Chapter 5 : Kakak?

Unbelievable House Guest (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]Chapter 5 : Kakak? [/CONTENTID1]

[CONTENTID2]Hyejin terbangun apabila terdengar seperti bunyi seseorang menekan loceng rumahnya. Bunyi loceng yang kedengaran berkali-kali tanpa berhenti membuatkan Hyejin cepat-cepat membuka pintu. Pintu Hyejin buka dengan luas. Seorang wanita sedang berdiri di ambang pintu. Siapa wanita ini? Tidak terkelip mata Hyejin memandang dia. Seperti pernah melihat wanita ini.

 

"Who are you? Who are you looking for?" soal Hyejin.

 

"Di sini... ada..." jawab wanita itu dengan tergagap.

 

Hyejin hanya menunggu dia sehingga menamatkan kata-katanya. Di kepalanya, penuh dengan fikiran di mana dia pernah melihat wanita itu. "Oh, awak! Gambar yang saya nampak di dompet husband awak. Baru saya ingat. Di tempat kerja saya dulu."

 

Riak wajahnya berubah menjadi bengis. "Jangan sesekali berani menyebut jantan itu. Dia bukan suami saya lagi! Dia pengkhianat!" jeritnya lalu dia melangkah pergi tanpa sedikit pun menoleh ke arah Hyejin, setelah beberapa langkah, Hyejin melihatnya menghentikan langkahnya, dia berhenti.

 

Chanyeol yang tiba-tiba muncul terus berhenti melangkah. Dia kelihatan seperti baru pulang dari kedai. "Noona?" Sinisnya.

 

Wanita itu lantas menampar pipi di hadapannya. "Stupid little brother! Tak reti nak jawab panggilan telefon? Hah?! Aku puas cari kau kat rumah kita dulu. Tak sangka pula aku kau dah pindah? Sekarang ini, kau tinggal kat mana? Mana appa dan omma?"

 

Chanyeol hanya terdiam melihat wanita itu. Disentuhnya pipi kiri yang ditampar tadi. Chanyeol mengetap bibir menahan marah. Geram melihat perilaku kakaknya yang semakin lama semakin melampau.

 

"Sejak bila kau dah jadi bisu? Mulut kau kena jahit? Hey, jawablah pertanyaan aku?!" tengkingnya dan membuatkan telinga Hyejin menjadi bingit. "Sudahlah! Daripada aku menunggu suara dari bibir kau, baik kau bawa beg aku sekarang dan hantar ke rumah kau. Di mana rumah kau sekarang?"

 

Chanyeol yang geram menolak wanita itu rapat ke dinding. Dia memegang kuat bahu wanita itu. "Appa , omma? Kenapa kau perlu cari mereka sekarang? Mereka dah tak ada. Mereka kat syurga. Kau... pun sama! Aku menelefon kau sepanjang malam. Tapi satu pun tak jawab. Kau lari dari rumah semata-mata nak kahwin dengan boyfriend kau. Betapa susahnya, appa mencari wang untuk menyara kita. Kau senang-senang hilang macam itu. Dan sekarang, kau nak apa pula? Nak duit?"

 

Wanita itu terkaku. Dia menitiskan airmata. Benarkah ibu bapanya sudah pergi? Setelah beberapa tahun dia tidak bertanya khabar keluarganya. "Kau tipu!"

 

"Tak ada gunanya aku nak tipu. Aku tak ada kakak macam kau. Sanggup lari untuk kahwin untuk lelaki yang kaya. Dan kau buang apa datang ke sini lagi? Berambus lah!" jerkah Chanyeol.

 

Dia membawa barang-barangnya di atas lantai lalu masuk ke dalam rumah Hyejin. Tidak kasar  Chanyeol mengheret Hyejin membawa masuk. Kakak Chanyeol terduduk bersandar di dinding. Matanya langsung berair. 

 

"Awak... Awak nak biarkan dia duduk di luar? Kenapa tidak menjemputnya masuk ke dalam?" Suara Hyejin terketar-ketar. Perasaan takut muncul ketika bertanya kerana bimbang dimarahi oleh Chanyeol setelah bergaduh dengan kakaknya.

 

Chanyeol hanya diam. Dia sedang menyusun bahan-bahan makanan di tempat sepatutnya. Hyejin pun diam sahaja melihat dia. Hyejin duduk di sofa sambil memerhati pergerakan Chanyeol. Beberapa minit kemudian, Chanyeol datang ke arah Hyejin bersama dua keping roti bakar dan kopi lalu menyerahkan kepada Hyejin. Hyejin menyambut dengan baik.

 

Kini, Chanyeol duduk di sebelahnya. "Okey. Awak nak tahu cerita dari saya kan?" Hyejin mengangguk tanda ya. "Begini ceritanya. Appa aku dulu suka bermain judi sebab dia terpengaruh dengan rakannya. Perkerjaan dia, buruh. Tiap habis kerja, dia terus pergi rumah kawannya main judi. Kadang-kadang dia ugut ommaku supaya beri dia wang. Omma aku pun bekerja. Kerja di kedai jaga kaunter. Gaji pun cukup-cukup sahaja. Entahlah nak cakap apa cukup-cukup. Satu hari, appa aku tiba-tiba larikan diri sebab dia banyak hutang dan hutang pun terpaksa kami tanggung. Aku pun tak tahu ke mana appa aku lari. Mula hari itu, noo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shipwreckedeva
#1
Beautiful poster
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 3: Hishh menyampahnya baca cerita ni. Just let Hyejin and Chanyeol live in peace. There's no problem having a nice guy who was being a bully before. He had CHANGED for good
lyanaesyaz #3
Chapter 6: hrp buat lgi next chapter
ohsehxxn
275 streak #4
Chapter 6: Ouhh begitu rupanya cerita psl Chanyeol ...
lugege_
#5
Chapter 5: Sedihnya. Nasib baik Chanyeol ada :(
ohsehxxn
275 streak #6
Chapter 4: Mujurlah Chanyeol tolong Hyejin :'(
Irene ... sanggup buat mcm tu kt kwn sendiri. Bertabahlah Hyejin
ohsehxxn
275 streak #7
Chapter 3: Sampai hati Si Sungjae & Irene buat macam tu kt Hyejin :(
ohsehxxn
275 streak #8
Chapter 1: Kasihan Chanyeol ... :( nasib baik Hyejin dpt tolong dia