silent

Lost
hVb4Qtq.png
silent.

 

Gelisah kian menebal di dalam hati Sinbi ketika ini. Matanya tidak lekang melihat ke arah jam. 

 

10:25 malam. Ke mana Sowon pergi? Kenapa masih belum kembali ke asrama?

 

Sinbi cuba menghakis perasaan tersebut dengan membina teori-teori di dalam fikirannya.

 

Teori pertama: Jung Sowon masih di dalam bilik latihan.

 

"Aah, berlatih ape nye? Mana pernah kitaorang buat latihan masing-masing? Kita selalu buat bersama..." Perasaan bersalah memakan diri Sinbi tatkala memikirkan penjelasan tuk teori pertama tadi.

 

"Jung Sowon...apa yang kau buat? Kau kan takut gelap?" Sinbi bermonolog sendirian sambil memusatkan pandangan ke arah potret besar kumpulan mereka yang tergantung indah di ruang tamu. 

 

"Yaa, Lee Sinbi. Kau buat apa mundar-mandir dekat ruang tamu ni?" Yerin muncul bersama sebungkus roti pada tangan kanannya. "Nak?" Setelah membelah roti di tangan kepada dua, dia menghulurkan yang satu lagi kepada Sinbi.

 

"Uhm, sedapnya!" Seru Yerin penuh nikmat. Roti kacang merah adalah kegemarannya sejak dulu lagi. Sebelum tidur, dia pasti akan makan sebiji dahulu. Yerin sudah biasa tidur dengan iroma kacang merah yang berlegar di ruang lelangitnya.

 

"Ye-Yerin ah, kau r-rasa Sowon merajuk tak dengan kita sebab pinggirkan dia?" Sinbi menarik lengan Yerin mengakibatkan dia gagal menjamah sebisan terakhir roti tadi.

 

Selera Yerin menjadi pudar pabila nama Sowon diucapkan.

 

"Marah lah. Kalau kau jadi dia, marah tak?" Yerin menjawab selamba. Sebenarnya, dia sendiri berasa kurang senang mengeluarkan kenyataan itu. Dia akui, memang sejak kebelakangan ini, gfriend bukan lagi berenam, tapi berlima. 

 

"Woahh, sharing makanan dekat ruang tamu? Kalau Sowon nampak-" Suara Eunha mula bergema dari hujung ruangan tersebut. Sambil tersengih senget, dia mengajukan jari telunjuk ke udara. "Dah semakin berani nampak...kekeke." Laungnya kemudian.

 

Bibir Sinbi tidak mampu hendak memberikan reaksi terhadap usikan Eunha tadi. Sebaliknya, dia berasa semakin tidak sedap hati. 

 

10.30. JUNG SOWON!

 

"Yah, korang nampak Sowon tak?" Yuju keluar daripada salah sebuah pintu, iaitu bilik Sinbi dan Sowon. Mukanya memancarkan seribu persoalan. Dipandang satu persatu teman-teman di situ. 

 

Soalan Yuju tadi seakan-akan memukul waras setiap yang berada di situ. Kini, baru lah mereka perasan akan kesepian malam yang berbeza dari malam-malam lain.

 

"Sinbi! Mana Sowon pergi?" Yuju bertanya lagi. Langkahnya dipercepatkan ke arah ruangan tengah tempat mereka semua berkumpul.

 

"Sowon unnie? Mungkin Ben tahu. Kejab, biar aku call dia." Umji pula menyampuk entah dari mana. Laju saja dia mengeluarkan telefon bimbit dan mula mendail nombor Ben.

 

Ahli-ahli yang lain hanya membatukan diri. Semua sedang fokus ke arah Umji, termasuklah Yuju yang berada di tengah-tengah Umji dan juga ahli kumpulan yang lain.

 

"Omo, dia tak balik-balik sejak tadi?" Yerin melontarkan pandangan ke sebelah. Mulutnya melopong memerhatikan Sinbi. 

 

Eunha meletakkan tangan kanannya ke atas bahu kiri milik Sinbi. Dia memusingkan tubuh gadis itu agar menghadap dirinya. "Lee Sinbi. Kenapa kau diam je? Mana Sowon pergi? Dan dekat jam sebelas, apa yang kau buat-" 

 

"Quiet!" Umji menebarkan telapak tangan ke udara. Memberi tanda agar semua diam. Telefon masih terlekap di tepi telingannya.

 

"Ah oppa! Umji di sini. Uhm, So-Sowon unnie err, dia a-ada dengan oppa ke?" Soal Umji sebaik saja talian tersambung.

 

"Takde lah. E-Eh nanti, apa-"

 

Belum sempat Ben bertanya, Umji sudah terlebih dahulu mematikan talian. Bahunya rebah manakala warna pucat mulai mengganti seri wajahnya.

 

"Apa yang semua orang buat dekat sini?" 

 

Teguran suara yang amat dikenali itu telah menarik semua roh kembali ke jasad masing-masing. 

 

Meskipun berasa lega, tiada siapapun yang mengutarakan apa-apa. Mereka hanya memandang ke arah Sowon dengan sinaran mata yang sukar tuk ditarfsirkan.

 

"Sowon ah, k-kau dari mana?" Yuju menjadi orang pertama memecahkan kesunyian. 

 

Sowon mengukirkan segaris senyuman. Kepalanya ditundukkan ke bawah, memerhatikan kesan kemerah-merahan di hujung jari-jemari kanannya.

 

"Kalau kau nak informasi, bayar."

 

Sowon tidak sampai hati menceritakan apa-apa yang telah dihadapinya pada hari ini kepada mana-mana ahli kumpulan Gfriend. Lebih daripada segala-galanya, dia mahu melakukan ini sendiri. Dia akan mengusahakan sendiri wang agar dapat membeli informasi tentang Kyra daripada lelaki misteri yang ditemui petang tadi.

 

"Uhm, aku lepak dengan teman sekejab." Jelas Sowon tanpa melihat wajah yang lain.

 

TIPU!

 

Itu perkataan yang terbit di dalam pemikiran setiap ahli. Sowon tidak memiliki kawan lain. Dia jarang sekali berinteraksi dengan orang lain melainkan sesama mereka. Itu merupakan satu fakta. 

 

"Aku dah balik. Korang tidur lah..." Sowon tahu mereka semua menunggunya. Dia TAHU. Biarpun tiada siapa yang menegakkan kesimpulan itu, hatinya yakin 100%. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet