Holiday : 3, treat me like this

One more time

.............

 

Satu rumah tu bising, kecoh dengan macam2 suara

"Wooii woii ahh sikit lagi!" Kata sehun

"Ahh kau ni lembab lahh!" Suho pulak menjerit

"Hahaaa yess goll!" Kai dah menari-nari macam apa

Haaa ni lah padahnya lepak2 dengan budak lelaki, main game bola je pun nak jerit2 bagai

Ini baru kat ruang tamu, apa kata kita tinjau apa jadi kat dapur pulak

Dahyun baru jejakkan kaki ke dapur tapi dia nampak ada bawang besar bergolek kat kaki dia

"Ishh bawang nakal! Jangan main golek2 boleh tak?!" Dari jauh kris kejar bawang yang bergolek tu

Dahyun gelak sebelum kutip bawang tu untuk kris

"Thanks," kata kris sebelum kembali semula melakukan kerjanya iaitu mengupas bawang

Dahyun pandang sekeliling,

"Yahh byun baekhyun. Air tu banyak nya! Kau nak masak bubur ke apa?" Bebel bella yang dari tadi memerhatikan baekhyun nak masak nasi

"Ishh baby jangan lah marah2, mana aku tahu nak masak macam mana.. ishhh"

Dengan gigih nya baekhyun buang sikit2 air dalam periuk nasi tu

"Ehh dahyun, kenapa tak mandi lagi?" Tanya dyo yang tengah potong cendawan,

"Rasanya bilik air penuh lagi tu, nantilah mandi. Ada apa2 yang boleh aku tolong tak?" Tanya dahyun

Dyo gelengkan kepala,

"Setakat ni belum ada apa2 kot, rasanya bilik air atas tu dah takde orang, bolehlah kau mandi dulu.." kata dyo

Dahyun angguk,

"Haa kalau macam tu aku pergi mandi dululah, nanti aku tolong kau okay.." kata dahyun

 

..........

 

Dahyun berdiri kat depan bilik air tingkat atas,

Masih ada orang agaknya kat dalam ni, pintu berkunci je dari tadi

Sebenarnya dalam rumah ni ada tiga bilik air, dua kat bawah satu kat atas

Yang kat bawah dua2 penuh lagi, rasanya tao dengan lay berendam dalam tub agaknya

Dahyun betulkan tuala kat badan dia, maklumlah berkemban aje. Bila2 masa tuala ni boleh terlucut dari badan

Bunyi shower tadi dah tak kedengaran, mungkin yang mandi tadi dah siap kot

Dahyun dah standby nak masuk bilik air, dia tunggu orang yang mandi tu keluar

Krekk, pintu terbuka

Dahyun macam kaku kejap,

Chanyeol pandang dia sambil senyum sinis,

Lepastu chanyeol berjalan dan langgar bahu dahyun macam tu je

"Kau jangan ingat aku lepaskan kau macam tu je.." 

 

................

 

Lepas mandi tu dahyun turun terus ke dapur

Kat dapur dah takde orang sangat, tinggal d.o dengan.. chanyeol

Dahyun pusing semula nak join budak2 yang lain tengok tv tapi masa tu jugak d.o paggil

"Dahyun, tadi kau kata nak tolong kan?" Tanya d.o

Dahyun pun angguk jelah, 

Tapi chanyeol ada kat sini, tak selesa lahh

"Apa yang aku boleh tolong?" Tanya dahyun

"Kau tolong chanyeol potong sausage tu, tadi baekhyun buat separuh jalan je.." kata d.o

Dahyun telan air liur, dia cuba bertenang 

Dahyun tarik kerusi kat depan chanyeol dan duduk

Jantung dia dah berdegup laju sangat, samada berdebar atau takut bila tengok chanyeol

Chanyeol pulak masih gigih potong sausages,

Mamat ni kan.. kenapa dia benci aku?

Park chanyeol kenapa kau layan aku macam ni?

Kenapa kau tak suka aku? Kita tak boleh berkawan ke?

"Apesal kau tengok aku? Tak puas hati?" Tanya chanyeol

Dahyun cepat2 gelengkan kepala dia, macam manalah boleh termengelamun

Tapi persoalan tu masih buat dahyun tertanya-tanya

Kenapa park chanyeol benci dia?

 

.....................

 

Waktu makan diorang memang meriah,

D.o, dibantu dengan Baekhyun dan bella sedang menyusun makanan diorang kat halaman rumah tu,

Diorang decide nak makan dinner ala2 picnic/camping

Chanyeol dengan kai pula nyalakan unggun api kat tengah2 halaman tu

Yang lain cuma bawak pinggan dan cawan masing2 je

"Dah siap! Korang jom makan!" Jerit d.o

Yang lain semua amek tempat masing2

"Ehh nak duduk sebelah dahyun!" Kata tao

"Aku dah chop dululah" kata sehun

"Ehh aku rasa aku lagi layak nak duduk sebelah dahyun kot, baik korang tepi.." kata luhan

Tiba2 tangan dahyun ditarik, 

Bila dahyun pandang, rupanya kai yang tarik tangan dia

"Dah, kau duduk dengan aku ea.." kata kai

Dahyun pun angguk jelah, tak sangka jadi rebutan malam ni

Kai dan daehyun duduk bersebelahan,

Ada ruang kosong lagi kat sebelah dahyun, memang selamat lah dahyun sebab suho duduk kat situ

"Kau nak makan ayam? Ke nak makan stew ni?" Tanya kai

"Haa? Tak kisah, aku makan je.." kata dahyun

Kai terus cedokkan makanan untuk dahyun

Yang lain cuma pandang dengan menyampah

"Tak guna betullah kai" kata sehun

Masa tu juga dahyun terpandang chanyeol yang tengah fokus makan sambil berbual dengan baekhyun

Siap gelak2 lagi

Tak boleh ke kau layan aku macam kau layan kawan2 lain?

 

..............

 

"Okay, kita main game, siapa kalah kena kemas semua ni.." kata d.o

"Alahh kau kelah kemas aku dah keNyang ni, penatlahh" kata tao

D.o baling tulang ayam kat tao

"Kau tahu main, makan, tido.. aku harap sangat kau kena kemas semua ni.." kata baekhyun

Tao buat muka

"Game ni senang je, kalau aku cakap 14 orang dalam masa 3 saat, so kita semua 14 org kena peluk sama2, macam tu jugak kalau aku sebut nombor lain.." kata d.o

"Alahh kacang"

"Confirm bukan aku yang kena"

"Okay, sedia eaa"

"Sedia!"

"14 orang dalam masa 3 saat!" Jerit d.o

Mereka berlari berpelukan, dah macam satu bola besar

"Ahhh dyoo cepatlahh nombor lainnn! Aku tersepit nii" jerit sehun dengan kai

D.o cuma gelak,

"Alahaii bukan selalu nampak korang berpelukan macam ni" kata d.o

"Kau jangan nak jadi byuntae kat sini ea," kata bella

"Byuntae ape pulak? Aku peluk je kan?" Kata baekhyun sambil senyum2

"Okayy 7 orang dalam 3 saat!" Jerit d.o

Masing2 berlari mencari pasangan nak cukupkan 7 orang

Nasib baik semua sempat berpelukan dalam masa 3 saat

"Okayy, 2 orang dalam masa 3 saat!" Jerit d.o lagi

Masing2 berlari macam anak kambing lagi

D.o cuma gelak perhatikan semua, dia dah pair dengan suho so senanglah

Dahyun pulak tak tahu nak pair dengan siapa,

Masing2 pentingkan diri sendiri nak selamat je sekarang

Tiba2 tangannya ditarik dan dahyun dah dalam pelukan seseorang,

Dahyun tak nampak siapa yang peluk dia, sebab muka dia terlekap kat badan lelaki tu

Yang dahyun tahu dia seorang yang tinggi

"Wuuu aku peluk kris lahhh!" Jerit tao,

Apentah yang happynya dapat peluk kris, ke kau gay wahai tao?

"Ishh d.o cepat nombor lain,  Kai ni dah lah busuk!" Jerit sehun

"Alahh kau ingat kau wangi? Setakat bau strawberry macam bau perempuan!" Jerit kai

Tiba2 dahyun tak sedap hati

Yang tinggi2 semua dah ada pasangan

Tinggal.... chanyeol jelah kan?

