Holiday : 8, our last night

One more time

Edited

.......

 

Dahyun duduk termenung kat atas katil.

Masa dia bangun tadi memang dia terkejut sebab dia ada dalam bilik chanyeol

"Kenapa chanyeol selamatkan aku?"

Soalan tu masih bermain di fikiran dahyun

Dia bersyukur sebab chanyeol selamatkan dia

Kalau takde chanyeol malam tadi, entah apa yang jadi kat dia.

"Dahyunee, masa untuk makan ubat." Kata suho

Suho bawak segelas air dan beberapa pil untuk dahyun makan

"Nah.. macam mana kau hari ni? Okayy?" Tanya suho

Suho nak tanya macam2 pasal woohyun, pasal malam tadi.

Tapi mungkin dia tahu yang dahyun masih trauma.

"Thanks,"

Dahyun telan semua pil yang suho bagi dan dia teguk air dari gelas tu

"Suho.. mana chanyeol?"

 

.................

 

"Takpe yeol, kitaorang dah call lawyer family kau. Mungkin petang nanti dia sampai.." kata baekhyun

"Aku okaylah.. korang boleh tak jangan risau sangat?" Kata chanyeol

Walaupun tak pasal2 dia kena masuk dalam jail, tapi dia tak takut sebab dia tak buat salah.

"Ishh.. mestilah risau, kau masuk jail kot.." kata chen pula

Chanyeol senyum,

"Takpelah, korang balik lah dulu.. pergi mandi ape semua, bau kambing.." kata chanyeol

Yelah, mana tak bau kambing masing2 tak sempat gosok gigi terus follow polis bawa chanyeol pergi balai polis

"Tapi kitaorang nak tunggu sini sampai kau keluar.." kata baekhyun

Chanyeol gelak,

"Tak payah mengada byun baekhyun. Belle tunggu kau kat rumah tu. Aku okaylah.. nantikan lawyer aku datang.." kata chanyeol

Chen pegang bahu baekhyun, dia ajak baekhyun balik

"Emm, kalau macam tu kitaorang balik dululah.." kata baekhyun

"Aku nak kau balik sebelum event malam ni okay?" Kata chen

"Okay, jangan risau" kata chanyeol sambil Melambaikan tangannya

"Nanti kalau ada apa2, suruh lawyer kau call kitaorang tau.. bye yeol" kata chen

"Bye yeol, take care.." baekhyun buat muka sedih

"Bye"

Chanyeol duduk di atas lantai lokap itu

Dia keluarkan sesuatu dari poket seluar dia, loket dan rantai yang selalu dahyun pakai

Chanyeol tahu, tu hadiah dari sungyeol

 

..............

 

"Wehhh kau nak pergi mana?“

belle menarik tangan dahyun yang sedang menuju ke pintu

"Kau nampak chanyeol tak? Aku-"

"Ishh, kau jangan banyak gerak. Kaki kau kan tak baik lagi. Kau duduk je kat situ diam2.." kata belle

"Tapi, aku nak jumpa chan-"

"Dia pergi menjala ikan lah, kau nak pergi tengah2 laut tu cari dia? Nak sesat lagi?" Tanya belle

Dahyun gelengkan kepalanya

"Okay kalau macam tu kau duduk diam2 lepastu tengok tv kat sini"

Belle bantu dahyun untuk duduk kat sofa yang lembut tu.

"Kalau kau nak apa2, kau panggil je aku. Okay?" 

"Okay, thanks.." kata dahyun

 

..................

 

"Yaaa oh sehun! Kau gila ke nak suruh dia pakai heels? Tak nampak kaki dia masih berbalut?" Kata bella sambil bercekak pinggang

"Ehh oh bella, tema festival malam ni kan ala2 red karpet pergi awards, salah ke aku nak suruh dahyun pakai heels?" Tanya sehun

Bella amek heels kat tangan sehun lepastu dia letak tepi,

"No! I said no!" Kata bella

"Belle, why not kau pakai bikini malam ni? Mesti lawa.."

Bella jeling kat kai yang dah serbu wardrobe dia,

Ni lagi sorang, ada ke nak suruh orang pakai bikini pergi event? Ingat nak swimming kat pantai ke?

