Chapter 3

Lebih Sempurna

Sudah seminggu dia tidak berjumpa Namjoon, dan dia juga kerja dibawah Namjoon tapi bahagian management jauh dari jawatan Namjoon. Tak apa, janji dia dapat duit.

 

Cincin tunang yang Namjoon beri minggu lepas dijadikan rantai, dia malas menayang cincin dengan lelaki yang tidak dicintai.Marcell focus dengan kerjanya, dan dia masih baru dalam bidang sebegini. Hari pertama selalu kena marah, kedua ketiga apatah lagi, jadi dia berusaha untuk tak dimarahi dan kerja yang berlambak itu cuba disiapkan.

 

"Hey, coklat bun! Lunch jom?" Tegur Jungkook dari belakang entah sejak bila Jungkook masuk ke office bahagian management pun Marcell tak tahu, bahu Marcell juga dicuit. Nampaknya Marcell focus bekerja keras.

 

Kelihatan office bahagian management tiada orang, benar kata Jungkook sekarang waktu lunch. 

 

Marcell memaling memandang jam tepat pukul 1:40 petang lalu tersenyum memandang Jungkook. Nampaknya lelaki ini juga sudah seminggu hadap Marcell dan hampir seminggu juga dia makin rapat dengan Jungkook. Marcell menutup journal dan komputer, beg tangannya dicapai lalu membuntuti Jungkook.

 

"So coklat bun, nak makan mana? Hari ni awak belanja saya! Hehehhee, saya laaaaaaaapar sangat ni! Huhuhu perut minta isi makanan sedap lepas tu dia macam nak makan benda. Hmm apa dia perut? Iyalah saya dah suruh coklat bun belanja saya."

 

Marcell ketawa, Jungkook macam orang gila pula cakap sorang-sorang. Perutnya juga jadi mangsa untuk membahan. Aduhai, nama coklat bun melekat terus dibibir Jungkook kerana Marcell selalu mengayakan rambut seperti roti gempal. Aduhai.

 

"Awak nak makan apa? Saya belanja sebagai tanda saya dah seminggu kerja sini." Ujar Marcell.

 

Tak salah mungkin belanja Jungkook makan untuk sekali-sekala. Lagipun Jungkook jadi kawannya selama dia bekerja disitu.

 

"Hmm, mcDonald lah!" 

 

"Aik? Kedai lainlah." Tolak Marcell.

 

Takkan dia bawa Jungkook makan McDonald pula. Dia mahu belanja Jungkook dengan makanan tinggi tarafnya, kerana Jungkook mempunyai jawatan tinggi sedikit darinya. Malu kalau dia belanja makan ringan seperti itu.

 

"Ala, mcDonald sedap kut! Belanja saya makan sana ya. Jom jeballl!!" Jungkook menarik tangan Marcel dan membawa gadis itu terus ke McDonald yang tidak jauh dari OH company.

 

Waktu begini ramai pengunjung nampaknya terpaksalah mereka bungkus makanan dan makan diluar.

 

Selesai membeli Jungkook membawa Marcell makan ditaman berdekatan. Mereka berdua duduk disitu sambil memandang orang ramai yang sedang berehat.

 

"Marcell Kwon. Anak kacukan ke? Mesti family sayangkan awak, aigoo anak kacukan pandai sebab darah mix!"Soal Jungkook sambil mengunyah Spicy McChicken deluxe. Mulut penuh pun still boleh bercakap.

 

Mendengar soalan Jungkook itu membuatkan Marcell sedikit terasa. Kalau family sayangkan saya takkan dia nak buang saya? Takkan papa pergi dengan perempuan lain? Namun Marcell sekadar senyum manis.

 

"Pandai tu tak adalah, hahaha. Awak makanlah dulu, saya kena balik sekarang takut boss saya marah nanti." Marcell berdiri dan dia ingin berlalu pergi tapi ada satu penghalang untuk dia melangkah, Jungkook menarik pergelangan tangannya.

 

"Cepatnya, temanlah saya makan. Lambat lagi coklat bun." Pujuk Jungkook. Pelik tiba-tiba Marcell ingin beredar.

 

Hakikatnya Marcell ingin cepat pergi, dia mahu menangis kerana teringatkan keluarga nampaknya Jungkook benar-benar buatkan dia terasa. Ya terasa merindui keluarga. Tapi atas permintaan Jungkook itu dia kalah dan dia duduk semula disebelah Jungkook dan menayangkan senyuman. Makanan dalam beg kertas dikeluarkan lalu dia makan.

 

"Macam tulah, tak apa kalau boss awak marah, saya ada!" 

 

“Yelah tu, saya biarkan awak kene marah dengan dia. Biar padan muka awak.” Usik Marcell.

 

Apalah Jungkook ni, bagi ayat manis buatkan Marcell jadi malu.

 

“Saya kena marah untuk selamatkan awak tau. Awak patut bersyukur sebab dapat saya.” 

 

Marcell tersengih, ada-ada saja jawapan Jungkook itu. Nampak gayanya dia sudah makin selesa dengan lelaki itu, nasib juga umur mereka sama. 22 tahun masih muda dan masih single. Oh bukan, single dan sudah berpunya.

~•~•~•~•~•

 

Namjoon

 

Hey, mana awak?

Harini saya nak lunch dengan awak, saya tunggu tepat pukul 2 okay.

 

 

Marcell baru membuka telefon dan dia terkejut membaca mesej dari Namjoon, dia lihat semula sekarang tepat pukul 5 petang. Oh tidak! Semasa dia balik dari lunch tadi tepat pukul 2:30 petang dan Namjoon tiada disitu.

 

"Marcell siapkan kerja ya, esok saya nak." Pesan Tuan Park. Marcell hanya mengangguk.

 

Telefon ditutup dan disimpan dalam beg. Tinggal dia seorang saja dalam office. Marcell masih leka dengan kerjanya. Dia perlu professional.

 

Pintu office kedengaran dibuka namun Marcell buat endah tak endah.

 

"Saya tunggu awak lama." Suara Namjoon mula berbunyi. Marcell memaling dan kerusinya juga turut kebelakang menghadap Namjoon.

 

Marcell menelan liur takut melihat Namjoon. Lelaki itu memeluk tubuh. Nampak gaya dia macam marah.

 

"S-s-saya minta maaf, saya baru buka telefon tadi." Pinta Marcell. 

 

Marcell mula rasa bersalah, sikap lembutnya itu mula menguasai. Entah kenapa dia jadi takut begini.

 

"Huh! Oh keluar Jungkook tu bolehlah, saya tunang awak maksud saya, I'm you future husband and how can you go out lunch with another guy?" Soal Namjoon bunyinya macam marah tapi kedengaran seperti Namjoon sedang berusaha mengawal suara. Serta keluhan berat juga keluar dari bibir lelaki itu.

 

Marcell menunduk, dia tidak berani memandang Namjoon. Hari ini adalah kali pertama dia berjumpa dengan Namjoon selepas Namjoon memberikan cincin tunang kepadanya.

 

Namjoon menghampiri Marcell, kedua-dua tangan Marcell dipegang dan dia melihat jari jemari Marcell kemudian dia memandang satu tali yang kemas rapi dileher gadis itu. Namjoon menarik keluar rantai yang kemas di dalam baju milik Marcell. Marcell memejamkan mata takut melihat Namjoon yang begitu rapat dengannya.

 

"I  thought that you were wearing it on your fingar but I was wrong. I thought that you are accepting me as your future husband. Okay then, tak apalaha saya bagi awak masa." Keluh Namjoon, raut wajah kekecewaan jelas ditayang. 

 

Tangan Marcell yang kemas dipegang itu dilepaskan secara perlahan ia membuatkan Marcell rasa bersalah. Hati gadis itu berdegup kencang.

 

"So tomorrow night, my family want to meet you. Saya tunggu awak lepas habis kerja. Kalau macam tu saya balik dulu." 

