Chapter 6 : Keluarga

Unbelievable House Guest (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] Chapter 6 : Keluarga [/CONTENTID1]


[CONTENTID2]Chanyeol sedang duduk termenung di bangku. Dia buntu sekarang ini. Dia tidak tahu samaada dia perlu menerima kakaknya semula atau tidak. Serabut fikirannya. Dia mengusap rambutnya dengan kasar. Lalu, dia menarik nafas dalam-dalam.


"Dah okey?" kata Irene tiba- tiba muncul sambil melemparkan sebuah senyuman kepada Chanyeol. Dia berdiri tidak jauh dari tempat yang Chanyeol duduk.


Chanyeol tersenyum sinis. Pelik. Perempuan ini mengekori aku ke? Sekilas dia mengalih ke arah lain.


"Wah, nampaknya Chanyeol yang dulu sudah datang." Irene datang duduk di sebelah kanan Chanyeol. "Aku datang sini... ada sebab. Harap kau tak lari bila aku nak ceritakan tentang kakak kau." Dia menyilang kakinya sambil tersenyum puas kerana Chanyeol memandang ke arahnya.


"Kau tak ucap terima kasih pada aku ke?" kata Irene.


"Buat apa? Kau ada buat apa-apa ke sampai si kakak aku gila tu datang sini sebab nak jumpa aku?" tanya Chanyeol seperti mengejek.


"Ada. Aku lah perempuan simpanan bekas suami dia. Aku dah berjaya buatkan dia marah, sehingga dia failkan penceraian. Bukan itu yang kau nak selama ini," balasnya dengan lagak sombong.


"Aku salah dengar ke ni? Ah, malaslah aku nak ambil tahu tentang perempuan gila itu."


Irene tidak berputus asa. "Dia langsung tak tahu tentang yang aku ni perempuan simpanan bekas suami dia."


"Hey!" Chanyeol menatap Irene dengan tajam. "Sudah-sudah lah tu. Tak perlu nak cakap kat depan aku ni. Kau bukannya peduli dengan kawan rapat kau tu."


Irene terkedu. Memang dia terlupa tentang kawan karibnya, Hyejin. Dia sendiri yang mahu menjauhkan diri daripada Hyejin. Dalam hati, ada sedikit terbuka untuk menerima Hyejin semula.


"Kenapa diam? Aku dah dapat agak dah. Kalau aku ungkit pasal Hyejin, terus kau jadi bisu. Tak mengapa. Aku boleh buat apa-apa sahaja pada Hyejin. Lagipun, tiada sesiapa pun nak dia balik semenjak aku tinggal kat rumah dia." Chanyeol tersenyum jahat saat Irene memandangnya takut.


"Apa kau buat pada dia? Aku memang tak suka tengok kau di rumah dia. Sebab tu aku sanggup buat apa sahaja dan tengok hasilnya. Aku berjaya menjejaki kakak kau. Punca aku, kakak kau datang sini balik jumpa kau. Kau tak rasa kasihan ke pada kakak kau? Dia dah akui kesilapan masa lalu dia," terang Irene.


Chanyeol diam sejenak lalu mengingat kembali masa silamnya. Seohyun muncul bersama beg rodanya. Dia sedang berdiri bertentangan dengan Chanyeol. Beberapa minit kemudian, Chanyeol bangun. Tangannya kasar menarik beg roda milik Seohyun membawa pergi.


"Yah, kau nak bawa ke mana dengan beg aku tu?" soal Seohyun dengan menggunakan nada yang tinggi.


"Ikut aku lah!" Sahut Chanyeol tanpa mengalih.


Seohyun memandang ke arah Irene yang duduk di bangku. Sampul surat berisi wang dilempar ke arah Irene, tepat di atas paha. "Itu upah kau. Thank you!" Seohyun beredar mengikut jejak Chanyeol.


Dengan ragu-ragu samaada terima atau tidak, telefonnya berbunyi nyaring. Wajahnya berubah gelisah. "Ya, sayang. Ada apa awak call saya sekarang?"


"Awak kat mana? Saya ada di cafe awak. Kata pekerja, awak keluar tadi," kata lelaki di talian Irene.


"Oh, saya keluar sekejap. Nak ambil udara kat luar. Awak tunggu kat cafe tau. Saya akan datang." Putuskan talian, Irene menyimpan sampul surat berisi wang di dalam kocek. 


♢♢♢


Chanyeol masuk ke rumah Hyejin bersama kakaknya. Mata Hyejin sedikit terbeliak. 


"Hyejin, untuk sementara waktu ni boleh tak kakak saya tinggal di sini? Dia baru sampai di sini. Dia belum tahu tempat di kawasan ini," kata Chanyeol. Dia berdiri di hadapan Hyejin.


Hyejin yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya memandang ke arah Seohyun. Seohyun hanya diam dan tunduk. Hyejin tersenyum.


"Apa salahnya? Dia kan kakak awak," terus Hyejin jawab tanpa memikirkan panjang-panjang. "Oh ya, awak boleh letak barang awak di bilik saya. Kat bilik saya ada selimut dan bantal yang lebih. Nanti awak ambil ya," kata Hyejin, merujuk kepada Seohyun.


Seohyun hanya balas dengan senyuman. Apabila Chanyeol sedang meletakkan barang-barang kepunyaan Seohyun dalam bilik Hyejin, Seohyun masuk dalam bilik lalu menguncinya.


"Apa kau nak, ha? Perlukah nak mengunci pintu bilik ni?" tanya Chanyeol.


Seohyun tersengih, “Aku tak tahu nak buat apa, sebab tu aku masuk dalam bilik ni. Saja nak tengok bilik budak tu." Dia merebahkan tubuh di atas katil sambil melihat gelagat Chanyeol.


Senyum sinis terlukis di bibir Chanyeol lalu beredar dari bilik Hyejin. Keluar sahaja dari bilik tidur, Chanyeol terus ke ruang tamu. Mata Hyejin dipejamkan cuba menghilang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shipwreckedeva
#1
Beautiful poster
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 3: Hishh menyampahnya baca cerita ni. Just let Hyejin and Chanyeol live in peace. There's no problem having a nice guy who was being a bully before. He had CHANGED for good
lyanaesyaz #3
Chapter 6: hrp buat lgi next chapter
ohsehxxn
275 streak #4
Chapter 6: Ouhh begitu rupanya cerita psl Chanyeol ...
lugege_
#5
Chapter 5: Sedihnya. Nasib baik Chanyeol ada :(
ohsehxxn
275 streak #6
Chapter 4: Mujurlah Chanyeol tolong Hyejin :'(
Irene ... sanggup buat mcm tu kt kwn sendiri. Bertabahlah Hyejin
ohsehxxn
275 streak #7
Chapter 3: Sampai hati Si Sungjae & Irene buat macam tu kt Hyejin :(
ohsehxxn
275 streak #8
Chapter 1: Kasihan Chanyeol ... :( nasib baik Hyejin dpt tolong dia