Chapter 7 : Minta Maaf

Unbelievable House Guest (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] Chapter 7 : Minta Maaf [/CONTENTID1]


[CONTENTID2]Tiba di sekolah, Hyejin dan Chanyeol berasa aneh. Mereka berdua sekarang berada di hadapan perhimpunan. Setiap pelajar di perhimpunan tunduk dan menyebut 'Mohon Maaf' dengan banyak kali. Hyejin dan Chanyeol memandang sesama sendiri. Mereka hanya diam dan memerhatikan di hadapannya.


Pengetua datang ke arah Hyejin dan Chanyeol. Dia menceritakan tujuan pelajar-pelajar membuat demikian kerana kejadian pada tempoh hari. Hyejin dan Chanyeol hanya mengangguk faham. Mereka pun memaafkan kepada semua pelajar. Pengetua berasa gembira akan Chanyeol kerana sudah berubah.


Pada waktu rehat, Chanyeol membawa Hyejin ke atas atap sekolah. Dia membawa bekas makanan sekali. Kakaknya yang menghidangkan makanan untuk mereka. Tidak menyangka pula, dia sudah bangun awal sebelum Hyejin dan Chanyeol. Tanpa membuang masa, Chanyeol terus makan. Hyejin pula sedang termenung memikirkan sesuatu.


Chanyeol menelan makanan sebelum memulakan bicara. "Kenapa tak makan? Termenung fikir apa tu? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak?"


Hyejin menghela nafas. "Awak mesti sudah tahu kan? Tentang semalam. Irene." Chanyeol mengangguk. "Dia tidak hadir ke sekolah. Tak tahu mengapa saya asyik pandang meja dia semasa guru sedang mengajar di hadapan."


"Eloklah tu. Biar fikiran dia tenang sementara waktu. Kalau tak, mesti fikiran dia serabut," ujar Chanyeol.


"Saya betul-betul tak sangka yang dia ada jalin hubungan dengan ex-husband Seohyun. Saya tak tahulah apa yang akan terjadi bila rahsia ini terbongkar." Hyejin mengeluh.


"Noona pasti mengamuk seperti apa yang awak pernah dia layan saya masa first time tu."


Hyejin diam. Dia termenung. Makanannya belum terusik lagi di depannya.


Chanyeol hanya menggeleng kepala. "Makanlah makanan awak tu, Hyejin. Awak akan lapar di dalam kelas nanti."


Hyejin tersenyum. "Selera juga awak eh? Ingatkan tak. Itu... mi goreng yang Kak Seohyun masak kan?"


Tidak lama kemudian Chanyeol berhenti makan tiba-tiba. "Makanlah." Dia meletakkan sedikit sayur di bekas makanan Hyejin. Hyejin menggeleng. "Kalau awak tak makan, saya akan tunggu awak sampai kosong bekas makanan awak tu. Walaupun waktu rehat tamat, saya akan tunggu."


Hyejin mencebik. Dia mula menyuap mi goreng itu ke mulutnya.


"Lepas balik sekolah nanti, kita pergi rumah Irene. Mesti awak teringin nak jumpa dia kan?" cadang Chanyeol.


Laju Hyejin mengangguk tanpa mengeluarkan suara.


♢♢♢


Selepas loceng masa terakhir berdering, seperti dijanjikan Chanyeol dan Hyejin terus menuju ke rumah Irene. Oleh kerana mereka penat, mereka duduk di perhentian bas untuk menaiki bas. Mereka juga dapat membeli sesuatu di kedai runcit seperti makanan ringan dan buah-buahan. Lebih kurang 20 minit, mereka sudah tiba di rumah Irene.


Naik dengan menggunakan lif, Hyejin menarik nafas dalam-dalam. Tidak tahu mengapa jantungnya semakin berdebar. Kini, mereka berada di hadapan pintu rumah Irene.


Chanyeol mula berbicara. "Awak masih ingat password rumah Irene? Saya tak rasa yang dia akan menukarkan password."


Hyejin menekan password apartment Irene. Beberapa saat kemudian, pintunya terus dibuka dengan automatik. "Oh, dia tak tukar! Nasib baik." Senyum Hyejin.


Beberapa langkah Hyejin masuk, barang-barang yang dipegang terlepas dari tangannya. Hyejin terlopong dan menjerit.


Chanyeol juga terbungkam. "Kenapa ni? Apa yang terjadi?" 


Barang-barangnya seperti bantal, gelas, buku dan sebagainya bersepah di sana sini dan ada juga yang pecah, dipandang dengan terkejut. Irene terduduk memeluk lutut dan kepalanya terbenam ke bawah di sebelah almari kaca. Hyejin segera mendapatkannya.


"Irene, kenapa ini? Kenapa barang-barang kau bersepah di sini? Apa kau buat ni?" soal Hyejin dengan terdesak. Dia menggoncang badan Irene beberapa kali tetapi Irene tetap begitu.


Chanyeol ternampak sesuatu di bilik tidur. Dia masuk tanpa rasa takut. "Kau buat apa kat sini?" soalnya.


Wanita itu menoleh. Rupa-rupanya Seohyun. Ada kepingan gambar-gambar berada di tangannya. Dia serta merta mengoyakkan gambar tersebut tapi Chanyeol sempat merampas. Dia melihat seorang lelaki bersama Irene. Ya! Lelaki itu. Dia kenal lelaki itu.


Chanyeol memandang ke arah Seohyun. "Ini pasti bekas suami kau, kan?"


"Ya! Aku tak sangka Irene menjalinkan hubungan dengan dia sebelum aku dan dia bercerai. That's why aku ceraikan dia. Rupa-rupaya perempuan tak tahu malu tu..." dia terus keluar dari bilik tanpa menghabiskan kata-kata.


Dia menarik Irene supaya berdiri. "Kau... kenapa kau buat macam ni hah? Selama ni aku percaya kat kau. Aku bagi upah pada kau supaya cari si adik aku. Tapi... terlambat juga. Aku dah bercerai ketika itu." Perlah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shipwreckedeva
#1
Beautiful poster
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 3: Hishh menyampahnya baca cerita ni. Just let Hyejin and Chanyeol live in peace. There's no problem having a nice guy who was being a bully before. He had CHANGED for good
lyanaesyaz #3
Chapter 6: hrp buat lgi next chapter
ohsehxxn
275 streak #4
Chapter 6: Ouhh begitu rupanya cerita psl Chanyeol ...
lugege_
#5
Chapter 5: Sedihnya. Nasib baik Chanyeol ada :(
ohsehxxn
275 streak #6
Chapter 4: Mujurlah Chanyeol tolong Hyejin :'(
Irene ... sanggup buat mcm tu kt kwn sendiri. Bertabahlah Hyejin
ohsehxxn
275 streak #7
Chapter 3: Sampai hati Si Sungjae & Irene buat macam tu kt Hyejin :(
ohsehxxn
275 streak #8
Chapter 1: Kasihan Chanyeol ... :( nasib baik Hyejin dpt tolong dia