Chapter 4 : Kehilangan Kerja Dan Cinta

Unbelievable House Guest (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]Chapter 4 : Kehilangan Kerja Dan Cinta [/CONTENTID1]

[CONTENTID2]Chanyeol sedang menunggu kepulangan Hyejin di ruang tamu. Hatinya gembira dengan apa yang terjadi. Dia telah mendapat kerja di Kyo Bakery. Dia memang gemar membuat roti dan kek. Oleh itu, dia telah menyediakan sebiji kek yang kecil untuk Hyejin.


Jam menunjukkan 10.30 malam. Dia berasa tidak sabar untuk memaklumkan perkara ini kepada Hyejin. Perasaan Chanyeol sudah tidak boleh duduk diam. Sedang khusyuk dia melayari internet, terdengar bunyi pintu dibuka menandakan Hyejin sudah balik. Chanyeol melihat Hyejin yang sedang menangis. Dia terkejut melihat air mata gadis itu kembali jatuh .


“Hyejin, awak okay ke? Kenapa awak menangis?” soal Chanyeol. Hyejin hanya menggeleng. Dia hanya mampu memberikan senyuman pada lelaki itu. “Awak jangan bohong dengan saya. Saya tahu awak menangis kan? Kenapa ni?” kata Chanyeol lagi.


Membulat mata Hyejin melihat ke atas meja. Ada sebiji kek coklat di atas meja itu. Salah satu kek kegemaran Hyejin. Tanpa sepatah kata, Hyejin mengambil sudu dan memasukkan secebis kek coklat ke dalam mulut.


"Sampai hati kau buat kek coklat yang sedap untuk aku." Hyejin masih menangis tersedu-sedu. 


Chanyeol menepuk bahu Hyejin yang masih menangis. "Sudah, berhenti menangis."


Hyejin tetap menangis walaupun Chanyeol tidak berhenti-henti memujuknya. Hyejin menceritakan kejadian petang tadi kepada Chanyeol. Dia mendengar dengan teliti. Sehinggalah, Chanyeol membiarkan Hyejin seorang diri di ruang makan bagi menenangkan fikirannya.


Pada hari esok, sebaik sahaja bangun tidur, tanpa melengah-lengahkan masa, Chanyeol terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja. Dia termenung melihat cermin ketika dia sedang memberus gigi. Dia teringat cerita semalam yang disampaikan oleh Hyejin.


Hyejin dibuang kerja demi Irene. Irene pula, buat bodoh. Sampai hati dia buat begitu pada Hyejin. Tak ada belas kasihan langsung! Getus Chanyeol.


Selesai mandi dan menukar persalinan, Chanyeol menuju ke ruang makan. Dia berhenti apabila dia ternampak Hyejin yang lena tidur di meja makan. Ah, dia terus tidur kat sini. Dia merapatkan wajahnya dengan wajah Hyejin. Chanyeol memanggil lembut sambil membelai rambut Hyejin.


"Sungjae..." panggil Hyejin. Matanya masih tertutup rapat.


Chanyeol diam. Lalu dia menuju ke dapur untuk sarapan. Beberapa minit kemudian, loceng pintu berbunyi. Chanyeol bergegas keluar. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa di sini. Dia sedari ada sehelai sampul surat di hadapannya. 


'Untuk Hyejin.'


Ah, ini mesti dari Sungjae. Chanyeol masuk semula.


"Siapa tadi?" Soal Hyejin. Dia terbangun.


"Surat ini untuk kau. Bacalah." Chanyeol menghulurkan surat.


Hyejin membuka sampul surat berwarna putih itu. "Majlis Hari Lahir? Oh, baru aku ingat! Hari ini birthday Sungjae. Mujurlah dia menjemput aku ke majlis ni. Kau ada ikut?" Soal Hyejin.


Chanyeol tertawa kecil. "Kau ingat dia akan invite aku ke? Hey, surat itu untuk kau, bukan aku. Buat apa pergi kalau tak ada kad. Merosakan majlis adalah..." katanya. Dia sudah bersiap sedia untuk bekerja.


"Eh, kau nak keluar ke mana?" Soal lagi Hyejin.


"Aku nak pergi kerja. Sebenarnya aku nak beritahu kau semalam yang aku dah dapat kerja. Memandangkan mood kau semalam tak okey, so aku terpaksa batal niat," jelas Chanyeol. Dia menyarungkan kakinya ke dalam kasut. "Okey, aku pergi dulu. Bye!"


"Goodbye!" Balas Hyejin.


♢♢♢


Tiba di Kyo Bakery, Chanyeol terus membuat kerjanya setelah diberi tugasan oleh ketuanya. Ketika

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shipwreckedeva
#1
Beautiful poster
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 3: Hishh menyampahnya baca cerita ni. Just let Hyejin and Chanyeol live in peace. There's no problem having a nice guy who was being a bully before. He had CHANGED for good
lyanaesyaz #3
Chapter 6: hrp buat lgi next chapter
ohsehxxn
275 streak #4
Chapter 6: Ouhh begitu rupanya cerita psl Chanyeol ...
lugege_
#5
Chapter 5: Sedihnya. Nasib baik Chanyeol ada :(
ohsehxxn
275 streak #6
Chapter 4: Mujurlah Chanyeol tolong Hyejin :'(
Irene ... sanggup buat mcm tu kt kwn sendiri. Bertabahlah Hyejin
ohsehxxn
275 streak #7
Chapter 3: Sampai hati Si Sungjae & Irene buat macam tu kt Hyejin :(
ohsehxxn
275 streak #8
Chapter 1: Kasihan Chanyeol ... :( nasib baik Hyejin dpt tolong dia