"Nooo! Oh bella cuma boleh tayang badan depan aku je.. kau jangan nak menggatal ye.." kata baekhyun yang baru masuk dalam bilik tu

Kanan kiri tangan baekhyun bawa baju yang bella pesan

"Wahh, bagus baekhyunee.. kita kena pilihkan baju untuk dahyun dulu sebab ni moonlight festival yang pertama untuk dia!" Kata bella

Baekhyun senyum je bila bella puji dia

"Ishh, aku tak paham lah perempuan ni, dah banyak baju pun nak pening2 lagi..." kata sehun

"Entah, lepastu orang bagi suggestion nak marah2" kata kai yang masih memegang bikini bercorak harimau bintang

"Ishh kau, bak sini bikini aku, dah dah.. kau dengan sehun keluar lah! Tak membantu langsung!" Kata bella

Dia tarik bikini dia yang kai pegang,dah  macam ert dah kai ni

"Better kita panggil tao, dia kan fashionista.."

 

............

 

Jam menunjukkan pukul 8 malam

"Haaa inilah yang paling aku benci, perempuan kalau bersiap bukan main.." kata chen sambil lipat lengan baju dia

Panas dah yang si lelaki ni tunggu,

"Kau membebel apa kat bawah tu? Ingat aku tak dengar ke?" Jerit bella dari atas

Chen cuma buat muka menyampah,

Dah lah dia yang lembab, lepastu nak marah2

Kalau tak sebab dahyun, chen taknak tunggu pun sebenarnya

Beberapa minit kemudian, dahyun dan belle turun

"Wehh wehh kau okay tak?" Tanya suho

Dahyun angguk2 je walaupun hakikatnya susah nak jalan

"Kan aku cakap dahyun stay je kat rumah, aku boleh teman" kata kai

"Tak pun biar aku je yang jaga dia.." kata sehun pulak

"Ehhh nonooooo.. kalau korang jaga, habislah dahyun nanti." Bella terus tarik tangan dahyun supaya jauh dari sehun dan kai

"Dahlah, apa tunggu lagi. Kita gerak pergi hotel!" 

 

.............................

 

"Terima kasih sebab cik muda dan tuan muda sudi datang ke festival moonlight tahun ni.." kata seorang pengurus hotel kepada belle dan sehun

"Tak perlu pun berterima kasih, lagipun papa mama busy sangat sampai event penting macam ni pun tak dapat pergi.." kata belle

"Betul tu, anggap jelah kitaorang ganti tempat mama dengan papa." Kata sehun pulak dengan nada ala2 ceo syarikat

Pengurus hotel tu tersenyum, dia mengalu-alukan semua untuk pergi ke kawasan kolam renang hotel yang berhampiran dengan pantai

Mereka mengambil tempat duduk vip yang memang disediakan untuk mereka setiap tahun,

"Dahyun, kau nak makan? Biar aku amekkan" kata luhan

"Oh haa, okay. Terima kasih.." kata dahyun

"Luhan, nak ikut. Aku hauslah, nak ambil air sekali.." kata chen

So tinggallah dahyun sorang2 kat meja tu

Bella dengan sehun sibuk melayan tetamu vip yang merupakan kawan2 parents dia

Dahyun cuma perhatikan penari-penari yang menari di tepi kolam, bestnya kalau kaki dia tak sakit, boleh dia join orang menari

"Dahyun.." 

Dahyun pandang kai yang duduk kat depan dia

"Ye?" Tanya dahyun

Muka kai nampak macam serba salah, dia cuba nak cakap sesuatu tapi..

"Dahyun aku minta maaf.." kata kai

Dahyun gelak,

"Pasal apa pulak ni?" Tanya dahyun

"Janganlah gelak, aku serious ni.." kata kai

"Okay2 tak gelak, serious serious.."

"Okay, aku nak minta maaf atas segalanya. Aku kawan yang jahat, tak pandai jaga kau.." kata kai

Dahyun senyum,

"Alaa, aku okaylah. Aku berterima kasih sangat2 sebab korang nak jadi kawan aku.." kata dahyun

"Btw, kalau kau dalam kesusahan. Percayalah kau ada superman yang akan tolong kau.." kata kai

Dahyun cuma angguk,

Lepastu ada perempuan datang kat kai,

"Aku pergi dululah dahyun, have fun okay!" Kata kai sebelum menuju ke arah tepi kolam bersama perempuan yang menariknya tadi

Percayalah dahyun, chanyeol sentiasa untuk kau.

 

.....................

