Chapter 2

Lebih Sempurna

Sebelum sis up, sis nak cakap thanks siapa yang comment T^T huhuhu lama dah sis tak menulis. Hahahaha. Ya Tuhan kekok wey kekok menulis huhuu. #jgnlayangediksis ni!! Hahahha. Apa-apa pun enjoy^^ -loveSuha.. and sorry kalau ada typo^^

•~•~•~•~•~•

Kwon Marcell macam tak percaya diboleh terikut kata Jieun itu, kaki memaksa dan mendesak dialah juara. Dalam fikirannya dia terasa dirinya boleh sebab tak ada kelayakkan setaraf itu pun ada lelaki pakai kot kemas yang bagi kertas tawaran.

 

Ingatannya kembali mengenakan lelaki yang dijumpai di dalam kedai 7e.

 

Barang itu diletakkan diatas kuanter. Penuh pula tu dengan slurpee. Matanya tidak lepas pandang mesin duit sambil menscan barangan tersebut.

 

"Marcell, nak kalau aku tawarkan kau untuk join syarikat aku, kau nak tak?" Soal pembeli itu.

 

Lantas Marcell mengangkat kepala dan memandang wajah lelaki tersebut, tiba-tiba saja buat tawaran khas.

 

Lelaki itu tersenyum, mata Marcell memandang nametag lelaki itu. 'Namjoon' entah kenal entah tidak.

 

"Err, ni nak bayar ke tak?" Soal Marcell malas nak layan, kut-kut dia ni terlayan orang gila mahu tak naya? Nampak je segak tapi mental slang.

 

Namjoon tersengih.

 

Dia mengeluarkan dompet dalam briefcase dan sehelai kertas. Duit sejumlah mengikut harga ditayang di kaunter itu dikeluarkan dari dompet sekali dengan kertas itu dihulurkan.

 

Barang yang sudah tersimpan rapi dalam plastik itu diambil oleh Namjoon.

 

"Okay, just keep the changes and if you like to join my company just go. Kwon Marcell." Namjoon tersenyum dan terus keluar dari 7E.

 

Marcell mula tenung kertas itu.

 

"OH company?"

 

Zapp!!

 

"Hey! Pekerja baru?" Seorang lelaki menepuk bahu Marcell. Terkejut si Marcell dibuatnya namun dia tahankan aja kalau tak jatuh malu woo.

 

Lelaki itu tersenyum menayang gigi arnah, wajahnya manis tertayang. Mata Marcell mula melihat nametag, Jungkook. Sesuai dengan muka.

 

Handsome. Getus hati Marcell.

 

"Oh ni." Marcell terus menhulurkan kertas kearah Jungkook.

 

Perasaan percaya pada Jungkook mula menguasai. Ya, mungkin Jungkook dipercayai muka pun sejenis muka yang baik.

 

Jungkook mencapai, dia mula membaca isi surat. Angguk dan geleng menjadi saksi dan bukti dia sedang baca. Nampak smart dan bergaya disitu.

 

"Melamar untuk awak kerja bersama OH company? Kiranya awak ni ada prestasilah ni. Baguslah Vice President berminat dengan awak." Jungkook mengiyakan surat itu.

 

Marcell pula pelik, hari tu jumpa Namjoon kalini mamat ni sebut Vice President pelik.

 

"Tak, saya nak jumpa Namjoon." 

"Ha? Namjoon?"

 

Marcell mengangguk.

 

Jungkook mengusap dagu. "Okay jom!"

 

Belum apa-apa lagi, tangan Marcell ditarik dan dibawa masuk ke dalam OH company. Semua memandang namun tiada siapa mahu ambil tahu, barangkali Marcell tidak penting. Jungkook access masuk ke dalam dengan menggunakan kadnya dan membawa gadis itu ke tingkat 4.

 

Sampai saja didepan pintu bilik Vice President, Marcell membetulkan baju kemaja bunga-bunga kecil berwarna hitam kuning ditarik ke bawah menutup pusat yang hampir tertayang. Agak-agak dia cantik tak? Argh stress baju Jieun ni sudahlah ketat dan kecil, salahnya juga siapa suruh tak bawa baju? 

 

"Fighting!"

 

Jungkook mengetuk pintu dan membuka setelah mendengar perkataan masuk dari dalam dan dia menolak Marcell ke dalam tanpa kata apa-apa.

 

What the hell!

 

Seorang lelaki menghadap tingkap mula memaling.