Dahyun gagahkan diri untuk keluarkan kepala dia dari dakapan lelaki tu

Bila dia tengok sekeliling,

Sehun dengan kai

Dyo dengan suho

Kris dengan tao

Lay dengan chen

Xiumin dengan luhan

Bella dengan baekhyun

Dan..

Bila dahyun pandang atas,

Dia nampak muka chanyeol

"Okay guyss, ni last ea, 2 org yang kalah akan kemas semua ni" kata d.o

"Okayy2 cepattt! Aku taknak peluk si sehun ni!" Kata kai

Dahyun pun rasa benda yang sama, dia taknak peluk chanyeol lama2

"Okayy, 4 orang dalam 3 saat" jerit d.o

Masing2 bertempiaran lari lagi

Sehun kai dah berpasangan dengan kris tao

Suho dyo pulak lari kat xiumin dengan luhan

Lay dengan chen dah berlari ke arah bella dan baekhyun

"Ahahahahahha yeayyy aku selamattttt!" Jerit sehun

"Yeayyy tak payah basuh pinggan!" Jerit kai

"Good night guyss! Jom masuk tidoo!" Kata tao

"Dahyun dengan chanyeol, goodluck ye basuh pinggan!" Kata d.o

Basuh pinggan, dengan dia?

 

.................

 

Dahyun basuh pinggan dengan senyap

Sabun basuh pinggan ni memang licin ke? Basuh pinggan macam ni ke?

Chanyeol dari tadi kutip sampah kat dapur tu,

"Woii kau basuh pinggan ke mandi! Banyaknya sabun!" Jerit chanyeol

Dahyun punyalah terkejut dengan sergahan tu terus terlepas pinggan kat tangan dia

Bunyi pinggan pecah memenuhi ruang dalam rumah ni, 

"Yahhh!" 

Chanyeol kutip serpihan kaca tu

"Dahlah, memang perempuan tak guna, buat kerja dapur pun tak pandai.. kau pergi masuk bilik kau.." kata chanyeol

Dahyun macam kaku, 

"Aku suruh kau masuk bilik kau kan?" Kata chanyeol

Dahyun angguk,

"Dahtu bla lahh!" Chanyeol terus tolak badan dahyun ketepi

 

.................

heii heii korang baca tak ni? ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Verylazy
typoooo

Comments

You must be logged in to comment
Exotic_Baby_99
#1
Chapter 21: Yahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhghhhhhhhhhh. .. asal sweeeeeeeeeeet sangaaaaaaaaaaatttttttttttttttt
Exotic_Baby_99
#2
Chapter 20: Woiiiii chanyeol menjala?? Like srsly? ? Aq gelak mcm hape tau tak baca niii ahahahahahHhahaHHHhahahahajajajaja
Chiko_Miari #3
Chapter 21: Wahhh!!real story??
Daebak!!..cuma ke kadang typo yg bleh buat saya pening skit..kiki..

Btw.Good Job A/N!!
Exotic_Baby_99
#4
Chapter 19: .................... ..........
Exotic_Baby_99
#5
Chapter 18: Kan betul Woohyun jahat ..
Exotic_Baby_99
#6
Chapter 17: Woohyun kan.... kan.... kann... sbb dye rindu kat Sungyeol.. ohohoohoho
Exotic_Baby_99
#7
Chapter 17: Dahyun suluh ke arah gaung yang tidak berapa dalam,

Ehh itu,

Seorang perempuan terbaring di atas tanah,

Mukanya ditutupi daun dan rumput

Baju kotor akibat tanah dan lumpur

.
.
. Adakah ini typo?
Dahyun tu patutnya chanyeol kan?
Jngn buat aq pening. ....
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 16: Yeass hilang, :D
Exotic_Baby_99
#9
Chapter 15: Chanyeol tu apahalllll.. author nim tolong la reveal banyak lagi kisah chanyeol yeee Saya curious niiii
Exotic_Baby_99
#10
Chapter 14: Srsly? Aq rse kau buat watak Woohyun dlm.ni mcm abg tinggi tuu.. sume org dye nak pegang -_-