her

Lost
hVb4Qtq.png
her.

 

Sudah tiga biji pil tidur ditelan, Umji masih gagal melelapkan mata. 

 

"Aish," keluhan kecil terpacul dari hujung bibir munggilnya. Selimut tebal yang melitupi tubuhnya dibiarkan saja terjatuh ke bawah. Anak matanya beralih ke arah siling atas biliknya. Di situ tertampal beberapa ketul bintang berwarna biru dan ungu.

 

"Kyra..." liur pahit ditelan. Alangkah bagus kalau segala kepahitan turut menjauh pergi. 

 

"Tak boleh tidur?" Kepala Yuju timbul dari sebelah. Spontan Umji meletakkan telapak tangan di atas permukaan dadanya, terkejut.

 

"Y-Yuju aa!" Serunya separuh menjerit. Wajahnya pucat lesi ekoran daripada aksi Yuju yang tiba-tiba muncul dengan rambut yang berselerak di hadapan mukanya, tak ubah macam seekor pontianak.

 

"Terkejut laa sangat." Yuju mengomel seraya menampakkan barisan gigi putihnya. "Aku tak dapat tidur gak...tapi tak lah macam kau, sampai selimut pun jadi alas lantai..." Yuju sempat berjenaka. Saja mahu mengurangkan suasana tegang yang mendiami bilik kongsian mereka berdua.

 

"Aku...rasa betul-betul tak guna." Ujar Umji pendek. Pandangan matanya masih ke arah siling. "Kalau aku tahu Kyra betul-betul serius nak tinggalkan kumpulan ni, a-aku mungkin akan dengar lebih banyak tentangnya..." sambungnya disertai keluhan yang panjang.

 

Yuju duduk melipatkan kaki ke dada. "Tentang apa?" Suara serak basah milik Yuju ibarat pembesar suara di dalam bilik yang agak besar buat mereka berdua itu.

 

Belum pun sempat Umji menjawab, "Tentang-"

 

Yuju menyampuk pantas tanpa berpaling melihat Umji. "Tentang 'the mysterious lover' ? stalker dia tu? Ha." 

 

"Kau tak tahu! Kita tak tahu..." Umji lantas menarik tubuhnya agar duduk bersebelahan dengan Yuju. "Mu-Mungkin memang Kyra benar-benar sukakan orang tu!" Ujar Umji bersungguh-sungguh.

 

"Orang yang hampir rogol dia?" Suatu suara kedengaran dari arah pintu. Yuju dan Umji segera menoleh ke arah pintu. Ternyata Sinbi sudah tercegat di situ memeluk bantalnya.

 

"Yaa...kau ni..." Umji menepuk dadanya perlahan. Satu lagi kejutan yang tidak disangka-sangka. Tangkai jantung dia hampir terputus. Kenapalah semua ahli kumpulan mereka berambut panjang. Alih-alih kalau malam macam ni lagilah...dah tu, berpakaian jubah putih pula. Umji hanya berdoa di dalam hati agar minda dia kekal waras sehingga ke pagi.

 

Sinbi menuntun langkah seperti heretan ke arah katil mereka. Matanya kuyu dan sedikit kemerah-merahan. "Sori buddy, aku tak larat nak tidur sekatil dengan Sowon malam ni...uhm." 

 

Penjelasan singkat Sinbi mengaut anggukkan daripada kedua ahli di situ. 

 

"Walaupun Sowon tu ketua yang berwibawa tapi ada kalanya...di sini..." Sinbi menapakkan telapak tangannya pada permukaan dadanya. Lalu, dia mengeluh kecil seraya menutup mata. "Hati dia...seolah-olah dah beku...macam ais." Sambungnya. Setelah itu dia mengekek sendiri dan menambah, "Padanlah semua aksesori dia bertemakan movie frozen..."

 

Kenyataan Sinbi tadi menerbitkan senyuman nakal di tepi bibir Yuju. Seraya itu, dia meletakkan kedua sisi tangan di tepi mulut, lagaknya seperti orang yang bersedia mahu menjerit. "Sowon ahh! Sowon ahh! Sinbi cakap..." dengan sengaja dia menjarakkan tiap tiap perkataan yang disebut.

 

Naik merah muka Sinbi ekoran daripada perbuatan Yuju tadi. Dengan refleks yang pantas, kaki kanannya terus hinggap tepat ke perut milik Yuju, membuatkan gadis itu terjelepok ke katil.

