002

WON
Please Subscribe to read the full chapter

~Picture credit to the owner~

Chapter 002

 

Malam semakin larut. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Dari tadi telefon bimbit Sooyun bergetar tanda ada panggilan masuk. Tak lain tak bukan, ia dari Junhong. Sengaja dia letakkan dalam mod senyap kerana tak mahu terganggu. Dia tahu itu sia-sia. Walaupun telefon bimbitnya disenyapkan, getarannya masih lagi menganggu. Namun, apa yang lebih menganggunya adalah seseorang yang sedang terbaring lena di atas sofa berhampiran dengan meja kerjanya.

Sepanjang malam Sooyun tak boleh melelapkan mata kerana lelaki itu. Dia duduk berteleku di hujung katilnya sambil memerhatikan susuk tubuh yang tidur di atas sofa itu. Bingung. Hairan. Takut. Segala-galanya. Perasaan Sooyun bercampur baur.

“Kau…betul ke kau Won?” soal Sooyun sendirian sambil memerhatikan lelaki yang sudah terlena itu. Sama. Dia langsung tak nampak bezanya antara Won di hadapannya sekarang dengan Won yang dilukisnya di dalam webtoon. Ada satu bezanya, Won nampak lebih realistik. Sama macam manusia biasa. Rambutnya yang hitam pekat, matanya yang tajam, kulitnya yang cerah dan dia bersuara. Suaranya sama macam apa yang Sooyun bayangkan bila mana dia cuba memasukkan kata-kata pada kotak dialog Won di dalam jalan ceritanya. Oh Tuhan, adakah Sooyun sudah hilang akal?

“Aku tak boleh pergi…sebab aku wujud untuk temankan kau.”

“Junhong…aku takut. Aku takut aku gila.”

Sooyun merintih dalam diam. Dia bimbang. Dia takut yang dia akan jadi gila sama macam ibunya dulu. Itu apa yang orang cakap. Dia selalu dengar orang cakap yang dia akan mewarisi penyakit ibunya. Sooyun takut. Dia tak nak jadi macam ibunya. Cukuplah penderitaannya selama ini. Dia takut Junhong akan melarikan diri darinya kalau dia gila.

 

 

 

“Ji Sooyun !”

Berdentum bunyi pintu yang diketuk bertalu-talu membuatkan Sooyun terjaga dari lena pendeknya. Dia bergegas bangun dari tidur lantas berlari untuk membuka pintu. Sebaik sahaja daun pintunya dibuka, beberapa orang lelaki berwajah bengis menyapa pandangan mata Sooyun. Gadis itu tergamam. Segera, dia menahan pintu dengan sepenuh tenaga untuk tidak membenarkan lelaki-lelaki bengis di depannya masuk ke dalam.

“Hutang bapak kau masih berbaki banyak ! Bila kau nak bayar ?”

Sooyun bungkam. Sudah lama ayahnya meninggal namun mereka masih belum berhenti memburu dan menagih hutang tersebut. Dulu ibunya dan kini dia yang menjadi mangsa. Ayahnya, Ji Seokjin sudah lama lari dari masalah dengan cara membunuh diri. Sooyun tak tahu nak salahkan siapa.

“Aku dah cakap yang aku akan bayar sikit-sikit tapi bukan sekarang. Aku tak ada duit lagi. Datang hujung bulan nanti. Aku janji, aku akan bayar.” Sooyun berkata sambil cuba mengelak dari terus memandang wajah bengis mereka.

“Jangan berjanji saja ! Dah berapa bulan kau tak bayar ! Kalau kau tak mampu, kerja saja dengan kami ! Kami dah kekurangan pelacur sekarang ni.” salah seorang dari mereka mula bersuara membuatkan Sooyun terkedu. Dia cuba menyembunyikan diri di sebalik pintu. Hanya kepalanya saja yang terjengul.

“Aku tak rasa dia mampu nak bayar. Angkat dia ! Kalau kita tak dapat duit, kita paksa dia bayar hutang ni dengan tubuh dia sendiri !”

Sooyun mula diserang rasa gusar. Kata-kata lelaki itu buat dia takut. Tanpa berlengah, dia segera menutup pintu rumah namun malangnya, belum sempat dia berbuat demikian pintu tersebut sudah dirempuh oleh si penagih hutang tadi.

“Kau jangan nak lari !”

“Tolong ! Bagi aku peluang !” rayu Sooyun namun seakan tak diendahkan.

“Tak ada peluang untuk kau. Kami dah penat kutip hutang bapak kau. Dah bertahun-tahun!” balas salah seorang dari mereka dengan nada yang kasar.

Sooyun buntu. Dia terperangkap di antara tiga lelaki berbadan sasa yang bila-bila masa saja boleh mencederakan atau membunuh dia. Gadis itu tak ada jalan keluar. Dia hanya mampu meraung meminta dilepaskan saat tangannya direntap oleh salah seorang dari mereka.

