found

Lost
hVb4Qtq.png
found.

 

"Unnie! Unnie!" Umji berlari cemas di lorong yang kelam itu. Tergopoh-gapah, destinasinya ialah bilik asrama Gfriend. Antara realiti dan mimpi, hanya ada satu nama yang mengisi ruang pemikirannya—Kairi.

 

Tubuh Umji  seperti mahu jatuh, bahunya senget ke sebelah ketika pintu tombol cuba dipulas dengan tangan yang terketar-ketar. Beberapa saat terbuang dengan hanya membuka pintu. Dan berjaya saja pintu tersebut dibuka, tubuh Umji terjelopok jatuh di tepi pintu. Air mata mencurah-curah menerjah pipinya yang sudah tidak segebu dahulu...

 

"Un-Unnie!" Umji berniat besar mahu mengejutkan semua rakannya yang masih nyenyak dibuai mimpi, atau tidak... "S-Sowon unnie!" Melihat sekujur tubuh Sowon yang tergopoh-gapah keluar daripada bilik mandi, Umji berasa bertenaga semula. Sepantas kilat dia sudah berada di sebelah Sowon yang turut memandang ke arahnya.

 

"K-Kau dari mana ni?" Sowon menyoal. Rambut panjang Umji yang berselerak di permukaan muka dikemaskannya dengan penuh sifat keibuan. 

 

Umji mengetap keras bawah bibirnya. Air matanya malah semakin deras mengalir. Buat seketika, dia hanya mampu menatap wajah Sowon yang risau melihatnya. 

 

"Unnie..." rintihnya seperti seorang anak kecil. Kedua belah tangannya segera mencapai tangan milik Sowon. 

 

"Yaa, sapa buka pintu tak reti nak tutup ni?" Suara seseorang kedengaran dari arah belakang. Tidak lama, bunyi pintu tertutup berkumandang di seluruh ruangan bilik tersebut.

 

"Umji yah! Kau ke yang-" belum sempat menyambung kata, wajah Yerin terus berubah warna. "Apa berlaku ni?" Soalnya seraya meluncur pantas ke ruang antara Sowon dan Umji. Roti yang dipegang tadi spontan dihempaskan ke lantai.

 

"Apa yang bising-bising nii?" Di sebalik kelam lampu, tubuh SinBi kelihatan sedang mara sambil menggeliat ke arah tiga ahli tadi. 

 

"A-Awalnya semua orang bangun..." Kepala Yuju timbul dari celah bahu SinBi. Separuh wajah dilitupi rambut panjangnya namun tiada siapa yang ambil peduli. 

 

Sowon mengeratkan pegangan tangannya terhadap Umji. "Umji yah, kenapa ni?" Jari-jemarinya menyapu lembut helaian rambut yang berterabur pada wajah Umji. 

 

"Huh? Kenapa semua orang kumpul kat sini?" Suara sayup-sayup kedengaran dari arah pintu. Sesaat kemudian, Eunha muncul dengan beberapa buah buku dipeluk rapi pada tangannya. Berkerut dahi memandang setiap seorang ahli kumpulannya yang berada di ruang tamu. 

 

Sepi.

 

Tiada siapa bersuara. Hanya sekali sekala rintihan daripada Umji mengisi ruangan milik kumpulan Gfriend itu.

 

"Eek, ada sesuatu!" Eunha segera mengalihkan kaki, roti Yerin telah penyek dipijaknya. Terus membulat mata Yerin pabila dia berpusing melihat ke bawah.

 

"Yaaaaa, Lee Eunhaaa!" Jeritnya seraya menendang kaki Eunha sehinggakan buku-buku dalam dakapan Eunha berterabur jatuh.

 

"Ish, yaa jinjaa! Yerilla tak guna! Sakitt!" Eunha menggengam tangannya erat. Dia bersedia mahu mara ke hadapan sambil mengangkat tangan kanan ke udara.

 

Yerin menjelirkan lidahnya. "Kau lah manusia paling berat di dalam dunia ni! Tengok ah roti aku ni...dah p-e-n-y-e-k...uuh-ahh," Selamba Yerin melabuhkan punggung di atas lantai lalu menendang keluar kedua belah kakinya sambil meletakkan tangan di atas pipi.

 

Sedang dua insan itu berbalah, empat ahli yang lain masih dalam dunia mereka. Seolah-olah semua ini biasa berlaku. Bukan sesuatu yang mereka mampu betulkan. Hampir tujuh tahun berkongsi impian di lembaran yang sama, perkara sebegini bahkan ialah rutin buat mereka. 

 

"Un-Unnie semua..." Suara kelam-timbul Umji itu berjaya memancing perhatian semua. Perbalahan di antara Eunha dan Yerin turut terbantut.

 

"K-Kairi..."

 

Sebutan nama itu membuatkan wajah semua orang bertukar kusam.

 

Umji menahan nafas. Bibirnya berkumat-kumit. Pegangan tangan Sowon terlerai semenjak nama itu terucap daripada mulutnya.

 

"M-Mereka d-dah ju-jumpa...dia..." Seusai kata, tubuh Umji bagaikan gula-gula kapas. Bebanan yang tiba-tiba terangkat itu lantas membuatkan badannya terduduk di atas lantai.

 

Dan Yuju mula menangis teresak-esak. Disertai Eunha sesaat kemudian. Esakan berterusan dengan Yerin dan Sinbi.

 

Hanya Sowon yang tidak berair mata. Sebaliknya, pandangan matanya dilontar jauh ke luar jendela, menyaksikan kegelapan yang masih merajai muka bumi.

 

"Berhenti menangis." Ujarnya perlahan namun cukup terang hinggakan semua ahli yang lain berhenti sejenak lalu menumpukan perhatian ke atasnya.

 

"Semua orang balik tidur. K-Kita kena bangun awal untuk latihan..." tenang saja intonasi suaranya beralun. Tanpa melihat kepada sesiapa, Sowon membuka langkah meninggalkan ruangan tersebut.

 

Pabila bayang tubuh Sowon kian menghilang, Umji menjerit sekuat hati: "Unnie! Kairi dah ka-kahwin!" 

 

Umji meneruskan, "Kairi tak hilang...dia tinggalkan kita..."

 

Barisan kata terakhir Umji telah meragut kesedihan yang terpapar di atas wajah setiap mereka. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet