hug

Lost
hVb4Qtq.png
HUG

"Jung Sowon, kau biarkan ini berlaku tapi pada masa yang sama, kau tak nak mengaku apa-apa dekat Ben," Biarpun bersuara perlahan, kata-kata Kairi malah lebih sakit daripada hirisan pisau. 

 

Sowon mengerut dahi, langkahnya berundur setapak ke belakang, "A-Aku t-tak s-salah t-tapi ka-kau!" Jari telunjuk dihalakan ke arah Kairi. "Kau y-yang c-cuai..." ujarnya seakan membisik. Nafasnya tidak keruan apabila wajah Kairi tampak tenang berbicara, sedangkan dia rasa hendak muntah bagai.

 

Kairi menapak selangkah mendekati Sowon yang pula berundur ke belakang, seakan enggan membiarkan jarak di antara mereka berkurang. "Cuai? Hmm," Bucu bibir Kairi ternaik, kelihatan seperti suatu ejekan. "Yang membalas surat-surat dan mesej...semua tu ialah kau..." Kairi membebaskan keluhan pendek dari bibirnya. Renungan matanya masih setia berpahat ke arah Sowon yang kini semakin mendekati pintu bilik, mahu meninggalkannya. 

 

Lagi setapak sebelum melangkah keluar dari bilik, laungan Kairi berjaya membuatkan nafas Sowon tersekat di tekak. Genggaman kedua tangan dieratkan di sisi, setitik air mata bergelinangan jatuh menyusuri tepian pipi mulusnya.

 

"Jung Sowon! Tolong...dengar suara hati kau, kasihanilah orang tu...dan jangan kerana taksub nak jadi idol, kau gelar 'cinta'...itu suatu kecuaian..."

 

Seusai kata-kata Kairi, Sowon mengambil keputusan untuk melangkah pergi daripada sahabat karibnya yang sama-sama memasuki audisi di agensi SM, dan dari situ, Kairi telah meninggalkan mereka.

 

Bagaikan baru kelmarin tujuh orang rookie yang terdiri daripada Sowon, Kairi, Yuju, Eunha, Sinbi, Yerin, dan Umji harus bersaing untuk bergelar ahli Gfriend yang pada awalnya hanya ditempatkan untuk empat orang. Pemergian Kairi lah yang telah menghasilkan enam ahli kumpulan Gfriend. Tidak lama selepas itu, kumpulan Gfriend berjaya debut tanpa perlu bersaing sesama sendiri lagi.

 

***

 

Yuju memutarkan perakam suaranya yang memiliki sticker daun 'clover', dan seperti biasa, dia memasang earphone, mendengar nyanyiannya dari awal semula. Yuju dengan sifat obses-nya terhadap kualiti nyanyian sendiri tidak mampu dipisahkan sejak dari dulu. Sudah menjadi tabiat, enam jam daripada rutin hariannya akan termasuk dia menguncikan diri di dalam kubikan nyanyian demi memantau suaranya.

 

"Ah, part ni high note aku patut boleh lebih tinggi..." ujarnya lalu melakar sesuatu di dalam buku nota berwarna merahnya.

 

***

 

Di bilik sebelah pula terletaknya bilik tarian. Dan di situ, hanya Sinbi masih melakukan latihan. Peluh bercambah di seluruh liang rongga tubuhnya, namun semua itu hanyalah kebiasaan yang sudah menjadi separuh daripada lakaran hariannya. 

 

"Sinbi...sikit lagi...you can do this," bisiknya kepada diri sendiri, sepenuh masa fokus terhadap cermin di hadapan.

 

Sowon terlewat latihan di pagi sebelum ini, lalu dia bercadang untuk menggantikannya dengan latihan pada sebelah petang setelah senior selesai menggunakan bilik tarian tersebut, namun apa yang disaksikan di hadapan mata kini, mencetus nostalgia di dalam hatinya.

 

Setiap gerak tari Sinbi mengingatkan Sowon terhadap betapa dia dahulu juga berlatih sendiri, dengan satu matlamat iaitu untuk bergelar seorang idol. Semua itu adalah sebelum Kairi Heartily muncul di dalam hidupnya.

 

"Unnie," Suara yang menegur dari belakang menarik Sowon kembali ke alam realiti. Sebelum memalingkan tubuh, Sowon terlebih dahulu menapakkan senyuman pada bibirnya, agar kelihatan peramah...sentiasa. 

 

"Sowon ah, kau tahu tak? Senyuman kau...nampak lebih menyedihkan daripada wajah kau yang menangis..." Teringang ucapan Kairi kepadanya pada suatu masa dahulu. Masih jelas dalam ingatan balasannya ketika itu,  'Kerana aku yatim piatu, dari kecil, mereka akan cakap...senyum, senyum, dan senyum..."

 

Kairi hanya mengangguk perlahan kemudian berpaling, lalu mengatakan sesuatu yang selama-lamanya terpahat di dalam kotak ingatan Sowon.

 

"Dan Jung Sowon, apa makna...senyuman kau dekat aku?"

 

"Sowon unnie, maaf..." Suara tadi kini kedengaran dekat di belah kanan Sowon. Tanpa perlu menoleh, Sowon tahu Umji yang bersuara.

 

Apabila tubuh Sowon betul-betul menghadap Umji, baru lah gadis itu mengangkat wajahnya. "Umji yah..." Sowon membuka bicara namun itu yang termampu untuk diujarkan.

 

Seakan merasakan dilemma yang melanda Sowon, Umji menjangkaukan kedua tangan ke bahu milik ketua kumpulannya, menyempurnakannya dengan pelukan.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet