Chicken soup - Luhan

EXO ONESHOT COLLECTION
Please Subscribe to read the full chapter

"you are so dead Luhan!!" loceng di tekan berkali kali, masih lagi tiada jawapan. Hati yang panas semakin membara . Hampir 10 minit kau berdiri di situ, panggilan kau tidak juga di saut. Muka kau yang kemerahan menahan marah mendapat perhatian penghuni berdekatan, tetapi tiada siapa yang berani bertegur sapa dengan kau, hanya senyuman yang mampu di lemparkan oleh mereka yang lalu lalang di situ.

 

Kau tahu Luhan, teman lelaki kau selama setahun empat bulan tiga setengah hari adalah seorang yang sibuk. Jadi sudah menjadi kebiasaan jika dia datang lewat di setiap temu janji bersama kau, tetapi kali ini Luhan langsung tidak memunculkan diri, malah setiap panggilan telefon langsung tidak berjawab. Kau cuba menelefon setiausahanya, wanita itu memberitahu bahawa Luhan langsung tidak masuk ke pejabat pada hari itu dan gagal di hubungi. Memandangkan tiada urusan penting di dalam jadual Luhan, setiausahanya tidak berusaha untuk mencarinya kerana Luhan pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini. Menghilang diri buat beberapa hari sebelum kembali bekerja dan menceritakan pengalamannya bermain ski di Pakistan, kenapa Pakistan? Tiada siapa yang tahu dan tiada siapa mahu bertanya, kecuali kau.

 

Selain daripada rasa marah, kau juga sebenarnya berasa risau dengan keadaan lelaki itu. Walau segila mana Luhan, lelaki itu pasti menceritakan segala rancangan gilanya kepada kau. Seperti bermain ski di Pakistan, katanya mahu membuktikan kelakiannya kepada kau kerana kau selalu mengkotak katikkan ke-manly-annya dan sebagai lelaki sejati dia perlukan melakukannya biarpun dia mati kesejukan, mati sebagai lelaki sado dan manly. Apa yang buat kau bertambah risau adalah idea gila terbarunya iaitu berenang di lautan yang dipenuhi jerung. Idea itu timbul apabila di cabar oleh salah seorang rakan baiknya iaitu Kris, yang mendakwa parut berukuran 1cm pada ibu jarinya adalah kesan di baham jerung, padahal menurut teman wanita Kris bulan 8( teman wanitanya bertukar setiap bulan)lelaki itu memperolehi parut tersebut ketika menikmati sup sirip yu di China, masih lagi menjadi misteri bagaimana ianya berlaku memandangkan tiada langsung objek tajam yang mampu menggugat keselamatan berada di sekitarnya ketika itu.

 

Selepas 2 minit meng-google negara yang mempunyai jerung terbanyak di dunia (memudahkan kau mahu menempah tiket kapal terbang, mana tahu kalau si gila luhan sudah pun terapung di salah sebuah negara yang memiliki jerung) , tiba tiba pintu terbuka. Tanpa memandang makhluk yang membuka pintu tersebut, mulut kau dengan lancarnya melontarkan kata kata yang 'berwarna warni' kepadanya. Bagaimanapun, bibir kau serta merta berhenti berkata kata sebaik sahaja mata kau jatuh padanya.

 

"Luhan...are you okay baby?!" tanpa menunggu jawapannya, kau mengunci pintu dan menarik tubuh lelaki itu duduk di sofa berwarna pink kesukaan Luhan (Luhan mendakwa pada tahun 1800, warna pink di anggap warna 'manly').

 

"im sick..." kata Luhan di temani satu dua batuk yang merisaukan hati perut kau ketika mendengarnya. Rasa marah yang sebelum ini membuak langsung hilang entah kemana. Sepanjang kau mengenalinya, inilah kali pertama kau melihatnya sakit. Kulit yang selalunya putih kemerahan, kini pucat seperti tidak berdarah. Malah tubuhnya nampak lebih kurus daripada biasa.

 

"lets get you to bed.." kau memapah Luhan ke biliknya. Rekaan ruang tamunya berbeza dengan biliknya. Ruang tamunya Nampak lebih ceria dan bersifat kekeluargaan, manakala biliknya pula di hias moden dan ringkas, hanya memiliki perabot yang penting seperti katil dan mini pejabat, tempat dia melahirkan ilham terbaru untuk syarikat pengiklanan yang di milikinya bersama Kim Minseok dan Kris.

 

"sorry...sebab.." Luhan tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila kau meletakkan jari telunjuk di bibirnya yang kering merekah. Kau menghadiahkan satu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 3: Hi author..hehe..nak oneshot Baekhyun boleh?