play

Lost
hVb4Qtq.png
play

Sebaik saja punat 'play' ditekan Sinbi...

 

"Habis tu apa yang betul? Untuk kau, semuanya yang aku cakap salah..."

 

Seperti magnet, seorang demi seorang ahli Gfriend berkumpul menghadap laptop milik kumpulan mereka di ruang rehat. Kecuali Sowon.

 

"K-Kau ni-"

 

"S-Suara tu...ialah..." Umji mengujar lalu cepat-cepat menekup mulutnya.

 

"Tengok? Mulut pintar kau tu pun tak dapat balas apa-apa!"

 

Tangan Yuju yang tengah mengeringkan rambut langsung terjeda.

 

"Hentikan!"

 

"R-Rakaman apa n-ni?" Eunha mendekatkan wajahnya ke skrin laptop. "l...o...s...t 2014? I-Ini file...daripada siapa?" Mengecil anak mata Eunha mahu membaca tajuk rakaman yang dimainkan itu.

 

"Bukan kau juga yang nak confront aku pasal benda bodoh ni? So why? Why did you ask to stop? Why?!!!"

 

"S-Suara So-Sowon unnie dan..." Suara Umji tenggelam timbul ekoran daripada rakaman suara tanpa video itu.

 

"Ben-Benda b-bodoh kau kata? Jung Sowonnn!" 

 

"D-Dan Ka-Kairi..." Yerin menyambung.

 

"So what? A-Aku cuma nak habiskan masa...dan aku sentiasa hati-hati, dia takkan sesekali tahu aku bukan kau!"

 

"Bagi lah seribu alasan sekalipun...kau t-tak patut b-buat macam ni...t-tak patut bagi harapan d-dekat oppa..."

 

Pada saat kemuncak, sepasang tangan telah menutup laptop tersebut dengan tiba-tiba. Kini, semua anak mata beralih ke pemilik tangan tadi.

 

Sowon membalas pandangan setiap seorang ahli-ahli kumpulannya sambil tersenyum kecil. "Aku tak tahu sebanyak mana yang korang dengar dan..." Berhenti seketika agar getaran dalam suaranya mungkin akan berkurang, Sowon menarik nafas sedalam-dalamnya, "Aku tak kisah t-tapi aku nak tahu rakaman ni daripada siapa?" Renungan mata Sowon berubah, begitu juga suaranya. 

 

Setiap ahli Gfriend hanya menyaksikan kelakuan Sowon yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.

 

Yerin meletakkan bun kacang merahnya ke meja, dan tanpa melihat pun wajah Sowon, dia bersuara kecil, "So kau tak kisah apa pun tanggapan kami..." 

 

Eunha yang berada paling dekat dengan Sowon, dengan gerakan robotnya, terus mengundurkan langkah ke belakang, seperti mahu menjauhi Sowon. Kelopak matanya semakin memberat di samping berkata, "A-Apa sikap kau ni, Sowon? K-Kenapa...buruk sangat? Betul ke kau ni...Jung Sowon yang aku kenal?" 

 

Kata-kata Eunha tadi terasa begitu pedas sekali hinggakan Sowon memaksa matanya melihat ke arah lain. Mulutnya separuh terbuka untuk membalas namun Yuju terlebih dahulu bersuara, "Kau bagitau Kairi khianati kumpulan kita...tapi kau tak tahu apa yang kau buat sekarang ni, lebih teruk..." 

 

Tidak berapa lama, esakan Umji sudah mulai kedengaran. Bahunya terinjut-injut menahan sebak yang menebal dalam hati. "U-Unnie, jangan gaduh..." ujarnya di antara tangisan.

 

Wajah Sinbi masih terpaku ke skrin laptop. Rakaman yang didengari tadi masih berlegeran di dalam otaknya. Terlalu banyak persoalan dan misteri yang timbul namun dalam banyak-banyak soalan, dia paling musykil tentang sesuatu. 

 

"Betul atau salah, aku takkan menilai kau macam tu Sowon.." Sinbi membuka bicara. Tubuhnya mengiring untuk berhadapan dengan Sowon. "Kerana sekarang kami tahu...kehilangan Kairi berkaitan dengan kau..." Ujarnya seraya bertentang mata.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet