001

WON
Please Subscribe to read the full chapter

~Picture credit to the owner~

 

Chapter 001

 

“Kau OK?”

Junhong merenung anak mata Sooyun yang nampak hambar. Tanpa sedar, lelaki tinggi lampai itu mengeluh membuatkan sahabatnya di hadapan mengerutkan dahi.

“Kau dah kenapa?” soal Sooyun buat Junhong menggigit hujung bibirnya secara spontan.

“Kau OK tak aku nak pergi ni?” soalan Sooyun dibalas semula dengan soalan. Ini membuatkan gadis bernama Ji Sooyun itu menjulingkan matanya ke atas.

“Aku ada option ke untuk buat kau tak pergi?”

Junhong diam. Betul apa yang Sooyun cakapkan. Desakan tugasnya sebagai seorang jurukamera profesional buat dia tak pernah nak ‘mesra’ dengan masa atau kehendak peribadi. Junhong akui, kerjanya itu buat dia jadi macam lalang. Tak pernah nak duduk diam dan kalau diam pun cuma sekejap. Minggu lepas dia ke Jepun, kemudian ke Singapura dan singgah di Malaysia. Balik dan rehat sekejap di Korea dan kemudian berlepas pula ke China. Junhong tak boleh lari dan mengelak. Ikut je lah…

Kesian Sooyun. Perempuan tu tak banyak kawan. Lebih tepat, cuma Junhong kawannya dan sekarang?  Dia tahu, Sooyun sunyi tapi apa boleh buat?

“Kau nak ikut?”

“Aku sibuk.”

Junhong mengeluh. Itu lah alasan Sooyun kalau dia ajak gadis itu mengikutinya.

“Pergi je lah. Kau buat macam tak biasa.”

Junhong mengeluh lagi. Dia baru saja jumpa Sooyun semalam dan hari ni terpaksa pula tinggalkan gadis itu lagi.  Tangan Sooyun dicapai dan dibawa ke dalam genggaman. Sooyun terpana seketika. Junhong dah kenapa?

“Balik dari China ni, aku nak cakap sesuatu dekat kau.” tutur Junhong buat Sooyun memandang lelaki itu dengan muka yang pelik.

“Kenapa tak sekarang?”

“Nantilah…”

Sooyun akur. Malas nak banyak soal dengan Junhong. Lelaki tu dah terlalu berserabut dan Sooyun tak nak tambahkan beban dia. Dia faham kerjaya Junhong. Walaupun dia terkadang kesal sebab sahabatnya itu selalu sibuk untuk meluangkan masa dengan dia tapi apa boleh buat? Dia bukannya isteri atau kekasih Junhong untuk menyekat aktiviti lelaki itu. Dia cuma seorang kawan. Cuma…dia kadang-kadang rindu dengan Junhong yang dulu.

Junhong yang selalu ada bila dia bersedih. Junhong yang selalu ada di sebelahnya memberikan idea-idea untuk dia melukis komik dan Junhong yang selalu ada diwaktu dia memerlukan. Sooyun rindukan semua itu.

“Jom.”

Lamunan Sooyun mati bila suara Junhong kedengaran. Dia mengangkat keningnya tanda respon kepada sahabat baiknya itu.

“Kita minum dulu sebelum ke airport.” tangan Sooyun yang masih dalam genggaman ditarik agar mengikutinya. Mereka beriringan mencari kedai minuman untuk membasahkan tekak.

Mata Junhong meliar mencari kedai minuman yang sesuai dengan cita rasa Sooyun. Tak kisah lah dengan cita rasa sendiri, yang penting hati Sooyun perlu dipujuk. Dia tahu walaupun Sooyun nampak macam tak kisah nak ditinggalkan tapi jauh di sudut hati gadis itu dia sedih. Junhong rasa serba salah.

Sebuah kedai kecil yang berhias indah dengan lampu dan perhiasan comel menarik perhatian Junhong. Dia tersenyum kecil lantas menunjukkan kedai itu kepada Sooyun.

“Minum situ nak? Ada jus.”

Sooyun angguk teruja.

 

“Selamat petang. Nak pesan apa?”