 

"Tetamu yang dihormati sekalian, kita ada acara khas pada malam ini.." kata pengacara majlis yang berada di tengah2 pentas

Semua tetamu yang sibuk makan, berbual terus menumpukan perhatian pada pengacara itu

"Malam ni, kita akan adakan satu acara khas untuk moonlight couple"

Semua orang bertepuk tangan,

Acara moonlight couple ni dipilih setiap tahun, sesiapa yang dipilih mungkin akan menjadi pasangan yang bahagia. Acara ini dianggap adat oleh penduduk setempat. *rekaaan*

Tahun lepas baekhyun dan belle dipilih jadi moonlight couple. Masa tu diorang belum bersama dan asyik gaduh je.

Tak sangka pulak acara ni buat diorang jadi rapat,

"Tahun lepas, couple akan dipilih melalui games yang diadakan. Namun pada malam ini, couple akan dipilih melalui nasib seseorang itu..

Pada malam ini, dua cincin telah diletakkan dalam gelas yang memgandungi minuman, dua manusia bertuah yang minum melalui gelas yang mempunyai cincin tu akan menjadi moonlight couple pada malam ini.." jelas pengacara itu

"Dahyun nahh, minumlah." Kata belle,

belle menghulurkan sebuah gelas berisi wain merah ke tangan dahyun

"Ohh, nantilah aku minum.." kata dahyun, dia bukan pandai sangat minum wain ni.

Dahyun membawa gelas itu ke arah pantai, 

Dia duduk seorang diri di atas pasir itu.

Mana chanyeol? Takkan pergi menjala ikan tak balik2? Ke dia sesat dekat pulau? Aishh

Aku nak jumpa chanyeol, nak ucapkan terima kasih. Itu je

 

.......

 

Chanyeol keluar dari kereta berwarna hitam yang dipandu oleh peguamnya

"Tuan muda park, semuanya dah selesai. Jadi saya akan berangkat ke seoul dulu.." kata peguam itu

Chanyeol anggukkan kepalanya,

"Hati2 dalam perjalanan nanti," kata chanyeol

Peguam itu senyum,

"Saya rasa baik tuan park cepat bersiap, nanti lambat pulak ke festival moonlight tu.." kata peguam itu,

Chanyeol pandang jam kat tangan dia, tinggal 2 jam lebih je sebelum festival tu tamat

"Baiklah, kalau macam tu saya pergi dulu," kata chanyeol

 Dia masuk ke dalam rumah dan Peguam itu memandu keretanya pergi

 

....................

 

Chanyeol memakai pakaian lengkap macam yang lain,

"Yooo! Wehhhh! Kenapa dah keluar tak cakap dengan aku? Kau ni kann.." baekhyun pukul2 badan chanyeol

Yelah, kalau bagitahu kan dia boleh amek chanyeol

"Takpelah, lawyer aku ada. Dahyun mana? Kat rumah takde pun, jangan cakap korang paksa dia pergi festival ni.." kata chanyeol

"Hehe, sorrrylah. Tapi belle yang paksa dia pergi, ni kan moonlight festival yang first untuk dia.." kata chen

Chanyeol gelengkan kepala, dah lah orang tu tengah sakit, lepastu diajak pulak ke sini,

"Okaylah, biar aku cari dia.." kata chanyeol

"Oh ya yeol, ni wain kau.." sehun hulurkan wain yang dia amek dari dulang pelayan tadi

"Thanks.."

Chanyeol terus berjalan mencari dahyun

 

............

 

"Puas aku cari kau, kat sini rupanya!" Kata chanyeol

Dahyun terus toleh

"Chanyeol! Kenapa kau pergi menjala ikan lama sangat! Risau aku.." kata dahyun

Tak tahu dari mana dahyun dapat kekuatan untuk bangun dan peluk chanyeol

"Oii, oii hati2 sikit, kaki kau tu.." kata chanyeol sambil pegang pinggang dahyun

Lepastu barulah dahyun sedar,

Apa aku buat ni?

Pelukan tadi cepat2 dileraikan

"Sorry aku excited, emm.. macam mana kau menjala ikan? Banyak dapat ikan?" 

Dahyun sedaya upaya tukar topik untuk hilangkan rasa awkward

"Menjala? Emmm"

Ni mesti kerja diorang taknak bagi dahyun risau

"Xde ikan pun, aku tidur je atas kapal tu.." kata chanyeol

Apebenda aku merepek ni?

"Ohh.." dahyun hanya anggukkan kepala

"Ehh kaki kau sakit lagikan? Apa kata kau duduk.." kata dahyun

"Ohhh.. haa jomlah du-"

Dahyun macam kaku bila chanyeol pegang tangan dia dan tolong dia untuk duduk,

"Terima kasih.." kata dahyun

Ni bukan chanyeol yang aku kenal

 

.................

