Chapter 3 : Chanyeol Sudah Kembali!

Unbelievable House Guest (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] Chapter 3 : Chanyeol Sudah Kembali![/CONTENTID1]
[CONTENTID2]Hyejin terkejut. Dia tidak menyangka Chanyeol sudah kembali ke sekolah.


"Kenapa dengan awak ni? Terkejut tengok saya. Saya dah kembali ke sekolah!" Chanyeol tersenyum. Dia memandang lutut Hyejin. Dia memeriksa lutut Hyejin yang luka gara-gara jatuh tadi. "Awak boleh berjalan ke?" soalnya.


Hyejin menggeleng kepala. Dia terus mendukung Hyejin. Hyejin terkejut. "Apa awak buat ini? Awak tak nampak ke yang semua orang sedang memerhatikan kita?"


"Kata tak boleh berjalan." Selamba Chanyeol. "Oh ya!"


Chanyeol mengalih ke arah Kai. "Nampaknya masalah kita masih tidak selesai."


Cikgu Jihyo dan Cikgu Jae Suk tiba di ruang tersebut. Dia terkejut. Cikgu Jae Suk bersuara. "Oh, Chanyeol. Awak nampak lain sekarang."


"Salahkah saya nampak lain?" soal Chanyeol dengan selamba. Dia terus beredar dari situ tanpa menghiraukan guru-gurunya.


"Apa yang sudah terjadi dengan Si Hyejin itu? Kenapa badan dia penuh dengan tepung dan telur?" soal Cikgu Jihyo sebelum dia mengalih ke arah pelajar-pelajar di ruang itu.


"Hey, kalian semua..." habis kata-kata Cikgu Jihyo, semua pelajar bergegas masuk ke kelas. Di ruang tersebut, dibiarkan kotor yang mengandungi tepung dan telur.


"Tidak mengapa. Kita sudah pasang cctv di atas itu." Cikgu Jae Suk menudingkan jari ke cctv. "Kita boleh ambil tindakan melalui cctv," sambungnya. Cikgu Jihyo mengangguk faham.


Selepas Hyejin membersihkan diri, dia terpaksa memakai pakaian sukan. Mujurlah hari ini ada matapelajaran Pendidikan Jasmani. Kalau tidak, terpaksa balik ke rumah. Dia duduk di atas katil apabila Chanyeol mengarahkannya untuk menyapukan ubat.


Sesekali Hyejin mengadu apabila Chanyeol melalukan kapas pada kawasan luka. Chanyeol tersenyum tingkah-laku Hyejin. Dia begitu tekun merawat lutut Hyejin membuatkan Hyejin mengukirkan senyuman.


Hyejin memulakan bicara. "Terima kasih kerana menyelamatkan saya tadi. Saya betul-betul tak sangka yang awak akan datang tapi awak kan masih belum sembuh."


"Tak mengapa. Malam semalam saya tak dapat tidur dengan lena kerana memikirkan awak. Saya tahu perkara ini mesti akan berlaku kerana itu saya datang ke sekolah demi awak," kata Chanyeol. 


Mereka terdiam berpandangan satu sama lain. Tanpa sedar sepasang mata yang menyaksikan mereka berdua celahan daun pintu yang tidak ditutup rapat di luar. 


"Memang Chanyeol sudah berubah. Dahulu dia menjadi pelajar yang bermasalah di sekolah ini. Selepas itu, dia berubah menjadi baik. Bagus! Aku suka dia yang sekarang. Hari ini pun lagi nampak lain. Rambutnya disikat ke atas. Kemas. Bersih. Putih berseri! Wah!" mengomel Cikgu Kwangsoo. Dia masih mengintai mereka berdua.


Cikgu Jihyo berdehem. "Cikgu Kwangsoo buat apa tu?"


Cikgu Kwangsoo sedikit terkejut. "Ah, Cikgu Jihyo rupanya. Saya sedang melihat mereka berdua. Mana tahu Chanyeol mengambil kesempatan dengan Hyejin." Cikgu Kwangsoo tersenyum sinis.


Cikgu Jihyo mencebik. "Awak ingat, saya tak dengar apa yang awak cakap tadi. Sudah! Lagi beberapa minit lebih baik awak bersedia untuk kelas." Cikgu Jihyo masuk ke dalam. "Chanyeol, ikut saya masuk ke pejabat sekarang," katanya sebelum beredar. Tinggal lah Hyejin seorang di dalam bilik rawatan.


Selepas beberapa minit kemudian, Chanyeol keluar dari pejabat setelah berbincang dengan Cikgu Jihyo. Dia terserempak dengan Sungjae. Mata Sungjae menjeling Chanyeol. Tajam.


"Hoi!" panggil Chanyeol apabila Sungjae beredar. Sengaja dia menggunakan bahasa kasar.


Sungjae berhenti dan mengalih ke arah Chanyeol. "Kau nak apa?"


"Aku tak tahu kelas baru aku kat mana. Boleh kau tunjukkan jalan tak? Hah, kelas aku sama dengan Hyejin," balas Chanyeol senyum.


'Ah, kenapa dengan dia ni? Sengaja nak panaskan hati aku.' Bisik Sungjae dalam hati. "Ikut aku. Aku kan sama kelas dengan Hyejin." Dengan nada dan reaksi tidak mesra Sungjae membalas.


Mereka berdua mula melangkah. Beberapa jarak meter antara Chanyeol dan Sungjae. Chanyeol tidak mahu berjalan di sebelah Sungaje kerana dia tahu yang Sungjae tidak suka dengannya. 


"Hey, aku nak bagitahu sesuatu pada kau. Aku terpaksa redha biarkan kau tingga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shipwreckedeva
#1
Beautiful poster
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 3: Hishh menyampahnya baca cerita ni. Just let Hyejin and Chanyeol live in peace. There's no problem having a nice guy who was being a bully before. He had CHANGED for good
lyanaesyaz #3
Chapter 6: hrp buat lgi next chapter
ohsehxxn
275 streak #4
Chapter 6: Ouhh begitu rupanya cerita psl Chanyeol ...
lugege_
#5
Chapter 5: Sedihnya. Nasib baik Chanyeol ada :(
ohsehxxn
275 streak #6
Chapter 4: Mujurlah Chanyeol tolong Hyejin :'(
Irene ... sanggup buat mcm tu kt kwn sendiri. Bertabahlah Hyejin
ohsehxxn
275 streak #7
Chapter 3: Sampai hati Si Sungjae & Irene buat macam tu kt Hyejin :(
ohsehxxn
275 streak #8
Chapter 1: Kasihan Chanyeol ... :( nasib baik Hyejin dpt tolong dia