Perfect Two - Kris

EXO ONESHOT COLLECTION
Please Subscribe to read the full chapter

"Chloe, dia kan sibuk, dengan syarikat baru dia tu.." situasi begini sering kali berlaku, mendengar kawan baik kau meluahkan masalah hubungan cinta yang sudah berlangsung selama 3 tahun. Setiap kali bercerita perkara yang sama sahaja.

 

"Memanglah sibuk, aku tahu tu... tapi takkan nak angkat phone pun tak boleh.. takpun balas mesej aku ke. Aku..aku takutlah..takut kalau dia ada orang lain... dia macam makin jauh dari aku sekarang ni.." kau mengurut bahunya, selalunya dengan cara itu dapat mengurangkan sedikit kegusarannya.

 

"Why dont you guys just... break up?" perlahan saja kau bersuara, tidak pasti samada Chloe dengar apa yang kau katakan.

 

"How could you say something like that! i love him so much!" Kau terus merangkul tubuhnya, dalam masa yang sama kau memohon maaf atas ketelanjuran berbicara sebentar tadi.

 

"and he love you too..."

 

_________

 

"She's gone?" Pintu bilik utama terbuka, 5 minit selepas Chloe pulang ke rumahnya. Seorang lelaki berketinggian 192 cm keluar daripada persembunyian, terus berjalan menghala di mana kau berada ketika itu.

 

"Wait for 15 minit, then you should go too.." bila lelaki itu semakin menghampiri, kau mengubah kedudukan, beredar ke dapur pula.

 

"Im not going back to her." kau melepaskan keluhan, membuatkan langkah lelaki itu terhenti.

 

"AWAK TAK DENGAR KE TADI! DIA MENANGIS, CHLOE, BESTFRIEND SAYA MENANGIS SEBAB BOYFRIENDNYA TAK PEDULIKAN DIA! takut dia ditinggalkan... takut kalau lelaki tu curang..." Kau berlari ke sinki, menadah air yang keluar daripada kepala paip sebelum menyimbah cecair jernih itu membasahi muka. Berharap agar imej Chloe menangis tidak lagi menghantui minda dan mungkin dapat mengurangkan sedikit rasa bersalah, kerana tanpa Chloe sedari, selama ini kaulah punca kesengsaraan wanita itu.

 

"Saya tak pernah curang... dan awak tak pernah khianati dia... sebab kita saling mencintai.." Sepasang tangan merangkul tubuh kau dari belakang dan hembusan nafasnya dirasakan hangat menyentuh pipi.

 

"But.." tubuh kau beralih kedudukan, kini berhadapan dengannya. Tangannya penuh menekup kedua dua belah pipi kau dan memaksa supaya memandangnya. Tiada langsung jarak memisahkan kau dengannya, malah semakin intim dan kau dapat merasakan tebing kaunter dapur menekan bahagian belakang badan.

 

"Dont say a word...because you dont mean it.." Kris menutup hujahnya dengan mencium bibir kau serakusnya, memusnahkan segala pertimbangan waras yang sebelum ini menghantui diri.

 

________

 

"Aku.... aku taknak... taknak hidup lagi..." itu adalah ayat terakhir Chloe sebelum mengakhiri panggilan tanpa sempat kau bertanya kenapa. Dari cara dia berbicara, kau tahu dia sedang mabuk. Sebab itulah kini kau terus bergegas keluar dari apartment dan memandu ke sebuah kelab, tempat biasa kau dan Chloe berhibur bersama kawan kawan.

 

Berantai rantai kata sumpahan kau tujukan kepada Kris apabila setiap panggilan berakhir dengan peti suara. Kris sepatutnya bermalam di rumah Chloe pada hari itu. Jadi lelaki itu seharusnya tahu kenapa Chloe menelefon kau pada jam 1.00 pagi, dalam keadaan mabuk dan menangis teresak esak. Gerak hati kau kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena, terutama bila mengetahui Chloe menghabiskan masa di kelab tanpa kehadiran kau. Dan itu adalah sesuatu yang pelik kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini, kecuali bila ber

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 3: Hi author..hehe..nak oneshot Baekhyun boleh?