YES STUPID !! - Kai

EXO ONESHOT COLLECTION
Please Subscribe to read the full chapter

Hari minggu, hari yang paling kau gemari. Selalunya hari hari begini di gunakan sepenuhnya dengan menghabiskan masa bersama teman lelaki tersayang.

 

Sudah hampir dua tahun kau menjalinkan hubungan cinta bersama Kim Jongin a.k.a Kai. Sudah menjadi rutin bagi kau, untuk bertemu dengannya setiap pagi ahad dan menghabiskan sepanjang hari dengannya. Dan minggu itu tiada bezanya, Sejak dari malam kemarin, lelaki itu asyik mengingatkan kau supaya menunggunya di Cafe kegemarannya yang terletak pinggir bandar Seoul.

 

Pagi itu cuaca cerah, namun tetap dingin memandangkan musim sejuk semakin menghampiri. Bahkan malam tadi, sebelum tidur iaitu sebaik sahaja kau mengakhiri panggilan telefon bersama Kai ketika berdiri di balkoni, kau nampak kepingan salji turun buat beberapa minit. Fenomena yang biasa berlaku jika suhu turun secara mendadak, walaupun Korea masih lagi mengalami musim luruh. Kau menganggapnya sebagai petanda baik kerana salji merupakan elemen semula jadi kegemaran kau dan berharap apa sahaja yang akan berlaku pada keesokan hari akan berjalan dengan lancar. 

 

______

 

"Hey! " seperti biasa Kai akan tiba terlebih dahulu berbanding kau, ianya bukan bermaksud kau terlewat, tetapi Kai yang terlebih awal, alasannya adalah kerana dia tidak suka membuat kau menunggu. Tetapi kali ini berbeza, Kai tidak menunggu di dalam Cafe seperti biasa tetapi dia berdiri di luar pintu Cafe berkenaan, bersama dua cawan kopi panas di tangannya.

 

"its Cold.... " Kai menyerahkan secawan kopi pada kau dan kau menyambutnya dan menghadiahkan satu kucupan hangat di sebelah pipi kanannya.

 

"lets get inside" memandangkan Kai mengadu kesejukan, kau mencadangkan supaya masuk ke dalam Cafe, yang mana lebih hangat dan selesa berbanding berdiri di luar.

 

"lets walk! " nampaknya Kai mempunyai agendanya yang tersendiri. Lelaki itu menggenggam tangan kau dan menarik kau berjalan ke arah yang berlawanan daripada Cafe tersebut.

 

Matahari semakin meninggi, suhu tidak lagi terlalu dingin tetapi jaket tetap di perlukan. Namun itu tidak menjadi masalah bagi kau kerana Kai adalah seorang lelaki yang berbudi bahasa, jadi dia tahu apa yang kau perlukan. Sebab itulah kini, leher kau di baluti sehelai skarf tebal berwarna kelabu yang sebelum ini di pakai olehnya.

 

"Jongin? are you okay?" kau menyuarakan persoalan yang asyik bermain di minda kau sepanjang perjalanan daripada Cafe. Lelaki itu nampak lain daripada biasa, tidak banyak bercakap dan tingkah lakunya agak berbeza, dia nampak cemas (sekali sekala Kai melepaskan tangan kau untuk mengesat telapak tangannya pada seluarnya sebelum menggenggam tangan kau semula).

 

"hah...im o-okay...what makes you think i'm not okay?" suaranya terlalu nyaring seakan menjerit, itu sahaja sudah menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada lelaki itu.

 

Kau hanya mengangkat kedua belah bahu, tidak berniat mahu menjawab soalannya. Lelaki itu tidak pandai menipu, kalau ada sesuatu yang mengganggunya, dia pasti akan menceritakannya kepada kau

 

________________________

 

"lets break...i dont wanna be your boyfriend anymore... " Kau baru sahaja mahu menunjukkan kepada lelaki itu sekumpulan itik yang sedang bermain di tepi sungai, tetapi nampaknya Kai mempunyai topik yang lebih menarik berbanding kau.

 

"how could you...." kau buat satu perkara yang paling

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 3: Hi author..hehe..nak oneshot Baekhyun boleh?