 

Umji menjadi tidak tahan, dan turut sama menghasilkan tawa yang nyaring.

 

"Woi Woi Woi!" Sedar saja, dua tubuh manusia sudah menutupi pintu bilik yang tidak ditutup tadi oleh Sinbi. Dan mereka, iaitu Eunha dan Yerin sedang menuju ke arah tiga betina yang tengah berseronok mengenakan sesama sendiri.

 

"Ya. Kuatnya ketawa korang sampai dengung ke bilik kami." Ujar Yerin kononnya mencuba memperlahankan suara. 

 

Eunha menyeringai dari tepi. Tubuh Yerin disikunya. "Ye lah tu." Tambahnya pula. "Macam lah bilik kita ni bersebelah je...lawak bodoh betul." Eunha menjulingkan anak matanya ke atas. Kedua tangan diangkat ke atas dengan dramatiknya.

 

"Yaa. Kim Eunhaaa." Bicara Yerin menerusi ketapan keras gigi. "We're together in this, remember?" sambungnya seraya meletakkan kedua tangan di tepi pinggang. 

 

Dalam tawa yang perlahan, Umji memerhatikan setiap gelagat rakan-rakannya. Hatinya berasa lebih lapang. Dalam hati, dia memahatkan doa, agar hubungan mereka kekal begini sampai bila-bila pun. Dan entah mengapa, tiba-tiba dia dirundum perasaan risau andainya masing-masing mereka menemui pasangan hidup dan menjalani kehidupan sendiri. Pemikiran itu menakutkannya. 

 

Sama seperti yang berlaku dengan Kyra.

 

"Selepas promosi album kita habis, aku dan Yerin bercadang nak melawat sekolah lama kita dulu." Eunha membuka bicara. Jari-jemarinya disatukan, dan setiap satu wajah teman-temannya dipandang satu persatu sehinggalah berbalik kepada Yerin.

 

Yerin pun sama mengangguk. "Kami nak jumpa Kyra." Ujarnya tegas. "Kalau Sowon tak benarkan dia berjumpa dengan kita, biar kami yang pergi..." 

 

"Aku!" Yuju mengangkat tangan lurus. "Aku nak pergi juga!" Serunya seolah-olah tentera mahu berperang.

 

"Woi bangang! Kau nak bangunkan Sowon ke?" Sinbi menepuk tepi bahu Yuju yang bersuara lantang itu. Seketika kemudian, kepalanya ditolehkan ke arah Eunha dan Yerin. "Tapi macam mana kita nak explain dekat Ben?" soalnya serius. "Sowon dan dia satu kepala...mesti dia tak kasi punya..." 

 

"Umji!" Eunha memanggil Umji seraya berjalan mendekati gadis itu. Senyuman penuh makna terpaut pada bibirnya. "Ben oppa kau sekarang ni tengah syok dengan mana-mana artis tak?" soalnya terus terang.

 

Umji terpinga-pinga mendengar soalan tersebut. Dia dan Ben bersaudara masakan dia tak dapat menghidu sesuatu. "Hyosung?" Jawabnya teragak-agak. Tangannya menggaru-garu kulit kepala yang tidak gatal. "Taeyeon?" Ujarnya lagi.

 

Semua ahli mengeluh. 

 

"Yaa. Taeyeon? Itu bukan berkurun lama dulu punya crush ke? Lain please." Gesa Yerin.

 

Umji berasa tertekan pabila semua mata berpusat ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang dan nafasnya menjadi semakin tidak teratur. 

 

"Tzuyu kot. Hari tu aku nampak dia stalk instagram Tzuyu..." ujarnya perlahan dan penuh berhati-hati.

 

Sinbi mulai mengganas dengan menggoyang-goyangkan tubuh Yuju di sebelah. "O-Omo Tzuyu!" 

 

Yerin pula ketawa tanpa suara hinggakan mata tidak kelihatan. 

 

"Ok! Set! Kita hook-kan dia dengan Zuyu dan settle! Kita boleh bercuti ke Busan tanpa sebarang gangguan!" Eunha membuat kesimpulan yang dimudahkan.

 

Wajah setiap ahli kelihatan berpuas hati sehinggalah Yerin membuka mulutnya, "Yaa, Tzuyu la...bukan Zuyuu!" 

 

Dan mereka semua menekan perut ketawa.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet