betray

Lost
hVb4Qtq.png
betray.

 

Pengurus kumpulan idol Gfriend hanya mampu menggeleng pasrah. Mengawal enam orang gadis remaja yang berbagai ragam bahkan lebih payah daripada mencari seorang isteri. Siap hari bulan, belum sempat pun menghidu suasana berumah tangga, dia dah bergelar arwah.

 

Gfriend, seperti kumpulan-kumpulan yang lain, mereka juga telah berlatih bersama selama beberapa tahun sebelum dilabel sebagai artis. Susah senang kehidupan, mereka berkongsi bersama. Tidak kira siang atau malam, panas terik mahupun sejuk melanda, enam gadis itu akan senantiasa menjadi lapisan di antara satu sama lain—melindungi sesama sendiri.

 

Kalau lah Kyra tidak menghilang setahun lepas...

 

"Pasal orang tu, biar oppa je yang uruskan semua." Mendatar saja suara Sowon berbicara. Dua tangan disilangkan ke dada. Mata bertemu mata.

 

'Budak ni...biar betul...' bisik Ben, iaitu pengurus kumpulan tersebut.

 

Yuju menoleh ke kanan. Kerutan dahinya ketara kelihatan. Wajah sisi Sowon ditelitinya, bibirnya sudah separuh terbuka untuk melontarkan sesuatu. "So-Sowon ah," ujarnya separuh menjerit. Terdapat getaran di penghujung katanya tadi. "K-Kau t-tak nak jumpa dengan Kyra dulu ke? A-Apapun d-dia..." Tiba-tiba dada Yuju seperti dihembap oleh sesuatu yang berat. Terlalu berat sehingga mengkaburi mindanya.

 

"Y-Yuju unnie," Yerin berpaling ke kirinya. Tangan kanan Yuju disambarnya terus. Dua ahli itu seperti berkomunikasi menerusi mata mereka. Apabila Yuju mengeratkan ikatan tangan mereka dan mengangguk perlahan, Yerin pun turut memusingkan tubuh ke arah Sowon. 

 

"Y-Yerin p-pun nak jumpa Kyra..." lontarnya seakan membisik. Anak matanya mulai berkaca tatkala paparan wajah Kyra bersilih-ganti dengan memori mereka dahulu. Bersama.

 

Ben tidak berdaya hendak berbuat keputusan. Apatah lagi gadis-gadis di hadapannya ini semua tidak pernah meminta apa-apa daripadanya sebelum ini. Segala permintaan mereka hanya melibatkan Kyra. Tidak pernah lebih daripada itu. Namun, apabila terdapat berita daripada sumber dalaman yang Kyra telah dijumpai di salah sebuah daerah Korea, selaku pengurus kumpulan dan juga kenalan lama yang melihat mereka membesar, dia gagal mengunci berita itu daripada pengetahuan Umji, anak saudaranya.

 

"Ka-Kata Sowon pun ada betulnya..." Ben menaikkan suara. Sedetik itu, semua mata berpusat ke arahnya. Jantungnya bagai ditusuk pisau melihat sinaran mata mereka yang seakan-akan melambangkan keperitan dari dalam. 

 

Umji mengesat air matanya dengan hujung lengan baju. Mekapnya sudah luntur dan comot. Sejak semalam lagi tidur gagal mendatanginya. Bagaimana mungkin? Kyra ialah kawan baiknya...tidak! Mereka semua bersahabat baik. Tiada yang mampu mengubah hakikat itu.

 

"Aigoo, Umji yah..."

 

"Umji yah, tolong betulkan mekap kau semula. Kita ada 20 minit sebelum persembahan..." tenang saja suara Sowon berselisih dengan Ben. 

 

'Pang!' 

 

Sebuah buku dihempas ke atas meja bulat tempat mereka semua berkumpul. Eunha bangkit dari tempat duduknya. Kedua tangannya digenggam erat disisi. Perlahan-lahan, jari telunjuknya ditujukan ke arah buku yang dihempas tadi.

 

"Love is bliss." Ujarnya pendek. Tidak tahan dengan emosi yang berbaur dari dalam hati, dia menekup mulutnya. Bahu terinjut-injut menahan agar tangisannya bebas.

 

"E-Eunha ya," Sinbi segera mencapai lengan kanan milik Eunha. "Kau dah kenapa?" soalnya risau. Sinbi sendiri sedang bergelut dengan air mata. Pabila saja melihat keadaan Eunha yang selama ini jarang sekali meninggikan suara terhadap ketua mereka Sowon, hatinya berasa sakit sekali.

 

Seraya melontarkan pandangan ke arah Sowon yang sedang duduk bertentangan di hadapan, Sinbi memberanikan dirinya bersuara, "Jung Sowon. Kau tak boleh buat keputusan sendiri tanpa bertanya dengan ahli yang lain terlebih dahulu!" Matanya spontan membulat. Aura marah terpancar daripada pandangan matanya.

 

Umji yang separuh berjalan ke pintu demi membetulkan mekapnya atas arahan Sowon turut kaku. Lutut kakinya seakan-akan tercerai daripada anggota tubuh. Sesaat lalu, tubuhnya terhempas jatuh ke lantai. Dan Umji, meraung semahu-mahunya.

 

"ADAKAH JATUH CINTA ITU SATU JENAYAH? DOSA?!" Eunha membebaskan kata-kata yang sentiasa tersimpan rapi di dalam dirinya. Jarinya terketar-ketar masih lagi mengajuk ke arah buku di atas meja tadi. "Semua buku yang E-Eunha baca...mengajar kita cinta itu ialah suatu kebahagiaan...justeru, kenapa Kyra perlu dihukum kerana memilih orang yang dicintai?" 

 

Ben lantas meraup rambutnya. Bahunya disandarkan ke kerusi di belakang. Dia sudah tidak tahu bagaimana hendak menguruskan situasi ini. Gara-gara khabar Kyra, semua kucar-kucir.

 

Dengan selamba, Sowon mencapai buku 'Love is Bliss' milik Eunha tersebut. Ekpresi wajahnya kosong seperti tadi. Jari-jemarinya menyentuh permukaan tajuk buku tersebut.

 

"Beritahu aku, korang semua..." Sowon memerhatikan satu persatu ahli kumpulannya. Yeri, Yuju, Sinbi, Eunha, dan Umji. Seraya itu, dia menghadapkan buku itu agar semua orang melihatnya, termasuknya Ben.

 

"Kalau berjumpa dengan Kyra nanti, apa yang akan korang cakap dengan dia?" tuturnya berhati-hati. 

 

"Kairi, adakah kau gembira? adakah kau...berbahagia? Kau berada di samping orang yang kau cintai, pastinya itu yang kau mahu dan..." Sowon berhenti seketika. Wajah rakan-rakannya dipandang sekilas lalu. Genggaman pada buku tersebut dieratkan. Walau bagaimanasekalipun, dia perlu melakukan semua ini. 

 

Demi melindungi kerjaya mereka—dan hati keenam-enam mereka yang masih kekal di dalam kumpulan.

 

"Yakin kah korang dapat mengutarakan perkataan 'terima kasih' dengan seikhlas-ikhlasnya? Terima kasih kerana mengejar cinta...terima kasih kerana meninggalkan kami..."

 

Di hujung lontaran kata-katanya, Sowon bertindak memusingkan tubuhnya daripada yang lain. Tanpa bersuara, dia berdiri dan menuju ke ruang keluar. Beberapa langkah sebelum betul-betul berada di pintu, Sowon berhenti.

 

Dia menyambung, "Buat Kairi, cinta itu ialah kebahagiaan namun kepada buat aku dan kumpulan ini...cinta dia ialah suatu pengkhianatan..." 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet