Our story
One more time(Dalam kereta)
Dahyun pandang kat camera depan telefon dia
buruk sangat ke aku?
memanglah tak boleh lawan mina, tapi aku ni comel apa?
Dahyun fokus sangat sampai tak perasan yang sungyeol berhenti kat satu tempat,
"Dah-dah lah tu tengok muka kau yang macam dinding bangunan tak siap... "kata sungyeol
Dahyun terus simpan phone dia dalam beg
"Kenapa kau cakap macam tu tadi? Aku sihat lahh, aku nak pergi makan dengan diorang!" Kata Dahyun
"Kau ni memang tahu makan je kan?" Kata sungyeol
Dahyun pandang sungyeol,
"Yeol, aku nak tanya sikit boleh?"
"Tak"
Dahyun tenung muka sungyeol
"Tak kira, aku nak tanya jugak.." kata Dahyun
Sungyeol gelak, dia dah agak Dahyun mesti naj tanya jugak
"Haa apa?"
Dahyun telan air liur kejap, lepastu dia tarik nafas
"Kenapa kau putus dengan mina? Kenapa kau pilih aku?" Tanya Dahyun
Sungyeol terdiam sekejap,
"Apesal kau tanya?"
"Takdelah, mina kan ideal type kau, aku tengok dia pun macam suka kau lagi, kenapa kau putus dengan dia?" Tanya Dahyun
Sungyeol sandarkan badan dia kat tempat duduk pemandu tu
"Kau patut bersyukur aku ni sudi nak jadi boyfriend kau, dahlah muka buruk, selekeh, comot..ada jerawat dua ketul"
Dahyun rasa nak tonyoh2 cili kat mulut sungyeol
Kasar sangat gurauannya tu
"Dahlah aku malas nak cakap dengan kau.."
Dahyun merehatkan kepalanya di tingkap kereta
Dia memandang ke arah kereta yang lalu lalang,
"Dahyun, kau ingat tak masa tadika dulu kau selekeh gila?" Tiba2 sungyeol bersuara
Dahyun hanya senyap,
Apesal tiba2 nak throwback pulak ni?
"Kau tak berubah, kau tetap macam dulu, innocent, naive.. aku suka" kata sungyeol
Dahyun senyum,
Lepastu dia pusingkan badan untuk menghadap sungyeol
Dah berbelas tahun dia kenal sungyeol, sejak dari tadika
Tapi, masa sekolah rendah sungyeol ikut parents dia pindah ke seoul,
Tinggallah Dahyun kat busan
Lama juga dahyun dan sungyeol lost contact,
Tapi tahun lepas diorang jumpa balik sebab group chat sekolah tadika diorang,
Lepastu sungyeol selalu balik ke busan untuk jumpa Dahyun
Lagipun rumah nenek sungyeol dekat dengan rumah Dahyun
"Jangan dengar apa orang cakap, sebab diorang cemburu dengan hubungan kita.. diorang cemburu sebab aku pilih kau.."
Kata-kata sungyeol buat hati Dahyun rasa lega,
Dia tahu yang sungyeol akan sentiasa dengan dia
"Aku kena balik seoul esok" kata sungyeol
Dahyun bulatkan mata,
"Alaa, cepatnya!"
Sungyeol senyum sambil gosok kepala dahyun
"Minggu depan aku baliklah sini lagi.. aku ada hw nak kena siapkan.." kata sungyeol
Dahyun angguk
"Bawak kereta hati-hati," kata dahyun
Sungyeol angguk
.............
(Seoul)
Setelah menempuh perjalanan yang jauh,
Sungyeol sampai ke rumahnya
"Oppa!"
Adik sungyeol iaitu sungmi memeluk kaki sungyeol
"Agak2 lah kalau rindu pun.. " kata sunyeol
Sungyeol mendukung adiknya yang berusia 7 tahun itu
"Omma mana?" Tanya sungyeol
Sungmi hanya mengangkat bahu,
"Unnie sunghae cakap omma takkan balik lagi.." kata sungmi
Sungyeol terkejut,
"Kenapa pulak?"
Sungmi tak menjawab, matanya tertumpu ke arah skrin television
Sungyeol membiarkan sungmi menonton kartun kegemarannya
Dia naik ke tingkat atas dan mencari adiknya
"Sunghae?"
Sunghae menjeling ke arah sungyeol
"Kau memang abang tak guna!"
Sunghae ingin menutup pintu biliknya namun tenaga sungyeol. lebih kuat,
"Lee sunghae, jangan cakap yang appa pukul kau lagi" kata sungyeol
Sunghae menangis,
"Omma appa sama je, semua orang dalam rumah ni dah gila!"
Sungyeol memeluk sunghae dengan erat,
"Janganlah nangis.."
Hanya esakan yang didengari oleh sungyeol
Lengan adiknya dipenuhi dengan garisan2 merah,
Tanda dan bekas dipukul dengan rotan,
"Aku memang oppa tak guna, aku tak boleh protect korang, sorry.."
...............
Sungyeol membiarkan kedua-dua adiknya tidur di sisinya
Dia meletakkan ubat sapu yang disapu pada lengan sunghae tadi di tepi
Sungyeol menyelimutkan adiknya dengan comforter tebal sebelum dia bangkit dari katil itu,
"Appa,"
Sungueol mendekati appanya yang berada di pintu rumah,
"Appa pukul sunghae? Kenapa?" Tanya sungyeol
"Kau boleh jangan bising tak?"
En lee memakai kasutnya
"Appa dah malam ni nak pergi mana cari omma?" Tanya sungyeol
En lee memandang sungyeol
"Sekarang ni, aku bukan lagi appa kau, aku dengan omma kau dah takde apa2" kata en lee
Sungyeol tergamam,
Ibu bapa dia lah idola dia
Dia hormat omma dengan appa dia sebab bagi dia kehidupan senang,
Tapi kenapa sekarang diorang nak berpisah?
Kenapa tiba-tiba?
Kenapa masa adik-adik perempuan dia masih kecil?
Kenapa?
................
sorry sangat sebab pendek dan typo yang entah apa2 *cry* sesiapa yang baca tu, terima kasihhhh!! Kalau ada masa komen lah ye!
Comments