004

WON
Please Subscribe to read the full chapter

-Apa hajat kau?-

Chapter 004

“Ji Sooyun ! Apasal kau tak angkat call aku? Dah berkali-kali aku call sejak semalam? Kau OK? Kau tengah buat apa? Dah makan? Webtoon kau dah siap ke?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Junhong. Lega dia rasa bila Sooyun akhirnya menjawab panggilannya. Sejak semalam, gadis itu gagal dihubungi.

“Sorry. Aku tidur awal semalam dan silentkan phone aku.” jawab Sooyun sambil membuka suis tab kerjanya untuk mula melukis. Kerjanya sudah hampir siap. Tak lama lagi, webtoon karyanya bakal diterbitkan dan Sooyun jadi teruja.

“Kau ok? Ada apa-apa yang jadi kat kau?” soal Junhong lagi. Mimpi buruknya semalam buat dia risau soal gadis itu.

“Ok la. Kenapa kau cuak sangat ni?”

“Aku mimpi kau semalam.” jawab Junhong dengan nada yang resah.

“Nampaknya kau rindu aku?” Sooyun ketawa kecil di hujung talian. Sengaja mengusik Junhong.

“Tak lawak la Sooyun. Aku mimpi kau cedera ! Aku risau !”

“Tak ada apa yang berlaku. Jangan risau.” Sooyun menenangkan Junhong yang kedengaran resah di hujung talian. Tak sangka Junhong masih pedulikan dia walaupun mereka sudah jauh terpisah.

“Macam mana tak risau? Aku call kau dari semalam tak dapat. Aish ! Esok aku balik, kerja aku kat sini dah nak siap dah. Kau tunggu aku tau. Lepas aku balik, aku terus pergi ke tempat kau. Tunggu aku. Jaga diri kau. Ok?” bebel Junhong di hujung talian. Nadanya kedengaran serius.

“Yah, Choi Junhong ! Kau ni kenapa? Rileks…lagipun Won ada temankan aku…aku…” kata-kata Sooyun terhenti di situ saat dia tersedar akan sesuatu. Dia dah terlanjur bercakap soal Won kepada Junhong ! Rahsianya yang selama ini disimpan bakal terbongkar atas kecuaiannya sendiri.

“S…sapa? W…Won? Kau cakap fasal Won?Won yang dalam webtoon tu?” reaksi Junhong membuatkan Sooyun mati akal. Dia tak sengaja terlepas cakap tentang Won kepada lelaki itu. Seperti apa yang dia jangka, Junhong pastinya akan terkejut bila dia menyebut tentang Won.

“Eh, Junhong. Aku kena jawab call dari penerbit ni, penting sangat. Aku pergi dulu.” Sooyun segera menamatkan panggilan untuk mengelakkan dari terus disoal. Dia terpaksa menipu Junhong demi menutup rahsianya.

“Sooyun…tunggu.”

Belum sempat Junhong menjawab, Sooyun sudah pun menghilang dari talian. Kata-kata Sooyun sebentar tadi menganggu fikiran Junhong. Mukanya berkerut memikirkan sesuatu. 

“Won?”

 

 

“Budak perempuan tak tahu malu. Perangai tak senonoh.”

Sooyun yang sedang membuang sampah di luar rumah berhenti melangkah bila dia terdengar suara seseorang.

“Yah, Ji Sooyun !”

Gadis itu menoleh bila namanya disebut. Seorang wanita pertengahan usia yang sudah lama menjadi jirannya kelihatan sedang bercekak pinggang di hadapan pagar rumah sebelah. Wanita itu dulu pernah menjadi kawan ibunya namun sejak ibunya sakit, perempuan itu mula menjauhkan diri daripada ibunya dan membenci keluarga Sooyun. Sooyun tahu, wanita itu jugalah yang selama ini membawa mulut menjaja kisah hidup keluarga Sooyun sehingga mereka dipulaukan.

“Ada apa Mak Cik Kim?” soal Sooyun masih cuba untuk bersopan. Dia tak mahu mencari gaduh dengan wanita tua itu.

“Kau ni makin lama makin melampau. Dah lama aku perhatikan !”

“Apa salah saya?”

Sooyun memandang wanita yang digelar Mak Cik Kim itu dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Wanita tua itu kelihatan bengang dan mencebik.

“Kau ingat aku tak nampak yang kau tu buat benda tak senonoh depan rumah semalam? Bukan main lagi kau bercumbu dengan budak lelaki mana tah. Tak tau malu?”

Sooyun terdiam. Pasti lelaki yang dimaksudkan oleh wanita itu adalah Won. Mak Cik Kim yang terkenal dengan perangai suka jaga tepi kain orang ni pasti ternampak dia dan Won semalam.

