Silent confession - Kai

EXO ONESHOT COLLECTION
Please Subscribe to read the full chapter

"Sorry..." jari jemari halus mengelus lembut tepi bibir Kai, sekaligus menghentikan darah yg sedari tadi mengalir. Dua pasang mata saling bertautan, memandang antara satu sama lain, Kai dapat mengesan kekeliruan, kekalutan dan satu lagi emosi yg Kai sendiri tidak dapat menafsirkannya mungkin belas kasihan atau pun cinta[?].

 

"Why..." Kai ingin mencapai tangan itu tetapi ada sesuatu di dalam dirinya menahan dia daripada melakukannya. Jadi apa yg mampu dia lakukan hanyalah melihatnya berjalan meninggalkan Kai seorang diri di kawasan lokar yg sunyi sepi.

 

.........

 

"Min dari mana ?" Kau tidak mempedulikan pertanyaan itu lalu melabuhkan punggung di kerusi kosong di sebelah kembar lelaki kau 'Do Kyungsoo'.

 

"Min da..." D.O tidak menghabiskan pertanyaannya dan tiba tiba keadaan kelas menjadi sunyi sepi. Kau tahu apa yg sedang berlaku dan kau dapat merasakan ketegangan pada ketika itu.

 

"Boleh lagi dia berjalan..." D.O mengetap gigi, matanya merenung tajam seorang lelaki yg berjalan terdengkut dengkut menuju ke tempat duduknya di belakang kelas. Tiada siapa yg berani bertanya kenapa mukanya lebam dan bengkak, mereka hanya memandang lelaki itu buat seketika sebelum kembali melakukan aktiviti masing masing tanpa mempedulikannya.

 

"Where are you going ?" Kau menarik tali leher D.O, menghalangnya daripada bangun. D.O ingin mempersoalkan tindakan kau, tetapi niat itu terpaksa dibatalkan kerana loceng telah berbunyi dan pada masa yg sama, Mrs Jung masuk untuk mengajar.

 

"muka kamu...kamu bergaduh?" Perhatiannya terarah kepada Kai yg hanya merenung keluar, langsung tidak mempedulikan perhatian yang diberi kepadanya. Mrs Jung berhenti di hadapan Kai, wanita itu menggeleng kepalanya melihat keadaan lelaki itu, pakaian seragamnya keronyok dan kotor.

 

"Its nothing..." Kai menolak tangan wanita itu ketika dia cuba menyentuh pipi Kai yg kelihatan bengkak. Mrs Jung tidak faham, apa yg berlaku terhadap Kai kerana sejak dari hari pertama budak itu masuk ke sekolah itu, dia sentiasa kelihatan tak terurus.

 

"Mrs Jung...aren't you going to teach us ?" Ianya kedengaran naif, tiada apa yg salah dalam ayat itu tetapi Mrs Jung tahu siapa pemilik suara itu, 'Do Kyungsoo, ketua kingka di sekolah itu yg terdiri daripada lima anak muda iaitu, D.O sendiri, Luhan, Xiumin, Baekhyun dan juga kembar perempuannya Do Kyungmin yg bertindak sebagai pemerhati, tidak menyuruh tetapi tidak juga melarang. Bagi Mrs Jung, mereka hanyalah sekumpulan anak manja yang mempergunakan kebebasan dan kekayaan ibubapa mereka untuk membuli mereka yg lemah dan tidak berkemampuan.

 

"Okay...lets start our class..." Kai menarik nafas lega apabila guru kelasnya tidak lagi memberi perhatian kepadanya. Apa yg dia mahu adalah supaya hari itu berlalu dengan cepat agar dia dapat berada di satu satunya tempat kegemarannya di mana dia boleh lari daripada segala nya.

 

_____

 

"Dari hari pertama kau masuk sekolah ni...aku dapat rasakan yg kau ni akan buat sesuatu yg akan menyusahkan aku..." satu tumbukan hinggap di perutnya, Kai mengerang kesakitan tetapi D.O masih lagi tidak berpuashati lalu menendang belakang lutut Kai menyebabkannya terus terduduk melutut di depannya. D.O tersenyum sinis melihat lelaki di depannya tertunduk lemah. Dia kemudiannya mengg

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 3: Hi author..hehe..nak oneshot Baekhyun boleh?