Chapter 8 : Pindah Rumah [FINALE]

Unbelievable House Guest (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] Chapter 8 : Pindah Rumah [/CONTENTID1]


[CONTENTID2] Beberapa bulan kemudian, memang banyak perubahan dalam beberapa bulan itu. Chanyeol. Dia semakin akrab dengan kakaknya selepas kakaknya sudah kembali bersama adik kesayangannya itu. Kakaknya sudah mula bekerja di syarikat sebagai kerani. Chanyeol tetap bekerja di bakery milik bapa Baekhyun.


Seterusnya, Irene pula. Dia dan Hyejin mula rapat semula seperti dulu. Dia tetap meneruskan hidupnya walaupun dia masih ada perasaan cinta terhadap Bogum. Mereka sudah berpisah. Satu hari, Bogum pernah mengunjungi kafe di tempat Irene bekerja. Mereka tidak bertegur sapa. Irene hanya melakukan tugasannya sahaja. Lama-kelamaan perasaan cinta Irene terhadap Bogum, semakin hilang.


Bagaimana pula dengan Hyejin? Dia tidak bekerja. Hanya duduk di rumah sahaja. Chanyeol dan Seohyun sendiri menghalang Hyejin untuk mencari kerja. Katanya, mereka berasa terhutang kerana Hyejin telah membenarkan mereka tinggal di rumahnya. Walaupun Hyejin berkeras untuk mencari kerja juga, mereka berdua tetap dengan keputusannya. Akhirnya, Hyejin terpaksa mengalah.


"Teringat pada siapa itu?"


Hyejin terus sedar. Dia mengalih ke arah suara itu. Rupa-rupanya Irene yang bercakap tadi. "Kau termenung apa ni? Sudah waktu balik sekarang. Cikgu pun dah keluar Kau belum kemas lagi barang kau?" Kepala Irene menggeleng.


"Oh yakah? Oh my!" Hyejin menepuk di dahinya. "Aku tak fokus apa yang cikgu ajar tadi di depan," kemudian dia mengigit bibirnya.


"Nasib baik, cikgu tak perasan tau. Sudah. Kemas sekarang barang-barang kau ni. Hampir semua orang sudah pergi ini." Irene membantu Hyejin memasukkan barangnya ke dalam beg.


Hyejin mengalih ke belakang, kelihatan mencari seseorang. "Eh, Chanyeol pun sudah keluar kah?"


"Dia sudah keluar tadi." Senyum Irene. "Kenapa? Nampak risau je ni. Oh, baru aku tahu. Patut lah kau tengah berangan pasal dia. Kan?" Dia menghentam tangan di atas meja.


"Eh, ma-mana ada! Selalunya dia selalu cakap goodbye kat aku. Hari ini tak ada pula." Hyejin berdiri dari kerusi. Dia dan Irene mula keluar dari kelas untuk pulang ke rumah.


"Eleh, rindu pada dia lah tu," sakat Irene.


Hyejin menampar bahu Irene dengan tidak terlalu terkasar. "Tak adalah! Kau ni..." dia berpeluk tubuh sambil memuncungkan bibir. "Kau tak masuk kerja ke hari ini?" Dia cuba mengalih topik.


"Tak. Sebenarnya aku malas nak pergi bekerja hari ini. Esok aku cuti. So, esok jelah aku masuk."


"Haish, Irene, Irene." Kepala Hyejin menggeleng.


"Hyejin, jom kita pergi makan. Aku laparlah. Dari tadi perut aku berbunyi." Irene menggosok-gosok perutnya yang kempis.


Hyejin mencuit pipi Irene. "Makan, makan, makan. Itu sahaja yang kau tahu kat kepala kau. Jom!" Dia memeluk lengan Irene dan membawa pergi.