 

"Oh Kwon Marcell. Betullah ni, awak berminat nak kerja dengan saya?" Soal Namjoon ringkas dan jelas.

 

Marcell menarik nafas. Dia bersedia, dan dia berharap dia akan lulus interview yang akan ditanya nanti.

 

"Ya, saya setuju!" 

 

Namjoon tersenyum dan duduk di mejanya. Tangannya menunjukkan kerusi dihadapan bermaksud menyuruh si Marcell untuk duduk.

 

Marcell duduk dan menarik nafas sekali lagi.

 

Harap-harap dia soal benda senang! Harap-harap aku lulus dan boleh kerja dalam syarikat besar bapak gajah ni!!

 

"Awak bersedia?" Soal Namjoon sambil membuat muka.

 

"Maksud encik?" Soal Marcell pelik benar.

 

Namjoon tersengih.

 

"Soalan saya awak bersedia tak? Itu saja saya tanya." Soal Namjoon.

 

Lah itu je ke soalan dia? Mak ai kalau nak minta kerja cara dia macam gini baik aku minta dari dulu lagi! Aigooo! Yeah of course boss!

 

"Ya saya bersedia!" Jawab Marcell dengan penuh bersemangat!

 

Namjoon menghulurkan kertas dan pen ke arah Marcell. Dia menunjukkan ruang tanda tangan. Marcell tersenyum bahagia nampaknya dia genbira dengan boss baru ni, nampaknya dia terus menandakan tanda tangan. Tanpa membaca isi kandungan yang penuh dengan tersurat dan tersirat dia terus menghulurkan kertas itu ke arah Namjoon.

 

Namjoon membaca dan tersengih. 

 

"So awak sudi jadi isteri saya?" Soal Namjoon.

"Hah?!"

 

~•~•~•~•~•

Marcell keluar dari bilik Namjoon dengan wajah tak percaya. What the heck is going on! Apakah yang terjadi sekarang ni? Serius kenapa dia kene kahwin tiba-tiba pula?

 

Macam tak percaya dengan perangai Namjoon, hari cakap lain kali ni cakap lain. Argh n yang rasa nak mengamuk, tapi kalau dia mengamuk pula dia yang rugi. Ya Tuhan, pilihan apakah yang harus dia buat? Huhuhuhu.

 

Kaki Marcell berat melangkah turun ke bawah, nampaknya nasib apa yang bakal dia hadapi. Teruk bebenor.

 

“Hey!” Tegur seseorang, nampak gayanya lelaki itu tidak malu terus peluk orang saja kerjanya.

 

Marcell memaling.

 

“So macam mana? Vice president terima tak awak bekerja? Saya ni tunggu tau awak dekat luar tapi awak lalu saja. Tengok awak mengeluh buatkan saya terfikir awak tak diterima ke?” Soal Jungkook.

 

Ya Tuhan kenapa dia perlu jadi comel macam itu? Alahai, gigi arnab dia menawan hati. Aduh!! Getus hati Marcell.

 

Kwon Marcell tersenyum.

 

“Kalau saya cakap saya diterima awak buat apa? Lagipun kita ni baru kenal.” Kata Marcell.

 

Jungkook melepaskan pelukan dari bahu Marcell dia membuntuti Marcell dan menarik gadis itu terus ke cafè yang ada di dalam OH company.

 

“Kalau ya, saya nak jadi kawan awak. Tak salah,bukan? Lagipun susah tau orang nak berkawan dengan saya.” Usik Jungkook, dia duduk dihadapan Marcell yang sudah tersengih mendengar jawapan Jungkook itu.

 

“Iyalah. Muka tak sesuai jadi penipu.”

 

“Well saya tahu saya ni comel. Jadi betullah awak dapat kerja dekat sini. Hmm saya pasti... jadi sebagai penghargaan saya belanja awak Greentea Frappelah.”

 

“Eh tak payahlah!” Tolak Marcell.

 

Jungkook berdegil terus membeli air sambil tersenyum.

 

Marcell melihat Jungkook dari jauh sambil mengeluh kenapalah dia baik sangat? Kalau dia tahu berita aku kene kahwin dengan Namjoon gamaknya dia terkejut entah-entah boleh kata aku ni mata duitan. Ya tuhan, aku malu! 