“Maaf kalau Mak Cik tak selesa.” tutur Sooyun sebelum berkira-kira untuk melangkah pergi meninggalkan si mulut lancang itu. Dia tak mahu lama-lama di situ. Makin lama makin sakit hati.

Baru saja dia berpaling, wanita itu bersuara semula.

“Kau dengan mak kau sama saja ! Perangai tak senonoh ! Mak hilang akal ! Anak hilang maruah ! Kau ingat aku tak tau, kau tu bertukar-tukar lelaki? Kau duduk serumah dengan lelaki yang kau cium semalam tu kan? Perempuan murahan ! Bukan cuma lelaki tu ! Kau ada lelaki simpanan yang lain. Oh TUHAN, betul la budak ni tak ada maruah !”

“Mak Cik !”

Sooyun tanpa dapat dikawal membentak wanita tersebut. Mak Cik Kim terdiam. Mendengar bentakan Sooyun buat dia terkedu seketika.

“Mak Cik tak ada hak nak cakap macam tu kat saya dan mendiang mak saya !”

Mak Cik Kim ketawa sinis.

“Kau tak payah la nak pertahankan keluarga kau yang busuk tu. Memalukan !”

“Apa masalah mak cik ni? Saya tak pernah nak kacau hidup mak cik ! Mak dengan ayah saya pun dah lama meninggal. Kenapa mak cik masih nak mengungkit kisah lama ! Apa salah kami !” raung Sooyun. Hatinya terlalu sakit dek kata-kata jirannya itu.

Mak Cik Kim mengenggam buku limanya tanda tercabar dengan herdikan Sooyun. Wanita tua itu terlalu bengang sehingga akhirnya dia mencampakkan sampah dari dalam tong di hadapan rumahnya ke arah Sooyun.

“Ambik ni ! Kau dengan sampah ni sama saja ! Sama-sama kotor !”

Gadis itu diam. Terus membiarkan saja orang tua itu memperlakukan dia sebegitu. Hatinya terlalu sakit. Jika nak dibandingkan perlakuan wanita itu, sakitnya tak boleh nak dibandingkan dengan kata-kata penghinaan tadi.

Air mata Sooyun mengalir tanpa henti. Sayu hatinya saat mendengar orang menghina dia dan keluarganya. Sakitnya hati ini hanya TUHAN saja yang tahu. Air mata Sooyun tak dapat lagi dikawal.

“Kenapa! Kenapa semua orang benci aku ! Benci keluarga aku? ! Salah ke kalau kami tak sempurna ! Salah?? !!!” rintihnya sekuat hati. Biar semua orang mendengar suara hati yang selama ni dia pendam sendirian.

 

“Berhenti !”

 

Won muncul di tengah kekecohan itu. Tubuh Sooyun dipeluk erat ke dalam dakapannya bagi menghalang gadis itu dari terus terkena sampah yang dilempar ke arahnya. Mak Cik Kim merengus geram. Sooyun memang mencabar emosinya. Entah kenapa, dia sakit hati dengan gadis itu.

“Betul kan aku cakap ! Kau tu tak ada maruah. Kau serahkan tubuh kau sesuka hati je kat lelaki !” laung Mak Cik Kim masih belum mengalah.

Mendengarkan kata-kata wanita tua itu, Sooyun segera menolak tubuh Won yang memeluknya. Pelukan mereka terlerai dan Won terkedu seketika. Wanita yang sengaja mencari fasal itu direnung dengan pandangan yang tajam.

“Mak Cik ! Kalau Mak Cik tak tahu benda sebenar, jangan nak main tuduh ! Sooyun dah banyak menderita sebab orang macam Mak Cik ! Kenapa nak seksa dia sedangkan dia tak buat apa-apa kesalahan pun?” Won bersuara lantang. Sooyun yang sudah terduduk menangis di sebelahnya dikerling seketika.

“Kau nak sebelahkan sangat perempuan ni kenapa? Budak perempuan ni gila ! Sama macam mak dia!”

“Cukup Mak Cik ! Jangan hina mak saya!” suara Sooyun meninggi.

“Saya merayu pada Mak Cik…tolong berhenti. Sooyun tak salah. Tak ada apa-apa yang salah. Tolonglah Mak Cik…beri kan ruang untuk Sooyun bahagia. Bagi dia kesempatan untuk hidup gembira macam orang lain. Tolong…” rayu Won. Wajah wanita itu dipandang dengan riak muka yang serius.

“Sudah lah ! Menyampah aku tengok korang berdua ! Lebih baik korang berambus dari sini. Lagi jauh lagi bagus !” Mak Cik Kim sudah kehabisan kata lantas berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Sooyun dan Won berdua.

"Dua-dua tak tahu malu ! Perangai tak senonoh !" sempat lagi wanita tua itu mengherdik.