 

Namjoon keluar dari office management dan terus ke lif.

 

Marcell terkaku duduk diatas kerusi.

 

"Namjoon, what do you mean? Trully what do you mean?" Soal Marcell. 

 

Rantai berisi cincin itu dipegang.

 

•~•~•~•~•~•~•~•

 

Marcell keluar dari Syarikat OH. Dia berhenti dihadapan Lovely Bakery sambil tersenyum. Dia masuk ke dalam kedai itu dengan penuh harapan orang yang diakan tegur itu menyahut.

 

“Woi Jieun!”  Sergah Marcell kuat.

 

“Bapak aku suka So Ji Sub!! Yah jebon terkejut aku! Kau dah balik ke Marcell? Tunggulah aku,, tunggulah dulu eh. Please!! Aku nak balik sama-sama dengan kau.” Marah Jieun, melatah punya pasal.

 

Marcell sudah ketawa terbahak-bahak. Bapak dia suka So Jisub seriuslah. Inilah penangan Jieun bila dia melatah. Semua keluar, mata Marcell melilau melihat telefon Jieun. Oh patutlah keluar So Ji Sub tengok Oh my venus rupanya.

 

“So Ji Sub tersedak kang! Hahahhahaha muka kau macam natang beruk wey! Sumpah macam perempuan hilang suami.” Tawa Marcell. 

 

Sampai sekarang latahan Jieun itu berulang-ulang dari fikirannya. Ya Tuhan, cara dia melatah sangat kelakar boleh pula dia terlompat kecil lepastu nak selamatkan telefon dia punya pasal dia sanggup peluk cium telefonnya itu. Sengal punya kawan. Getus hati Marcell.

 

“Woi aku tak cakap dengan seluar dalam basah, bukan?” Marah Jieun. Geram gamaknya soalannya tak dijawab. 

 

“Aku dah baliklah ni, kau balik pukul berapa?” Soal Marcell. Tawanya masih tersisa.

 

Jieun melihat jam, lalu dia mengeluh berat. Hembusan nafas itu memang menunjukkan sesuatu. Nampaknya dia balik lambatlah gayanya.

 

“Huuhuhuhu tunggu aku tau. Aku balik pukul 10. Takutlah wey, aku tak berani balik sorang-sorang yelah memandangkan aku ni dah tinggal dengan kau.” 

 

“Gedik ah kau. Hahaha selama ni aku tak tinggal dengan kau boleh je kau balik sorang. Hahah yelah aku ni baik hati teman kau. Tapi belanja aku roti dengan air coffee ya.” Pesan Marcell sambil mengenyit mata.

 

“Aaa yelah.”

 

Marcell duduk di meja yang berdekatan dengan tingkap, pemandangan yang indah diwaktu petang. Barangkali memang sesuai untuk melepaskan stress yang berlaku hari ini. Kerja berlambak. Marcell terus mengeluarkan kertas-kertas kerjanya. Matanya fokus memandang kertas. Tapi pemandangannya itu kosong.

 

“Arghh Namjoon ni!!!” Serabut Marcell dibuatnya. Pening mula menguasai. Teringat apa yang dikatakan Namjoon petang tadi. Telefon dikeluarkan dan dia memerhatikan mesej yang dihantar oleh Namjoon. Ya Tuhan, kenapa dia tidak buka telefon tadi. 

 

“Hui, sebut Namjoon nampak. Rindu ke?” Tegur Song Jieun sambil mencuit-cuit bahu Marcell. Gedik! Air coffee Marcell diletakkan diatas meja.

 

Marcell memaling memandang Jieun. Perempuan ni, sebut Namjoon je meremang bulu roma dia. Aigooo!!!  Desis hati Marcell. Terdekit nak marah Si Jieun tapi dia tak sanggup.

 

“Meh cerita sikit kenapa dengan Namjoon.”  Jieun sempat menoleh memandang seluruh kedai takut ada orang masuk kemudian dia duduk disebelah Marcell.

