Hurt

One more time

(Busan)

 

Dahyun terkejut dengan berita yang baru diterima,

"Hyun.." bomi memegang bahu dahyun yang sedang berdiri kaku di depan pagar rumahnya

Hujan masih lebat dan tiada tanda dia akan berhenti malam ni

"Kim dahy-"

DaHyun cuba senyum di hadapan bomi, dia sedaya upaya menutup rasa risaunya

"Bomi, kau nak balik, balik je." Kata dahyun

Bomi pandang dahyun dengan pandangan risau, dia masih memegangkan payung untuk dahyun,

"Haa okay aku balik dulu, nah ambil payung ni, karang basah kau nanti susah pulak" kata bomi

Dahyun angguk, 

Hati dia tak tenteram sekarang,

"Aku balik dulu, kalau ada apa2 beritahu aku okay?" Tanya bomi

Dahyun cuma senyum sebelum angguk,

Setelah kereta milik bomi meninggalkan kawasan rumah, 

Dahyun pandang semula ke arah telefon bimbitnya,

Dia segera mendail nombor telefon sungyeol

"Tak, sungyeol tak boleh pergi" kata dahyun dalam hati,

Dahyun hampir gila apabila sungyeol tidak menjawab panggilannya, mesej juga tidak dibalas,

Dahyun menekup mulutnya apabila dia terbaca beberapa update di laman sosial,

Kebanyakkannya rakan2 sungyeol menulis tentang pemergiannya,

Dahyun terduduk di lantai yang basah itu, payung di tangannya terlepas

Sungyeol betul-betul dah pergi? Dia dah mati?

Dahyun menangis sambil membiarkan badannya dipukul hujan,

Malam semakin gelap, dan begitu juga hari-hari dahyun yang akan datang

 

.....................

 

Puan kim melihat ke arah dahyun yang duduk diam di atas katil, rambutnya basah dan dia memeluk tubuh

"Dahyun, tadi nenek sungyeol cakap majlis peringatan sungyeol berjalan dengan lancar, tapi mommy minta maaf sebab tak dapat bawa hyun ke sana.." kata puan kim

Puan kim duduk di sebelah dahyun, dia mnyikat rambut dahyun yang agak kusut,

Puan kim sebenarnya risau bila dia tengok dahyun, mukanya pucat, matanya sentiasa sembab dan kemerahan, 

"Sudahlah hyun.. dia dah pergi.." kata puan kim

Dahyun angguk, dia faham apa yang mommg dia cuba sampaikan

"Yee, hyun tahu, mana ada hyun sedih, hyun senyum ni.." kata dahyun

Terasa perit bila dia terpaksa senyum tatkala hatinya sedih

"Nanti hyun turun makan ye, esok get ready pergi sekolah. Dah seminggu hyun taknak keluar bilik.." kata puan kim,

Dahyun angguk, dia tersenyum kepada puan kim yang sedang berjalan keluar dari bilik itu

Apabila pintu biliknya ditutup,

Air mata dahyun mengalir lagi,

Mommy tak faham, takde siapa yang faham,

Takde siapa tahu pentingnya sungyeol dalam hidup hyun

 

..............

 

Dahyun kesekolah seperti biasa selepas dia mengambil cuti selama seminggu,

Bomi risau sebab dahyun banyak mendiamkan diri dan termenung sepanjang waktu belajar,

"Hyun, serious lah kau taknak aku hantar kau balik?" Tanya bomi

Dahyun senyum dan menggelengkan kepalanya

"Takpe, lagipun aku nak singgah tempat lain nanti, kau balik hati2 tau.." kata dahyun

Bomi senyum tawar, lepastu dia peluk dahyun kuat2

"Maaf wehh, aku takde masa kau susah, aku tahu kau masih sedih, tapi aku tak suka tengok kau macam ni.." kata bomi

Dahyun ketawa sambil meleraikan pelukan bomi

"Kau dah kenapa? Aku dah lupakan kejadian tu, jangan risau.." kata dahyun

Namun hakikatnya dia cuma berbohong,

"Baguslah, aku suka tengok kau gelak, lagipun ramai lagi kumbang2 kat sekolah ni, haa apa kata kau try si joshua tu, dia handsome apa" kata bomi sambil ketawa

"Haha, joshua tu playboy, taknak aku.. dahlah suka perempuan cantik je.." kata dahyun

"Haha, tak kisahlah tu, asalkan kau happy, kalau macam tu aku balik dulu ea..." kata bomi

Dahyun angguk dan tersenyum 

Bomi berlari pergi sambil melambaikan tangannya

"Jangan buat kerja bodoh ye cik dahyun! Byee!"

Dahyun melambaikan tangannya,

Kalau lah aku sempat ucap selamat tinggal kat sungyeol

 

....................

 

Dahyun berjalan seorang diri ke rumah,

Dia sengaja melalui jalan yang sunyi kerana kawasan tu pernah menjadi tempat kegemarannya dengan sungyeol,

Langkah dahyun terhenti bila dia melalui sebuah pokok,

Pokok tu besar namun daun-daun kering gugur dari dahannya,

"Sungyeol.."

Dahyun memegang batang pokok yang masih berdiri tegak itu

Ada satu ukiran pada batang kayu itu,

* yeollieee & hyuneee <3 *

Dahyun berdiri di hadapan pokok itu

Sungyeol pernah mengukir nama mereka pada batang pokok itu

我爱你都永远不离开 * aku sayang kau, dan sampai bila-bila aku takkan pergi

 

"Tipu.."