Won dapat menangkap esak tangis dari Sooyun. Air mata gadis itu membasahi pipinya. Melihat keadaan Sooyun, hati Won turut sama terluka. Perlahan-lahan, dia menunduk ke arah Sooyun dan menyeka air mata gadis itu.

“Jangan menangis…”

Tangisan Sooyun semakin kuat kedengaran.

“Apa salah aku ! Kenapa semua orang benci aku !”

Won hanya membisu mendengar rintihan Sooyun itu. Dia mendekati tubuh Sooyun dan sekali lagi, tubuh itu dirangkul untuk dibawa ke dakapan. Namun, Sooyun terlebih dahulu menepis.Won terpinga dengan reaksi Sooyun itu.

“Kenapa Sooyun?”

“Jangan peluk aku ! Mak cik tu cakap aku tak ada maruah sebab peluk lelaki sesuka hati. Dia kata aku perempuan murah sebab tinggal serumah dengan kau !” tutur Sooyun perlahan.

Won bungkam. Sooyun seakan menyalahkan dirinya.

“A…aku minta maaf.”

“Pergi ! Aku nak bersendirian !”

Tanpa disangka, gadis itu menghalau Won agar menjauh dari pandangannya.

“Sooyun aku…aku tak boleh. Aku nak temankan kau.” Won berdegil untuk tetap berada di sisi Sooyun.

“Kalau kau nak aku gembira, baik kau pergi ! Tinggalkan aku sendiri.”

“Soo…Sooyun…”

“Pergi !”

Won akur, perlahan-lahan dia bangkit dan menapak menjauhi Sooyun. Sesekali, dia menoleh semula ke belakang memandang ke arah Sooyun yang masih duduk memeluk lutut di hadapan pagar rumahnya. Esak tangis gadis itu masih kedengaran.

“Sooyun-ah, bila kau dah tenang nanti , aku akan balik semula. Masuk rumah Sooyun…kat luar ni sejuk. Aku…”

“Pergi !!!”

Belum sempat Won menghabiskan kata-katanya, Sooyun terlebih dulu sudah menengking. Won mengeluh perlahan. Dengan berat hati, dia melangkah pergi meninggalkan Sooyun untuk memberikan ruang kepada gadis itu.

 

 

“Tak mungkin ! Tak !”

Junhong menumbuk permukaan meja bagi melepaskan perasaannya yang keliru. Perbualannya dengan Sooyun pagi tadi menganggu fikiran pemuda itu. Sejak tadi, dia tak boleh fokus dengan kerjanya. Ada saja yang tak kena. Itu salah. Ini salah. Junhong terlalu berserabut.

“Won? Siapa Won? Macam mana dia boleh datang kepada Sooyun? Adakah gadis itu menipu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 5: Means dia tk lupa la T.T bergenang air mata aku . Best srs best . Keep it up!
whitelove
#2
Chapter 3: Sweet gila la T.T halah ni nak tisu ni T.T
Shadow_warriorangel #3
Chapter 5: dia xlupa won.... abg sy tmgh kupas bwg.. sy x nangis.. lg pun mata sy brpeluh je ni T.T haha tetiba je sy ni.. apa pun.. mmg ff authornim mcm biase.. sentiasa terbaekk!!!!
Shadow_warriorangel #4
Chapter 3: kenapa sedih sngt ni T.T perpisahan bakal tiba kan? //crying han river//
Burnkookie
#5
Chapter 5: Siapa potong bawang ni woii ??? Habis imej aku ni haaa , tak memasal jiwa yg kental bak sparta dah jadi hati tisu sbb kan Won ku .. // drama pulak dah XD // author cerita ni buat bulan oct , saya baru baca nov ni .. Eishh syedih ini hati kiciwa sbb ketinggalan ff author ni T^T .. Author buat saya nngis tau , haa emo tau baca crita ni .. Dah la ketinggalan pstu kesedihan dsbbkan Won .. Perasaan saya mcm dalam blender tau... Lol XD .. Apapun , boekk lah author ksygnku ini bikin ini cirita bnyak dibakk .. Kahkahkah..
Seasony
#6
Chapter 5: The Great One!!!! Congratulationsss :)
Chanyeol_Park02 #7
Chapter 5: Ff author tak pernah mengecewakan ! Saya suka ngat2 ! >< serius sedih huaaa T^T kesian Won dilupakan :( fighting author ! :* *kiss kiss kiss hush hush hush*
Didie_BTS #8
Chapter 5: Waaaaaa Won-ah T-T I'm crying best sangat sangat sangat sangatlah best uuuu haha tahniah sbb akak berjaya habiskan ff ni citer akak tak pernah mengecewakan pembaca akak Yang sorang ni he he. Apapun hwaiting kak.! Saya selalu menyokong sbagai pembaca.^^
XiuminFahimaLove #9
Best SEVENTEEN malay ff goes to : WON !!!!!
Congrats! Best ff ever !!