 

“Tadi Namjoon marah aku sebab aku tak keluar makan dengan dia. Aku tak perasan pun dia hantar mesej dekat aku and aku rasa bersalah weh. Namjoon kata dia tunggu aku lama.” Luahan Marcell itu hanya mengundang anggukan dan gelengkan Jieun. Macam faham dan macam tak faham. Baguslah!

 

“Kau keluar makan dengan sapa pula tadi?” Soal Jieun.

 

“Jungkook. Kawan aku dari first day lagi.” 

 

“Maksud kau Jeon Jungkook tu ke? Kau ni pun satu, kau bekerja satu tempat dengan tunang kau sendiri, pepandailah jagalah hati tunang okey. Aku bukan apa weh, aku tak nak korang berdua ni tersakiti, dengan mama kau, Hana punya perangai lagi dah cukup buatkan kau tersiksa. Aku sayang kau even kekadang kau ni menjengkelkan bagi aku, tapi kau kawan aku dari sekolah menengah lagi.” Ujar Jieun. Macam dia kenal Jungkook sangat, iyalah dia tahu nama saja, tak tahu pun rupa. Terkadang dia terbayang Jungkook itu serupa seperti Jongkook running man.

 

“Ughh, aku tak fahamlah dengan jalan hidup aku. Papa aku hilang, mama dengan perangai macam tu. Sekarang Namjoon pula datang. Ya Tuhan dugaan apakah ini?” Bahu Marcell dipegang erat oleh Jieun.

 

“Relaxlah, lagipun tak salah kau berkawan dengan Jungkook. Kalau dia baik tak salah, bukan? Okeylah, aku nak sambung kerja dulu. Kau tunggu aku tau dekat sini. Kalau boring, kau pergilah memana keluar ke pusing-pusing ke.... eh siapa doh mamat yang duk lambai-lambai tangan arah kita pergh handsome siot senyuman dia perghh!!” Jieun dan Marcell saling memandang lelaki yang melambai tangan. Marcell terkejut sambil berkelip mata.

 

“Tu Jungkook wey.”

 

“Oh dia macam nak datang sini je. Tak apalah kau siapkanlah kerja. Aku nak jaga kaunter kang tak pasal-pasal aku kene belasah dengan boss besar aku kang.” Jieun terus ke kaunter.

 

Lelaki itu terus berjalan masuk kedai. Jungkook senyum dan menunduk ke arah Jieun yang sudah lama berada dikaunter. Sebelum dia menghampiri Marcell, dia sempat mengorder air Caramel Machiato.

 

“Hey, buat apa dekat sini sorang-sorang?” Tegur Jungkook. Marcell memandang Jungkook.

 

Lelaki itu tersenyum sampai ke telinga. Senyuman itu tampak manis membuatkan Marcell berdegup kencang. Hatinya seolah-oleh termainkan lagu cinta. Ya Tuhan, kenapa lelaki ini harus hadir sekarang? Kenapa tidak dari dulu lagi? Hati kecil Marcell mula terdetik.

 

“Tunggu kawan habis kerja. Awak tak balik lagi ke?” Soal Marcell, Jungkook melabuhkan punggung disebelah Marcell dan matanya memandang luar tingkap. Satu-satunya tempat yang sesuai untuk berdua-dua dengan teman wanita. Oh I mean kawan wanita.

 

“Terasa nak teman awak pula dekat sini. Yelah, kesian tengok awak sorang-sorang, mesti bosan. Jadi hari ni, Jeon Jungkook nak teman Kwon Marcell sampai kawan dia habis kerja. Lagipun kitakan kawan.” Ujar Jungkook sambil memandang wajah Marcell yang kekal statik memandang luar tingkap.

 

“Banyaklah awak ni, tak penat ke.” Marcell menolak bahu Jungkook perlahan. Jungkook pula seoalah-olah ada tindakan refleks dan melantun balik setelah ditolak.

 

“Penat saya hilang bila saya disamping awak.” Usik Jungkook.