“Lepaskan dia !”

Seseorang muncul disebalik kekecohan tersebut.

“Kekasih baru? Mana ‘budak kamera’ yang lemah tu?” sinis, salah seorang dari penagih hutang tadi menyindir. Yang lain ikut ketawa. Selama mereka mengejar Sooyun setakat ini, hanya seorang saja lelaki yang mereka selalu nampak berdamping dengan gadis itu. Seorang lelaki lemah yang sudah beberapa kali ‘merasa’ penumbuk mereka bila dia cuba mempertahankan si malang Sooyun . Ini kali pertama mereka bertemu dengan lelaki lain yang barangkali bakal terima nasib yang sama macam lelaki yang mereka gelar ‘budak kamera’ itu.

“Lepaskan Sooyun !”

Won berdiri tegak menggenggam buku limanya sambil dengan berani merenung satu persatu wajah bengis yang ada di depan. Wajah-wajah bengis yang ketawa dengan lawak yang mereka buat sendiri itu mencabar kemarahan Won. Semakin lama semakin kuat dan nyaring hilai tawa dari suara hodoh mereka itu.

“Won…”

Lelaki itu sudah tak mampu menahan sabar. Lantas, dia meluru ke arah si penagih hutang yang memegang tangan Sooyun dan melepaskan tumbukan pertamanya. Kekecohan mula terjadi bila dua lagi sekutunya mula menyerang balas. Won langsung tak gentar malah dia melawan semula sendirian.

Sooyun hanya mampu membatu melihat adegan tumbuk-menumbuk di hadapannya. Inilah Won. Lelaki itu memang Won. Won yang diciptanya di dalam dunia webtoon memang persis Won yang sedang berlawan di depannya sekarang. Dia cipta Won sebagai seorang lelaki yang tangkas dan mahir dalam seni pertahan diri dan melihat Won di depan matanya sekarang buat dia yakin yang…

“Ini bukan khayalan aku.”

 

 

“Kau masih takut?”

Soal Won kepada Sooyun yang sedang leka membersihkan luka pada tangan kanannya. Gadis itu berhenti dari berbuat sedemikan dan mengalihkan pandangan ke arah Won. Mata mereka bertentangan seketika sebelum Sooyun mengeluh.

“Kenapa kau lawan mereka? Bahaya tau tak?” omel Sooyun.

“Itu tugas aku.” pendek saja jawapan Won. Sooyun masih memandangnya dengan pandangan tak berpuas hati. Namun, jauh di sudut hati Sooyun, dia bersyukur bila Won berjaya mengalahkan mereka. Sekurang-kurangnya dia selamat. Buat masa sekarang.

“Kau tercedera

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 5: Means dia tk lupa la T.T bergenang air mata aku . Best srs best . Keep it up!
whitelove
#2
Chapter 3: Sweet gila la T.T halah ni nak tisu ni T.T
Shadow_warriorangel #3
Chapter 5: dia xlupa won.... abg sy tmgh kupas bwg.. sy x nangis.. lg pun mata sy brpeluh je ni T.T haha tetiba je sy ni.. apa pun.. mmg ff authornim mcm biase.. sentiasa terbaekk!!!!
Shadow_warriorangel #4
Chapter 3: kenapa sedih sngt ni T.T perpisahan bakal tiba kan? //crying han river//
Burnkookie
#5
Chapter 5: Siapa potong bawang ni woii ??? Habis imej aku ni haaa , tak memasal jiwa yg kental bak sparta dah jadi hati tisu sbb kan Won ku .. // drama pulak dah XD // author cerita ni buat bulan oct , saya baru baca nov ni .. Eishh syedih ini hati kiciwa sbb ketinggalan ff author ni T^T .. Author buat saya nngis tau , haa emo tau baca crita ni .. Dah la ketinggalan pstu kesedihan dsbbkan Won .. Perasaan saya mcm dalam blender tau... Lol XD .. Apapun , boekk lah author ksygnku ini bikin ini cirita bnyak dibakk .. Kahkahkah..
Seasony
#6
Chapter 5: The Great One!!!! Congratulationsss :)
Chanyeol_Park02 #7
Chapter 5: Ff author tak pernah mengecewakan ! Saya suka ngat2 ! >< serius sedih huaaa T^T kesian Won dilupakan :( fighting author ! :* *kiss kiss kiss hush hush hush*
Didie_BTS #8
Chapter 5: Waaaaaa Won-ah T-T I'm crying best sangat sangat sangat sangatlah best uuuu haha tahniah sbb akak berjaya habiskan ff ni citer akak tak pernah mengecewakan pembaca akak Yang sorang ni he he. Apapun hwaiting kak.! Saya selalu menyokong sbagai pembaca.^^
XiuminFahimaLove #9
Best SEVENTEEN malay ff goes to : WON !!!!!
Congrats! Best ff ever !!