun masuk ke biliknya, dia mengejutkan si Marcell sambil tangannya membawa kertas.

 

"Weh kau dapat tawaran kerja apa doh!" Jerit Jieun sambil menampar Marcell yang sedap tidur itu.

 

"Ah? Apa kau merepek ni?"

 

Mamai pula si Marcell ni! Desis Jieun dalam hati.

 

Marcell jatuh balik ke bantal matanya terlelap kembali, seronok bermain dengan mimpi dengan Minjae.

 

"Bongok ah kau perempuan bangun! Tidur macan firaun wey! Kerja ke tak ni!!" Marah Jieun sambil menampar-nampar lengan milik Marcell.

 

"Auch sakitlah gila!" Marah Marcell lalu dia gagahkan diri untuk duduk, matanya digosok kuat geram mimpi dikacau.

 

"Kerja tak?" Soal Jieun.

 

"Tak aku berhenti sebab mama! Aku nak cari kerja kejap lagi." 

 

"Apa kata pergi Syarikat OH ni!" Cadang Jieun.

 

"Aku tak ada kelulusan beb mana boleh masuk." 

 

"Boleh bro!"

•~•~•~•~

macam mana dengan chap 1? Okey ke idok? Hahahhaha comment dear sayang🙈, hehehhehe. Tq^^ 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuha01
Guyssa, So sorry baru update yg baru, Come and read and i love to see your comment, 💕💕😭

Comments

You must be logged in to comment
SuhaLovelyz
#1
Jungkook or Namjoon?? Jungkook or Namjoon??
LuckyLovely #2
Update cepat please,, tak boleh tunguu nii huuhuhu
SongJoongkiFlowerBoy #3
Argh! Tak boleh pilih Jungkook ke Namjoon><
leyna_nieka
#4
Chapter 3: Teruk noh latah Jieun tu XD. Dia pon layan Oh my venus, sama lah kita. Btw, kirim salam dekat Jungkook <3
leyna_nieka
#5
Chapter 2: Kyaaaa!! Nk jgk kne plok ngn Jungkook~
leyna_nieka
#6
Chapter 1: Sian Marcell T^T Sepatutnya sbagai ibu mesti lah bagi kasih syg yg sme rata kt anak2. Nice chap! Update soon >.<
babydyo #7
Chapter 1: Tak sangka Song Jieun kuat mengutuk, hahahhaha, update cepat dear!!!!!!