Holiday : 6, woohyun

One more time

..................

 

Dahyun mengeluh,

Dia bosan sebenarnya tengok tv sorang2 kat ruang tamu,

Disebabkan kaki dia cedera, dia terpaksa jalan pakai tongkat.

Dan disebabkan tu jugaklah dia tak boleh join kawan2 lain buat aktiviti kat luar.

"Haa! Apa kata aku invite woohyun datang sini.. ada juga kawan berbual.."

 

................

 

"Masuk je, pintu tak kunci.." kata dahyun bila dia dengar suara woohyun dari luar,

"Hai, takpe ke aku masuk?" Tanya woohyun

Dahyun senyum,

"Takpelah, kau kan kawan aku.. lagipun takde orang kat rumah ni.." kata dahyun

Woohyun pun angguk2 je,

"Ehh kenapa kaki kau?" Tanya woohyun dengan pandangan pelik

Dahyun angkat bahu,

"Aku pun tak tahu, sebenarnya aku sesat kat pulau semalam.." kata dahyun

Woohyun buat reaksi terkejut,

"Seriouslah kau sesat?! Kenapa sehun dengan kai tinggalkan kau?" Tanya woohyun

"Yee aku sesat, tapi macam mana kau tahu sehun dengan kai tinggalkan aku kat pulau tu?"

"Ehh, tak.. aku.. aku agak je, hehe diorang tu kan nakal.." kata woohyun

Dahyun angguk, 

"Kau tunggu sini ea, aku pergi amek air kejap.." kata dahyun

Dahyun cuba bangun tapi susah, 

Iyalah, kaki dah berbalut macam tu

"Ishh kau ni susah2 je.." kata woohyun

"Mana ada susah, kau kan tetamu. Tunggu sekejap.." kata dahyun

Woohyun terus capai tangan dahyun, dan perkara tu buat dahyun terkejut.

"Kalau macam tu biar aku je yang ambil air tu. Kau tunggu sini.." kata woohyun

"Ohh okay.."

Woohyun senyum kat dahyun sebelum dia menuju ke dapur,

Kenapa aku berdebar tiap kali woohyun senyum?

Sebab aku jatuh cinta kat dia ke?

 

..................

 

Woohyun letak cawan dia kat atas meja,

Dia tunggu dahyun siap minum baru dia mulakan kata2

"Dahyun, sebenarnya.."

Dahyun pandang woohyun dengan pandangan pelik,

Kenapa muka woohyun serious ni?

"Sebenarnya apa? Kenapa kau serious tiba2 ni?" Tanya dahyun

Dahyun cuba ketawa untuk hilangkan rasa kekok sekarang,

"Kau sayang sungyeol sangat ke?" Tanya woohyun

Dahyun terdiam sekejap sebelum dia angguk perlahan

"Mestilah, eishh kenapa kau tanya ni?"

Dahyun rasa tak sedap hati, kenapa ni?

Woohyun hanya membalas dengan keluhan,

"Woohyun, kenapa?" Tanya dahyun,

"Aku serba salah lah nak cerita.." kata woohyun

Dahyun telan air liur, apa yang susah sangat nak cerita tu?

"Woohyun, ceritalah. Pasal sungyeol ke?" Tanya dahyun

Woohyun angguk

"Okay kalau macam tu cerita, kenapa dengam sungyeol?"

Woohyun pegang tangan dahyun dengan erat,

"Please jangan benci aku bila aku cerita semua ni.." kata woohyun

"Okay2.. cerita je.."

Woohyun tarik nafas sebelum membuka mulutnya

Dahyun pula tertunggu-tunggu dengan cerita yang bakal woohyun beritahu

"Sebenarnya sungyeol cuma mainkan kau. Tu pun kau tak sedar ke?" Tanya woohyun

Dahyun tarik balik tangan dia,

"Apa kau cakap ni? Kau buat lawak apa?" 

"Listen kim dahyun, aku kawan dia. Aku tahu semuanya.." kata woohyun

Dahyun dah rasa hati dia macam kaca terhempas ke batu,

Sakit sangat,

"Kau tak tahu yang dia tu playboy. Sungyeol tu handsome, takkan dia nak kat kau" kata woohyun

Air mata dahyun dah bertakung

"Sorry, bukan maksud aku kau tak cantik atau kau tak bagus. Tapi kau tahu kan taste lelaki macam sungyeol tu?"

Dahyun cuma diamkan diri,

Tolonglah jangan nangis kat sini,

Tolong,

Air mata tolonglah jangan mengalir

"It's okay, kau boleh nangis. Ni bukan salah kau.." kata woohyun

Woohyun memeluk dahyun dengan erat. Dia dapat dengar esakan dahyun

"Sungyeol memang patut mati, tak guna"

"Takpe dahyun, aku ada.. aku sayang kau.."

Rambut dahyun dibelai dengan lembut,

..................

 

Dahyun berjalan perlahan-lahan ke arah pantai,

Dia rasa nak baling je tongkat dia yang asyik terbenam kat pasir tu

"Hidup susah konon, patutlah kau layan aku dengan dinginkan? Rupanya kau- tsk tsk"

Dahyun kesat air mata dia yang mengalir, dia tarik rantai yang selalu dia pakai

Rantai yang menjadi hadiah terakhir sungyeol sebelum dia pergi

"Tak guna kau sungyeol! Tak guna!"

Dahyun terduduk atas pasir, air matanya tak berhenti jatuh berjuraian

Rantai tadi tu dahyun campak, kalau boleh jauh sampai dia tak jumpa lagi rantai tu

"Aku benci kauu!"

Semua cold guy sama je,

Masa tu juga dahyun teringat woohyun,

Woohyun selalu ada untuk tenangkan dahyun,

Mungkin ini masanya untuk aku buka hati untuk orang lain

Untuk woohyun

Tanpa dahyun sedar, ada orang yang sedang memerhatikannya sambil tersenyum

 

....................

 

(Malam)

"Dahyun kau taknak makan ke?" Tanya bella.

Dahyun masih duduk atas katil main handphone, sebenarnya dari tadi dia chat woohyun

Dahyun dah mula rasa selesa dengan woohyun. So kalau lepas ni dahyun ada hubungan dengan woohyun, semua orang diminta jangan terkejut

"Dahyun, aku tanya ni.. kau taknak makan ke?" Tanya bella

"Takpe, kejapp lagi aku nak keluar.." kata dahyun

Bella kerutkan dahi

"Nak keluar? Dengan siapa? Woohyun?"

Dahyun angguk,

Bella duduk kat sebelah dahyun, lepastu dia pegang pipi dahyun

"Babe, kau okay?" Tanya bella.

"Haa? Okaylah, kau dah kenapa?"

Bella senyum tawar,

"Tadi aku nampak kau nangis kat pantai, ni tiba2 kau happy.. lebih makan ubat tahan sakit ke?"

Kata2 bella buat dahyun tergelak,

Apa pulak lebih makan ubat tahan sakit,

"Banyaklah kau, dah aku nak keluar.." kata dahyun

"Tapi beb, kat luar tu kan hujan." Kata bella,

"Payungkan ada" kata dahyun sambil tayang payung kat tepi pintu

"Okay fine, tapi hati2 tau. Kaki kau bukannya okay.." kata bella

"Baik mam!"

 

.............

 

Dahyun tunggu woohyun kat satu pondok

Dia melayan perasaan sambil perhatikan hujan yang turun dengan lebat,

Sebenarnya dia masih sedih sebab sungyeol mainkan dia

Aishh dahyun, lupakan je. Sungyeol dah takde dah pun. Kau patut buka hati kau untuk orang lain

"Am i late?" Tanya woohyun yang tadi berlari dalam hujan

Cardigan birunya basah terkena hujan

"Takdelah, aku yang awal.." kata dahyun

Woohyun senyum sambil duduk kat sebelah dahyun

"Woohyun.. sebenarnya aku ada benda nak cakap.." kata dahyun

Woohyun pandang dahyun yang tersenyum malu tu

"Haa? Cakaplah.." kata woohyun

"Tapi aku malulah.." dahyun tutup muka dia,

Takkan aku nak confess kat woohyun pulak, macam perigi cari timba pulak

"Alahaii. Cakap jelahh.." kata woohyun, tangan kiriny menyelak rambut dahyun ke belakang telinga

"Sebenarnya aku.."

Kata2 dahyun terhenti,

Jantung dia berdegup laju sangat, tak tahulah sebab nervous atau tak sedap hati kalau woohyun tolak cinta dia nanti

"Sebenarnya kau suka kat aku kan?"

Dahyun terkejut dengan kata2 woohyun

So? So kau terima aku tak?

Woohyun pegang pipi dahyun,

Dia dekatkan muka dia dengan muka dahyun

Woohyun senyum sebelum dia menyatukan bibirnya dengan bibir dahyun,

Mereka berdua menutup mata dan menikmati malam itu

Apabila ciuman mereka terlerai,

Dahyun dan woohyun masing2 mencari nafas

"I love you woohyun," kata dahyun perlahan

Woohyun senyum,

"I love you too but.."

Dahyun buat muka

"But?"

" i lied!"

Tiba2 dahyun rasa tangan woohyun dah berada kat leher dia,

Dan dahyun rasa sesak nafas

 

.............

excited exo nak comeback!! Tak sabar nak tengok exo perform atas stage! Wuuuu tak sabarrrrr nak dengar lagu baruuu! Tapi.. macam tak ready nak berfangirl time bulan puasa T.T .  

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Verylazy
typoooo

Comments

You must be logged in to comment
Exotic_Baby_99
#1
Chapter 21: Yahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhghhhhhhhhhh. .. asal sweeeeeeeeeeet sangaaaaaaaaaaatttttttttttttttt
Exotic_Baby_99
#2
Chapter 20: Woiiiii chanyeol menjala?? Like srsly? ? Aq gelak mcm hape tau tak baca niii ahahahahahHhahaHHHhahahahajajajaja
Chiko_Miari #3
Chapter 21: Wahhh!!real story??
Daebak!!..cuma ke kadang typo yg bleh buat saya pening skit..kiki..

Btw.Good Job A/N!!
Exotic_Baby_99
#4
Chapter 19: .................... ..........
Exotic_Baby_99
#5
Chapter 18: Kan betul Woohyun jahat ..
Exotic_Baby_99
#6
Chapter 17: Woohyun kan.... kan.... kann... sbb dye rindu kat Sungyeol.. ohohoohoho
Exotic_Baby_99
#7
Chapter 17: Dahyun suluh ke arah gaung yang tidak berapa dalam,

Ehh itu,

Seorang perempuan terbaring di atas tanah,

Mukanya ditutupi daun dan rumput

Baju kotor akibat tanah dan lumpur

.
.
. Adakah ini typo?
Dahyun tu patutnya chanyeol kan?
Jngn buat aq pening. ....
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 16: Yeass hilang, :D
Exotic_Baby_99
#9
Chapter 15: Chanyeol tu apahalllll.. author nim tolong la reveal banyak lagi kisah chanyeol yeee Saya curious niiii
Exotic_Baby_99
#10
Chapter 14: Srsly? Aq rse kau buat watak Woohyun dlm.ni mcm abg tinggi tuu.. sume org dye nak pegang -_-