Seperti yang dijanjikan Hyejin dan Irene tiba di Kamong Cafe. Restoran dipenuhi dengan pelanggan yang sedang menjamu selera. Setelah menunggu dan mengambil masa, makanan dan minuman yang dipesannya sudah siap dihidang. Pantas Irene meneguk air tersebut untuk menghilangkan dahaganya. Perbualan mereka tidak berhenti. Berhenti pun sebab nak mengunyah makanan. Mereka rancak berbual berdua.


"Oh, Hyejin!" Panggil Irene. Kening Hyejin terangkat. "Apa cerita dengan Chanyeol dan kakaknya? Mereka sudah mula rapat?"


Hyejin mengangguk. "Hmm. Aku dah suka tengok dorang bersama. Kakaknya dah mula bekerja. Chanyeol pula dah mula tegur kakaknya. Keadaan sudah kembali normal."


"Baguslah macam itu." Irene tersenyum dan beberapa saat itu, dia menunduk ke bawah.


Hyejin perasaan akan Irene itu. Dia menyentuh tangan Irene. "Kenapa ini, Irene? Kau teringat benda yang lepas ke?"


Kepala Irene menggeleng. "Tiba-tiba aku teringat. Hish, aku tidak perlu ingat perkara yang lepas ini." Kepalanya menggeleng lagi.


Hyejin tersenyum melihat gelagat Irene. "Sudah! Habiskan makanan kau tu. Aku nak ke tandas sekejap."


Irene menunjukkan isyarat tangan 'OKEY' kepada Hyejin. Belum lagi Hyejin masuk ke dalam tandas, dia disapa oleh seorang wanita iaitu Seohyun.


"Oh, Kak Seohyun! Awak buat apa di sini? Awak makan juga di cafe ini?" Soal Hyejin.


"Ya. Sekarang waktu kerja saya rehat jadi aku singgah ke cafe ini. Awak seorang sahaja ke?"


"Eh, taklah! Saya bersama Irene. Irene sedang makan sekarang," jelas Hyejin.


Seohyun membulatkan mulutnya berbentuk 'O'. Tiba- tiba sehelai kertas dari pegangan Seohyun terjatuh. Hyejin mengambil dan terbaca. Dia terkaku, tiada kekuatan untuk menoleh.


"Oh, ini...ini..." Seohyun mengambil kertas itu dari tangan Hyejin. Hyejin menoleh juga ke arah Seohyun. "Saya dan Chanyeol sudah membuat keputusan semalam. Kami akan berpindah pada masa yang terdekat ini. Maafkan saya kalau saya tidak bagitahu pada awak." Seohyun mengetap bibirnya.


Hyejin tersenyum lalu menggeleng. "Eh, tak apa! Lagipun, saya tidak berhak mencampur urusan awak dengan Chanyeol. Saya okey, sahaja!"


Seohyun menyentuh bahu Hyejin. "Awak jangan risau soal duit. Saya akan beri pada awak jika awak perlu."


Hyejin menggeleng lagi. "Tak perlu menyusahkan awak. Saya boleh cari duit s

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shipwreckedeva
#1
Beautiful poster
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 3: Hishh menyampahnya baca cerita ni. Just let Hyejin and Chanyeol live in peace. There's no problem having a nice guy who was being a bully before. He had CHANGED for good
lyanaesyaz #3
Chapter 6: hrp buat lgi next chapter
ohsehxxn
275 streak #4
Chapter 6: Ouhh begitu rupanya cerita psl Chanyeol ...
lugege_
#5
Chapter 5: Sedihnya. Nasib baik Chanyeol ada :(
ohsehxxn
275 streak #6
Chapter 4: Mujurlah Chanyeol tolong Hyejin :'(
Irene ... sanggup buat mcm tu kt kwn sendiri. Bertabahlah Hyejin
ohsehxxn
275 streak #7
Chapter 3: Sampai hati Si Sungjae & Irene buat macam tu kt Hyejin :(
ohsehxxn
275 streak #8
Chapter 1: Kasihan Chanyeol ... :( nasib baik Hyejin dpt tolong dia