Chapter 1 : Apartment Baru

Unbelievable House Guest (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]Chapter 1 : Apartment Baru[/CONTENTID1]

[CONTENTID2]Hyejin sedang menyusun barang-barangnya untuk masuk ke dalam kotak. Semua barang keperluan harian Hyejin telah siap di simpan. Irene mengeluh perlahan. Wajah Hyejin dipandang tanpa perasaan. Hyejin mengerling. Irene berpeluk tubuh di sebelahnya. Tersenyum bersahaja. 

 

"Kenapa, Irene? Kau nampak tak happy je hari ini?" soal Hyejin sambil menghadap Irene.

 

"Siapa tak happy kalau sahabat akan pindah tak lama lagi. Sedihnya. Kenapa kau nak pindah? Rumah aku tak cukup selesa ke untuk kau?"

 

Hyejin menyentuh bahu sahabatnya. "Irene, aku sudah banyak menyusahkan kau. Aku tak sanggup nak tambah beban kau lagi. Cukuplah sampai ini sahaja."

 

"Tidak mengapa lah. Aku hormati keputusan kau. Yang penting, jangan tinggal kan aku sudah."

 

"Jangan risau. Aku cuma pindah rumah je. Kita boleh jumpa di sekolah nanti." Hyejin mengulum senyuman.

 

"Yalah tapi aku tetap sedih juga. Rumah ini akan sunyi. Tiada siapa teman aku minum bir, tengok movie," resah Irene.

 

"Irene, kalau aku betul-betul ada masa lapang aku janji aku ajak kau keluar. Okey? Jangan lah sedih lagi." Hyejin menjentik hidung Irene.

 

Irene sedikit terjerit dan mereka pun ketawa besar. "Oh ya. Aku ada call Park Bo Gum dengan Sungjae. Aku minta mereka untuk tolong angkat barang-barang kat rumah baru kau tu. Tapi sayangnya, Sungjae tak dapat tolong sebab dia ada latihan."

 

"Tak apa. Asal kan kau ada," pantas Hyejin memeluk Irene. Irene tersenyum gelagat Hyejin.

 

Pada hari keesokannya, mereka telah tiba di rumah apartment Hyejin. Mereka berehat di ruang tamu selepas menyusun barang-barang.

 

"Tada! Hari ini aku belanja korang makan ramen!" Hyejin mengangkat kedua-dua mangkuk plastik yang berisi ramen lalu meletakkan di hadapan Bo Gum dan Irene.

 

"Terima kasih, Hyejin!" jawab mereka serentak. Mereka mula menjamu selera. Hyejin duduk di hadapan mereka. Dia mencapai mug dan tuangkan air oren jus ke dalam gelas.

 

"Hyejin, kalau kau perlukan apa-apa jangan malu telefon aku. Kita segera bantu kau. Kan, Bo Gum?" Irene menyiku lengan Bo Gum. Bo Gum pantas mengangguk.

 

"Ya, sayang! Aku takkan lupakan korang yang banyak bantu aku," jawab Hyejin ikhlas.

 

"Eh, korang! Kenapa dengan Chanyeol? Sudah beberapa hari dia tidak ke sekolah. Kasihan dia. Semenjak dia kemalangan, dia asyik kena buli dengan member dia sendiri," ujar Bo Gum.

 

"Betul cakap kau. Dulu dia yang selalu buli budak-budak junior sekarang dia pula yang kena buli sebab dia berubah. Lagi satu, dia tak nak sertai kumpulan budak samseng tu. Ketua kumpulan marah sangat sebab tu dia kena buli," omel Irene.

 

"Tapi kasihan juga Chanyeol. Setiap kali waktu rehat dia makan seorang-seorang kat atas atap sekolah. Dia cuba nak elakkan diri daripada kumpulan samseng," kata Hyejin.

 

"Padan muka dia! Ini balasan dia. Selalu buli budak-budak junior. Rasakan!" Irene memang tidak suka dengan Chanyeol sejak dulu lagi.

 

Siapa tidak kenal Si Chanyeol itu. Dia seorang yang gangster dan sering membuat masalah. Entah berapa kali dia disebat di hadapan perhimpunan sekolah kerana masalah disiplin. Sudah berapa kali dia dipanggil berjumpa pengetua.

 

Pada suatu hari, Chanyeol terlibat dalam satu kemalangan. Perangainya telah berubah menjadi orang yang pendiam dan baik. Ramai pelajar sukar percaya sikap Chanyeol yang kini. Ketua kumpulan iaitu Kai, juga tidak percaya. Chanyeol serta-merta menolak pelawaan untuk masuk ke kumpulannya.

 

Oleh itu, Kai memanggil ahli-ahlinya untuk membuli Chanyeol. Sesetengah pelajar ingin menyelamatkannya tetapi bimbang mereka dipukul, mereka terpaksa mendiamkan diri dan menjadi penonton menyaksikan kejadian itu. Chanyeol kerap datang ke sekolah pada awal pagi untuk tidak bertembung dengan Kai. Dia juga kurang bergaul dengan rakan-rakannya.

 

Bahu Hyejin terhenjut bila Irene menghentak tangannya ke meja. "Kau tak dengar apa aku cakap tadi? Penat aku bercakap kat depan kau, kau boleh berangan seorang-seorang!" Irene terus makan ramen dengan sedikit gelojoh.

 

"Alah, Irene jangan lah merajuk. Sorry. Aku bukannya sengaja," rayu Hyejin. Aduh, Irene ni dah lah susah dipujuk.

 

Bo Gum menggeleng. "Dia cakap besok kau ikut dia ke Cafe Noriter.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shipwreckedeva
#1
Beautiful poster
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 3: Hishh menyampahnya baca cerita ni. Just let Hyejin and Chanyeol live in peace. There's no problem having a nice guy who was being a bully before. He had CHANGED for good
lyanaesyaz #3
Chapter 6: hrp buat lgi next chapter
ohsehxxn
275 streak #4
Chapter 6: Ouhh begitu rupanya cerita psl Chanyeol ...
lugege_
#5
Chapter 5: Sedihnya. Nasib baik Chanyeol ada :(
ohsehxxn
275 streak #6
Chapter 4: Mujurlah Chanyeol tolong Hyejin :'(
Irene ... sanggup buat mcm tu kt kwn sendiri. Bertabahlah Hyejin
ohsehxxn
275 streak #7
Chapter 3: Sampai hati Si Sungjae & Irene buat macam tu kt Hyejin :(
ohsehxxn
275 streak #8
Chapter 1: Kasihan Chanyeol ... :( nasib baik Hyejin dpt tolong dia