 

•~•~•~•~•~

 

"Apa?!" Jerit Jieun setelah mendengar kata-kata Marcell. Habis bergema ruang tamu, tv yang terbuka siaran drama petang dibiarkan begitu saja. Entah kenapa cerita dari Marcell begitu menarik perhatian dari drama yang selalu ditonton.

 

Apa punya Company buat surat tawaran melamar orang atasan, tak munasabah langsung gila berfikiran jauh betul si Namjoon ni. Kutuk Jieun dalam hati.

 

"Aku dah cakap Namjoon tu gila! Aku tak patut pergi wey, macam tak percaya dia boleh tanya aku untuk jadi isteri dia! Argh patutnya aku bagi Hana benda ni, aku tak boleh teruskan wey! Menyesal aku tak baca content surat tu!" Keluh Marcell.

 

Dua-dua sahabat itu mengeluh dan merenung nasib yang bakal dihadapi tak sangka kepala sama, otak pun jenis sama.

 

"Tapi tawaran dia menarik weh, kau boleh kerja bawah dia tapi dengan syarat kau kahwin dengan dia that's all! Kau jangan sia-siakan. Selagi peluang tu ada kau jangan lepaskan Hana tu biarlah dia lagipun tanggungjawab kau dah lepas kut, tak payah fikir pasal dia. Pandai-pandailah dia nak hidup sekarang ni fikir masa depan kau beb! Your future is in your own hand!" Tegas Song Jieun.

 

Marcell juga mengeluh betul cakap Jieun. 

 

Entah apa sebab lelaki itu minta kahwin tiba-tiba pula tu, bila ditanya kenapa siang tadi jawabnya personal. Yang nak kahwin itu dia juga perlulah dia tahu sebabnya sekali ini tidak, bunyi macam silents is the better than scream. Apa kejadah Namjoon tak kesian ke apa?

 

"Macam mana kau tadi?"  Soal Jieun.

 

"Aku melawan mula-mula tapi dia cakap hanya aku yang boleh buat. Nak tak nak dia bagi aku kerja bawah dia and aku boleh buktikan dekat mama yang aku juga boleh berjaya dari Hana!" 

 

Hatinya mengatakan bahawa firasat mahu lebih berjaya ada 70%, mama bangga 29% dan kemungkinan kebahagiaannya 1%.

 

Yang peliknya bagaimana Namjoon tahu maklumat peribadinya? Pelik! Bila ditanya ada saja jawapan adalah.

 

Marcell menghembus nafas, dia berdiri masuk ke bilik, Jieun yang terpingga-pingga menanti cerita dibiarkan diruang tamu.

 

Marcell duduk dipenjuru katil sambil menatap lantai, entah apa nasib entah kalau dia terima untuk berkahwin bahagiakah dia? Namjoon lelaki itu sendiri dia tidak kenal tiba-tiba ajak berkahwin. Tapi kalau ditolak pula dia rugi serta kerja pun tak akan dapat.

 

Marcell baring diatas katil, matany tidak lekang memandang syiling. Masa depannya mungkin musnah kerana dia berkahwin dengan rela dengan Kim Namjoon tapi demi kebahagiaan mama dia turutkan juga, mungkin nampak buruk dimata orang tapi hanya dia dan Jieun saja tahu kisah sebenar.

 

"Ya Tuhan, aku berdoa bahagiakan aku dengan Namjoon." 

 

Lama-kelamaan matanya terlelap sendiri.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuha01
Guyssa, So sorry baru update yg baru, Come and read and i love to see your comment, 💕💕😭

Comments

You must be logged in to comment
SuhaLovelyz
#1
Jungkook or Namjoon?? Jungkook or Namjoon??
LuckyLovely #2
Update cepat please,, tak boleh tunguu nii huuhuhu
SongJoongkiFlowerBoy #3
Argh! Tak boleh pilih Jungkook ke Namjoon><
leyna_nieka
#4
Chapter 3: Teruk noh latah Jieun tu XD. Dia pon layan Oh my venus, sama lah kita. Btw, kirim salam dekat Jungkook <3
leyna_nieka
#5
Chapter 2: Kyaaaa!! Nk jgk kne plok ngn Jungkook~
leyna_nieka
#6
Chapter 1: Sian Marcell T^T Sepatutnya sbagai ibu mesti lah bagi kasih syg yg sme rata kt anak2. Nice chap! Update soon >.<
babydyo #7
Chapter 1: Tak sangka Song Jieun kuat mengutuk, hahahhaha, update cepat dear!!!!!!