 

Kedua-dua mereka ketawa. Kenapa Jungkook lain hari ni. Getus Marcell dalam hati.

 

“Ehem. Caramel Machiato satu.” Jieun meletakkan air Jungkook diatas meja lalu dia mengenyit mata kearah Marcell yang memandang wajahnya. Tanpa Jieun sedar Jungkook juga tidak terlepas pandang memandang kenyitan mata Jieun itu.

 

“Sakit mata ke?” Soal Jungkook selamba dalam nada usikan.

 

“Aah gatal tadi habuk masuk, nak tiupkan ke?” Jieun pula turut berseleroh. 

 

“Tadah air konfirm sakit mata tu hilang.” Meletus ketawa dari mereka bertiga. Jieun kemudiannya mengundurkan diri kembali ke kaunter.

 

Marcell dan Jungkook mula menghabiskan masa dengan berborak sakan. Dari situ persahabatan mereka menjadi erat. Tepat pukul 10 bakery tutup. Marcell dan Jungkook diluar menunggu Jieun yang sedang menutup suis-suis di dalam bakery.

 

“Well Jungkook sorry susahkan awak sampai sanggup temankan saya sampai pukul 10 pagi, mesti awak penat punyalah. Nanti saya belanja awak makan sebagai ganti. Okey?” Marcell membuat bentuk bulat dengan ibu jari dan jari telunjuk.

 

Jungkook tersengih lalu mengeleng.

 

“Kan saya cakap penat saya hilang bila saya disamping awak. Tak payahlah, nanti saya belanja awak pula. Hari Sabtu ni pukul 10 pagi saya jemput awak. Okey?” Kali ini Jungkook mengajuk aksi Marcell dengan menbuat gaya okey! Itu.

 

“Yah! Hahaha. Hmm, Jieun dah keluar tu. Awak baliklah dulu.” Ujar Marcell. Dia mengendahkan apa yang dikatakan oleh Jungkook itu. Malu gamaknya tiba-tiba ajak keluar.

 

“Awak tak jawab pun soalan saya.” Rajuk Jungkook, digembungkan pipinya menjadi bentuk pau. 

 

“Hmm okeylah!” Jawab Marcell sambil tersenyum.

 

“Good! Sabtu ni tau! Okeylah, hati-hati balik tu kalau ada apa-apa call saya, okey.” Ujar Jungkook. 

 

Jieun baru saja keluar terus menganggukkan kepala. 

 

Marcell, Jungkook dan Jieun mula berpisah arah. Marcell memandang Jieun sambil tersenyum.

 

Jeon Jungkook, hari ini hari Rabu, perkenalan aku dan Jungkook mula menjadi erat. Hati aku mula disentuh sedikit dengan perkenalan ini dan aku harap ia akan kekal. Getus Marcell.

•~•~•~•~•~•~

kita dah masuk chap 3, huhuhu aigooo. Tq siapa yg setia💕 sayang-Suha

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuha01
Guyssa, So sorry baru update yg baru, Come and read and i love to see your comment, 💕💕😭

Comments

You must be logged in to comment
SuhaLovelyz
#1
Jungkook or Namjoon?? Jungkook or Namjoon??
LuckyLovely #2
Update cepat please,, tak boleh tunguu nii huuhuhu
SongJoongkiFlowerBoy #3
Argh! Tak boleh pilih Jungkook ke Namjoon><
leyna_nieka
#4
Chapter 3: Teruk noh latah Jieun tu XD. Dia pon layan Oh my venus, sama lah kita. Btw, kirim salam dekat Jungkook <3
leyna_nieka
#5
Chapter 2: Kyaaaa!! Nk jgk kne plok ngn Jungkook~
leyna_nieka
#6
Chapter 1: Sian Marcell T^T Sepatutnya sbagai ibu mesti lah bagi kasih syg yg sme rata kt anak2. Nice chap! Update soon >.<
babydyo #7
Chapter 1: Tak sangka Song Jieun kuat mengutuk, hahahhaha, update cepat dear!!!!!!