Moving to Seoul

One more time

( di rumah dahyun )

"Dah balik pun anak dara ni.." 

Dahyun tersipu malu bila dia nampak mama suho iaitu puan sara sedang duduk bersama mommynya di ruang tamu

"Hai auntie!" Kata dahyun sebelum bersalaman dengan puan sara

"Alahaii, dah besar betul si dahyun ni. Lawa pulak tu.." kata puan sara

Lagilah blushing pipi dahyun yang dah sememangnya merah tu,

"Mama, tak baik menipu tau.." kata suho

Dahyun pukul bahu suho,

"Biarlah mama kau nak puji aku, jeles?" Kata dahyun sambil jeling suho

Suho buat muka annoying dia sebelum duduk di sebelah mama dia

"Tak kuasa nak jeles.."

"Sudah lah tu, dahyun kamu pergi mandi. Nanti kita makan sama2 okay?"

Dahyun angguk selepas mendengar kata2 mama nya ,

 

...................

 

Selepas makan, dahyun duduk bersama puan sara di luar rumah

"Dahyun dah besar ni cantik lah, rasa nak cubit2 je pipi ni.." kata puan sara

Dahyun cuma gelak,

Cantik apanya? Dengan jerawatnya lain, rambut malas nak ikatnya lain

"Takdelah cantik mana pun, ehh auntie datang dengan suho je ke? Junhee mana?" Tanya dahyun

Puam sara terdiam sekejap,

Dahyun cuma memandang dengan pelik bila puan sara senyap,

"Auntie.."

"Sara, kamu dah beritahu dahyun pasal plan kita tu?" Tanya puan kim yang sedang berjalan mendekati mereka,

Suho juga berjalan di sebelah puan kim sambil membawa sedulang minum petang,

"Plan apa mommy?" Tanya dahyun

Suho juga memandang ke arah puan kim dan puan sara 

Plan apa pulak ni?

"Plan nak kawenkan kamu berdua lahh, haa setuju tak?" Kata puan sara

Masa tu nak tersedak air liur dahyun dibuatnya, yelah, terkejut punya pasal,

"Maa! Serious ahh! Suho dengan dahyun kan sepupu!" Kata suho dengan mada tegas, beria betul taknak kahwin dengan dahyun

Puan kim dan puan sara gelak,

"Mama gurau jee.." kata puan sara, dia masih tergelak-gelak,

"Ihhhh, nakallah mama ni.." kata suho

Dahyun duduk kat sebelah puan kim,

"Abestu plan apa mommy?" Tanya dahyun

Puan kim menarik nafas sebelum mula berbicara,

"Macam ni, ingat lagi tak yang daddy cakap dia akan dinaikkan pangkat?" Tanya puan kim

Dahyun angguk

"So daddy akan dinaikkan pangkat bulan depan, tapi daddy dipindahkan ke china,"

"So?"

"So mommy kena ikut daddy pindah lah" kata puan sara

Dahyun macam terdiam sekejap,

"Then hyun macam mana?" Tanya dahyun

"Sebab tu mommy suruh auntie sara ke sini, Dahyun akan duduk dengan auntie sara sampai habis exam, lepastu terpulanglah nak ikut mommy atau stay kat korea"

 

..........

 

Dahyun hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan,

Memandangkan suho masih fokus memandu dan puan sara dah tertidur,

Maka perjalanan ke seoul hanya ditemani dengar bunyi lagu dari radio 

 

.............

 

"Ishhh kau bawak apa dalam bagasi ni? Berat gila!" Kata suho sambil bawakkan bagasi dahyun dengan muka tak ikhlas

Dahyun pula cuma menikmati sekeliling rumah suho

Tak sangka keluarga suho dah maju sejak papa dia buka bisnes baru,

"Dahyun mesti penat kan? Naiklah atas pergi rehat.." kata puan sara

Dahyun angguk sambil tersenyum

"Auntie pun rehatlah, auntie nampak penat" kata dahyun

Puan sara senyum sebelum mencium pipi dahyun

Dahyun agak terkejut jugaklah dengan tindakan puan sara tapu dia abaikan aje

"Dahlah, jom aku tunjuk bilik kau.." kata suho

 

...........

 Dahyun keringkan rambut dia dengan tuala kecil,

Dia keluarkan barang-barang dia dari dalam bagasi yang suho bawakkan tadi,

Dahyun tersenyum bila dia keluarkan sehelai baju kemeja berwarna kelabu,

Kemeja milik sungyeol

Yeol, aku kat seoul ni.. nanti aku melawat kau okay?

Dahyun terkejut bila pintu bilik dia dibuka,

"Ehh kau ni terkejut aku," kata dahyun sambil mengurut dadanya,

Suho lah ni, pergi pakai bedak sejuk time2 macam ni buat apa,

Suho pulak dah gelak2, kelakar tengok muka dahyun terkejut tadi,

"Ek eleh, nak gelak2 pulak, asal masuk bilik aku?" Tanya dahyun

"Mama aku dah masak, dia nak kau turun makan," kata suho

Dahyun duduk atas katil,

"Alaa, aku tak lapar lah, nanti kalau aku nak makan aku cari sendiri ea" kata dahyun

Dahyun akui sejak sungyeol pergi, dia macam takde selera nak makan, buat apa2 pun kadang2 rasa macam sia-sia

Suho datang dekat kat dahyun, lepastu dia duduk sebelah dahyun

"Sebelum aku tepek bedak sejuk busuk aku ni kat muka kau baik kau turun makan, tak payah nak acah2 sedih lah, hilang boyfriend je kot" kata suho

Dahyun pukul dada suho

"Kau ni, kau tahu tak aku sedih kalau kau cakap macam tu?" Tanya dahyun

Ikutkan hati nak je dia menangis sebab sedih, tapi air mata tak nak keluar pulak

"Dah tu kau tak fikir mak kau sedih tengok kau macam ni? Yang dah pergi tu biarlah pergi, " kata suho

Dahyun cuma diam, matanya tertumpu ke tingkap kaca yang berhadapan dengannya

"Aku faham, sungyeol tu penting dalam hidup kau, kau pun penting apa untuk parents kau, takkan kau asyik nak sedih je. Nak tunggu parents kau dah takde baru kau nak hargai diorang?"

"Alaaa kauu niii, kau buat aku serba salahh" kata dahyun

Dahyun terus peluk bantal sambil nangis2

Mesti mommy dia sedih tengok dia selama ni kan?

"Dahlahh, kau patut happy sebab kau masih ada family kau," kata suho perlahan,

Dahyun kesat air mata dia sambil pandang suho

"Thanks beb" kata dahyun

Suho senyum sambil anggukkan kepala

"Ehh gelilahh nangis2 ni, dah lah jom makan, lepastu kau tidolah puas2, esok kau dah nak start sekolah kat sekolah aku.." kata suho

 

............

 

Selepas makan,

Puan sara mengemas dapur sorang2, dia tak bagi dahyn dengan suho tolong dia sebab dia tahu budak dua ekor tu tengah penat

Lagipun kang nanti bukannya menolong, pacah pinggan kang adalah, asyik bertekak je

Dahyun nak masuk ke dalam bilik dia tapi langkah dia terhenti

Dia nampak pintu kat bilik hujung tu separuh terbuka,

Bilik siapa tu? Suho ke? Haa baik aku kenakan dia, kehkehkeh

Dahyun berjalan perlahan-lahan ke bilik itu,

"Su-"

Dahyun terus tergamam bila dia nampak suho duduk menghadap sekeping gambar,.

Nasib baiklah suho tak perasan dahyun berdiri kat situ,

"Junhee yaahh~" suara suho perlahan, dia tersenyum menatap gambar itu

Dahyun cuma berdiri kaku di pintu itu

Ni bilik junhee rupanya

"Junhee, mama dah happy sekarang. Junhee jangan risau, ingat tak sepupu kita dahyun? Oppa yakin dia boleh happykan mama.." kata suho

Kenapa dengan junhee?

Dahyun terpandang sesuatu di atas meja, rupanya macm keratan surat khabar,

' 11 MEI 2015, seorang remaja perempuan diculik dan polis masih menjejakinya '

 

.......................

 

Wuuuuuuuuuuuuuuu! Hahaahaa dah updatee, chap akan datang maybe akan ada banyaj watak baru muncul, maaflah atas kesalahan ejaan, penggunaan bahasa dan kesalahan-kesalahan lain, teruskan membaca! Wihihuuewww

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Verylazy
typoooo

Comments

You must be logged in to comment
Exotic_Baby_99
#1
Chapter 21: Yahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhghhhhhhhhhh. .. asal sweeeeeeeeeeet sangaaaaaaaaaaatttttttttttttttt
Exotic_Baby_99
#2
Chapter 20: Woiiiii chanyeol menjala?? Like srsly? ? Aq gelak mcm hape tau tak baca niii ahahahahahHhahaHHHhahahahajajajaja
Chiko_Miari #3
Chapter 21: Wahhh!!real story??
Daebak!!..cuma ke kadang typo yg bleh buat saya pening skit..kiki..

Btw.Good Job A/N!!
Exotic_Baby_99
#4
Chapter 19: .................... ..........
Exotic_Baby_99
#5
Chapter 18: Kan betul Woohyun jahat ..
Exotic_Baby_99
#6
Chapter 17: Woohyun kan.... kan.... kann... sbb dye rindu kat Sungyeol.. ohohoohoho
Exotic_Baby_99
#7
Chapter 17: Dahyun suluh ke arah gaung yang tidak berapa dalam,

Ehh itu,

Seorang perempuan terbaring di atas tanah,

Mukanya ditutupi daun dan rumput

Baju kotor akibat tanah dan lumpur

.
.
. Adakah ini typo?
Dahyun tu patutnya chanyeol kan?
Jngn buat aq pening. ....
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 16: Yeass hilang, :D
Exotic_Baby_99
#9
Chapter 15: Chanyeol tu apahalllll.. author nim tolong la reveal banyak lagi kisah chanyeol yeee Saya curious niiii
Exotic_Baby_99
#10
Chapter 14: Srsly? Aq rse kau buat watak Woohyun dlm.ni mcm abg tinggi tuu.. sume org dye nak pegang -_-