 

"Kenapa kau tengok aku macam tu?" Tanya chanyeol

Dahyun cepat2 pusing tengok tempat lain,

"Mana.. mana ada.. aku tengok kau.. " pipi dahyun merah,

Hari ni chanyeol lain lah, perangai dia baik sangat.

Tipulah kalau chanyeol tak handsome dengan pakai kemeja macam ni

Chanyeol pakai kain buruk pun tetap handsome agaknya

"Emm dahyun, aku nak minta maaf sebenarnya.." kata chanyeol

Dahyun blur kejap,

"Selama ni kan aku jahat dengan kau, aku.. aku kiss kau.. " kata chanyeol

"Ehh takpe2 kau dah selamatkan aku dua kali kot, aku yang serba salah sebab menyusahkan kau.." kata dahyun

Chanyeol pandang dahyun,

"Kim dahyun.."

Dahyun dah telan air liur,

Apahal pulak ni? Nak kiss ke? Ahh not now! Chanyeol!

"Emm, chanyeol apa kata kita minum wain ni dulu.." kata dahyun sambil tunjuk gelas dia

"Ehh, haa okay. Kenapa kau tak minum lagi?" Tanya chanyeol

"Aku tunggu kau lah, emm terima kasih jaga aku sejak firstday kita kat sini sampailah malam terakhir ni.." kata dahyun

Chanyeol angguk,

"Cheers!"

Mereka meneguk wain mereka sampai habis dan....

Tiba2 bunga api menyala di hadapan mereka,

"Nampaknya kita dah jumpa moonlight couple tahun ni!" Jerit pengacara itu

Dahyum dan chanyeol berpandangan sebelum mereka melihat ke arah gelas mereka

Ada cincin.

 

.........

 

"Tak aci, tu gelas aku tadi.." kata sehun

"Perghhh, boleh pulak diorang yang jadi couple.." kata luhan

"Sudah2 lah tu bet korang, tak rasa ke chanyeol dengan dahyun tu macam sweet couple" kata lay ala2 macam mak yang bangga dengan anak dan menantunya

"Yelah, bila lagi kita nak tengok chanyeol macam tu?" Kata xiumin

Mereka semua memandang chanyeol dan dahyun yang sedang berbual rancak tu

Siapa tahu pertemuan mereka yang pada mulanya tak senang boleh buat mereka bahagia?

"Okay fine! Chanyeol win" kata sehun

 

...............

 

Chanyeol perhatikan dahyun yang bercakap pasal life dia

Macam mana aku nak bagitahu yang aku suka kau?

 

............

 

hahahaaa, kalau ada typo pemenda semua tu silalah beritahu. Btw, tak sabarnya exo nak comeback! Wuhuhuuuuuuu 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Verylazy
typoooo

Comments

You must be logged in to comment
Exotic_Baby_99
#1
Chapter 21: Yahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhghhhhhhhhhh. .. asal sweeeeeeeeeeet sangaaaaaaaaaaatttttttttttttttt
Exotic_Baby_99
#2
Chapter 20: Woiiiii chanyeol menjala?? Like srsly? ? Aq gelak mcm hape tau tak baca niii ahahahahahHhahaHHHhahahahajajajaja
Chiko_Miari #3
Chapter 21: Wahhh!!real story??
Daebak!!..cuma ke kadang typo yg bleh buat saya pening skit..kiki..

Btw.Good Job A/N!!
Exotic_Baby_99
#4
Chapter 19: .................... ..........
Exotic_Baby_99
#5
Chapter 18: Kan betul Woohyun jahat ..
Exotic_Baby_99
#6
Chapter 17: Woohyun kan.... kan.... kann... sbb dye rindu kat Sungyeol.. ohohoohoho
Exotic_Baby_99
#7
Chapter 17: Dahyun suluh ke arah gaung yang tidak berapa dalam,

Ehh itu,

Seorang perempuan terbaring di atas tanah,

Mukanya ditutupi daun dan rumput

Baju kotor akibat tanah dan lumpur

.
.
. Adakah ini typo?
Dahyun tu patutnya chanyeol kan?
Jngn buat aq pening. ....
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 16: Yeass hilang, :D
Exotic_Baby_99
#9
Chapter 15: Chanyeol tu apahalllll.. author nim tolong la reveal banyak lagi kisah chanyeol yeee Saya curious niiii
Exotic_Baby_99
#10
Chapter 14: Srsly? Aq rse kau buat watak Woohyun dlm.ni mcm abg tinggi tuu.. sume org dye nak pegang -_-