Air mata dahyun mengalir,

"Kau tipu!"

Dahyun teringat lagu yang selalu sungyeol nyanyi,

"Lee sungyeol! Kau kata kau nak jadi partner aku masa majlis graduate nanti! Kau tipu!" Kata dahyun

Dahyun memukul dahan pokok itu, dia seperti melepaskan geramnya terhadap sungyeol ke arah pokok itu

"Kenapa kau pergi tinggalkan aku sorang2 kat sini? Balik sini! Dengar aku nak cakap ni, lelaki tak guna!" Jerit dahyun

Dia tak hiraukan orang-orang di sekelilingnya,

"Lee sungyeol! Better kau muncul sebelum.. tsk tsk.. sebelum.. sebe.. lum.."

Dahyun tak tahan, dia terduduk kat tanah sebab kaki dia rasa lemah

"Sungyeol, aku cuma nak cakap sikit je.. muncul lah sekejap walaupun lima minit.."

Dahyun mengesat air matanya

" aku nak ucapkan terima kasih, aku nak cakap yang aku sayang kau barulah hati aku tenang.."

Dahyun tunduk,

Tapi itu semua tak mungkin, sebab kita berada kat tempat yang berbeza,

Mungkin dekat, tapi dunia kita lain

Dahyun rasa ada orang peluk dia dari belakang,

Pelukannya erat,

"Dahlah hyun, aku faham perasaan kau.."

Dahyun toleh ke belakang,

Seorang lelaki berkulit putih tersenyum di hadapannya

"Hai dahyun!"

Dahyun kaku,

"Su.. suho?"

Suho gelak sambil cium pipi dahyun

"Ehhh lebih ni, nak cium2 bagai" kata dahyun,

Dia mengesat air matanya yang masih bersisa

"Elehh, takde orang cemburu pun kalau aku cium kau, kau mana ada boyfriend dah" kata suho

Dahyun buat muka sedih sebelum nangis,

"Bangang lah kauu! Kau tak faham apa yang aku rasa.. kau tak faham.." kata dahyun

Suho peluk dahyun balik,

"Dahlah, sorry okay, aku gurau je tadi." Kata suho

"Tak lawak pun masalahnya"

Suho gelak,

"Kan aku cakap tak lawak, yang kau gelak buat apa?" Kata dahyun

"Sebab muka kau kelakar, macan badut, hidung merah" kata suho

"Alaaa, ehhh tapi kau buat apa kat sini?" Tanya dahyun

Terkejutlah sebab suho tiba-tiba ada kat sini,

"Mama aku nak melawat mommy kau, tadi sebenarnya aku nak ambil kau kat sekolah, tapi kau dah jalan.." kata suho

Dahyun cuma angguk,

"Mana kau tahu aku pergi sini?" Tanya dahyun

"Senang je, aku follow kau tadi, lagipun aku ni sepupu kau, takkan aku nak biar kau sedih sorang2.." kata suho

Dahyun senyum, dia rasa lega sikit,

"Ehh mommy kau masak sedap tau hari ni, aku dah lapar, kau lah ni jalan terkedek-kedek, siap berhenti nangis depan pokok lagi." Kata suho

Dahyun cuma jeling suho

"Sebab kau tak faham aku sedih!"bkata dahyun sambil berjalan pergi

Suho senyum tawar,

"Aku faham perasaan kau, aku pun tak boleh move on bila junhee pergi.."

 

......................

Wuuuu ada suho lahhh! Suho sepupu dahyun? Kenapa dia balik busan? Haaa suspen tak? Takkan? Haa tau dahh.. *apa aku merepek* thanks to byun belle!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Verylazy
typoooo

Comments

You must be logged in to comment
Exotic_Baby_99
#1
Chapter 21: Yahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhghhhhhhhhhh. .. asal sweeeeeeeeeeet sangaaaaaaaaaaatttttttttttttttt
Exotic_Baby_99
#2
Chapter 20: Woiiiii chanyeol menjala?? Like srsly? ? Aq gelak mcm hape tau tak baca niii ahahahahahHhahaHHHhahahahajajajaja
Chiko_Miari #3
Chapter 21: Wahhh!!real story??
Daebak!!..cuma ke kadang typo yg bleh buat saya pening skit..kiki..

Btw.Good Job A/N!!
Exotic_Baby_99
#4
Chapter 19: .................... ..........
Exotic_Baby_99
#5
Chapter 18: Kan betul Woohyun jahat ..
Exotic_Baby_99
#6
Chapter 17: Woohyun kan.... kan.... kann... sbb dye rindu kat Sungyeol.. ohohoohoho
Exotic_Baby_99
#7
Chapter 17: Dahyun suluh ke arah gaung yang tidak berapa dalam,

Ehh itu,

Seorang perempuan terbaring di atas tanah,

Mukanya ditutupi daun dan rumput

Baju kotor akibat tanah dan lumpur

.
.
. Adakah ini typo?
Dahyun tu patutnya chanyeol kan?
Jngn buat aq pening. ....
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 16: Yeass hilang, :D
Exotic_Baby_99
#9
Chapter 15: Chanyeol tu apahalllll.. author nim tolong la reveal banyak lagi kisah chanyeol yeee Saya curious niiii
Exotic_Baby_99
#10
Chapter 14: Srsly? Aq rse kau buat watak Woohyun dlm.ni mcm abg tinggi tuu.. sume org dye nak pegang -_-