Mereka disapa mesra oleh seorang wanita pertengahan usia yang barangkali pemilik kedai jus kecil itu bersama dengan satu senyuman manis. Junhong baik Sooyun turut melemparkan senyum balasan kepada pemilik kedai tersebut.

“Bagi saya jus oren satu dan…”

Junhong menoleh memandang Sooyun dan gadis itu turut memandangnya. Beberapa ketika mereka saling berpandangan seolah-olah sedang bertelepati sebelum Junhong menoleh semula untuk menyambung pesanannya.

“Jus epal satu.”

Mendengarkan kata-kata Junhong buat Sooyun tersenyum tanpa sedar. Dia masih tak lupa minuman kegemaran Sooyun.

Sementara menunggu pesanan mereka siap, masing-masing diam melayan perasaan.

“Aku lama tau kat China. Client aku buat projek besar kali ni.” Junhong memecahkan suasana sunyi antara mereka.

“Ummm…” hanya itu balasan Sooyun.

Junhong mengeluh.

“Ikut aku Sooyun. Kita boleh jalan-jalan kat sana.”pujuk Junhong. Dia betul-betul berharap yang Sooyun akan bersetuju. Sekurang-kurangnya dia ada teman di sana dan Sooyun juga takkan kesunyian.

“Tak boleh. Aku kena siapkan siri webtoon aku sebelum hujung bulan depan. Kau ingat kau sorang je yang sibuk?” ketawa kecil lahir di penghujung ayat Sooyun membuatkan Junhong memuncungkan bibirnya tanda geram.

“Kau tak sunyi? Aku kesian kat kau…”

“Sunyi…tapi aku bukan budak-budak lagi kan? Nak buat macam mana? Tahan je la.”

Junhong berdecit buat Sooyun tersengih tak bersalah. Saja usik Junhong. Dia tak kisah pun sebenarnya.

“Yun…”

“Apa?”

“Aku sebenarnya nak kau jadi…” Junhong terfikir untuk meluahkan hajatnya yang konon nak disampaikan selepas pulang ke China. Entah kenapa, dia rasa ini waktu yang sesuai.

“Pesanan dah siap.”

Belum sempat Junhong habiskan ayatnya, pemilik kedai jus tadi muncul buat Sooyun yang tadinya fokus menunggu sahabatnya menghabiskan ayat beralih pandang kepada wanita tua itu. Junhong menghela nafas berat. Mungkin itu tanda belum sampai masa untuk dia katakan niatnya kepada Sooyun?

“Terima kasih, Mak Cik.” Sooyun mengambil jus miliknya dan Junhong lalu menghulurkan jus oren itu kepada si tinggi di sebelah. Junhong segera menyambut huluran Sooyun sambil mengeluarkan dompetnya dari dalam kocek jeans yang dipakai.

“Mak cik tengok kamu berdua macam ada masalah.” tegur wanita penjual jus tadi buat Sooyun dan Junhong terkedu seketika sebelum tersenyum kelat.

“Tak ada apa, Mak Cik. Kami OK? Kan?” Sooyun memandang Junhong dan pemuda itu mengangguk perlahan tanpa sebarang suara.

Wanita tua itu tersenyum dan mengangguk. Dalam diam, dia merenung Junhong yang kelihatan agak resah.

“Aku jalan dulu. Nak pergi buang sampah kat tong sampah depan tu. Kau bayar eh?” Sooyun berkata lantas berlalu meninggalkan Junhong yang masih terkial-kial mengeluarkan not-not kertas untuk diberikan kepada wanita penjual jus tadi.

“Ini wangnya Mak Cik.” tutur Junhong dan wang kertas itu bertukar tangan.

Sebelum Junhong beredar, wanita itu sempat menahannya.

“Jus Mak Cik tu, jus ajaib. Buat permintaan dan permintaan kamu akan dikabulkan. Bukan selalu Mak Cik nak bagi jus ajaib ni kat orang tapi…”

Junhong tercengang. Antara percaya atau tak…

“Kamu nampak ikhlas dengan budak perempuan tu dan Mak Cik tersentuh dengan keikhlasan kamu. Buatlah permintaan untuk kebahagiaan kamu berdua. Jus tu pasti akan membantu.” kata wanita itu sebelum tersenyum.

“T..Terima k..kasih.” Junhong membalas dengan satu tunduk hormat. Tak mungkin. Dia menganggap wanita tu cuma berfantasi. Biasalah. Orang-orang tua ni kadang-kadang tak boleh nak ditafsirkan, bukan?

Junhong berjalan laju meninggalkan kedai jus dan mengekori Sooyun yang sudah mendahului di hadapan.

“Yah, Ji Sooyun. Tunggu !”

“Cepat la Choi Junhong !”

Junhong berlari mendapatkan Sooyun yang sudah menyedut jus epal miliknya. Wajah Sooyun direnung dalam diam. Badan Sooyun dah nampak agak menyusut. Junhong ingat lagi beberapa tahun yang lalu bila mana Sooyun selalu mengomel tentang betapa tembamnya pipi dia dan kini…nampaknya masalah pipi Sooyun tu macam dah selesai. Heh ! Perempuan dan isu berat badan memang sentiasa bersama tapi ini buat Junhong risau. Mungkin kawan baiknya itu terlalu fokus soal kerjanya dan lupa nak makan? Sooyun memang macam tu. Jadi pelukis webtoon pun mencabar jugak kan?

“Ji Sooyun…”

“Apa?”

“Aku minta maaf.”

“Sebab kau kena pergi lagi?”

Sooyun ketawa mendengar kata maaf dari Junhong itu. Dia sejujurnya tak faham kenapa sahabatnya itu kena minta maaf.

“Aku patut teman kau macam dulu.” luah Junhong sayu. Sooyun berhenti ketawa dan menepuk bahu sahabatnya itu. Dia tersentuh dengan kata-kata Junhong.

“Aku Ok… Kita dah besar.”

Junhong membisu. ‘Ok’. ‘Kita dah besar.’ Kata-kata itu sebenarnya langsung tak boleh buat Junhong senang hati. Dari kecik sampai besar dia dan Sooyun tak pernah berpisah. Macam apa yang dia kata tadi, hanya dia kawan Sooyun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 5: Means dia tk lupa la T.T bergenang air mata aku . Best srs best . Keep it up!
whitelove
#2
Chapter 3: Sweet gila la T.T halah ni nak tisu ni T.T
Shadow_warriorangel #3
Chapter 5: dia xlupa won.... abg sy tmgh kupas bwg.. sy x nangis.. lg pun mata sy brpeluh je ni T.T haha tetiba je sy ni.. apa pun.. mmg ff authornim mcm biase.. sentiasa terbaekk!!!!
Shadow_warriorangel #4
Chapter 3: kenapa sedih sngt ni T.T perpisahan bakal tiba kan? //crying han river//
Burnkookie
#5
Chapter 5: Siapa potong bawang ni woii ??? Habis imej aku ni haaa , tak memasal jiwa yg kental bak sparta dah jadi hati tisu sbb kan Won ku .. // drama pulak dah XD // author cerita ni buat bulan oct , saya baru baca nov ni .. Eishh syedih ini hati kiciwa sbb ketinggalan ff author ni T^T .. Author buat saya nngis tau , haa emo tau baca crita ni .. Dah la ketinggalan pstu kesedihan dsbbkan Won .. Perasaan saya mcm dalam blender tau... Lol XD .. Apapun , boekk lah author ksygnku ini bikin ini cirita bnyak dibakk .. Kahkahkah..
Seasony
#6
Chapter 5: The Great One!!!! Congratulationsss :)
Chanyeol_Park02 #7
Chapter 5: Ff author tak pernah mengecewakan ! Saya suka ngat2 ! >< serius sedih huaaa T^T kesian Won dilupakan :( fighting author ! :* *kiss kiss kiss hush hush hush*
Didie_BTS #8
Chapter 5: Waaaaaa Won-ah T-T I'm crying best sangat sangat sangat sangatlah best uuuu haha tahniah sbb akak berjaya habiskan ff ni citer akak tak pernah mengecewakan pembaca akak Yang sorang ni he he. Apapun hwaiting kak.! Saya selalu menyokong sbagai pembaca.^^
XiuminFahimaLove #9
Best SEVENTEEN malay ff goes to : WON !!!!!
Congrats! Best ff ever !!