JUMAAT

7 hari

JUMAAT

Taehyung bangun dari tidurnya yang lena matanya terpisat-pisat memandang siling tengkuknya terasa geli dengan hembusan hangat nafas Jungkook.

Kejap.

Ohh..baru dia teringat semalam dia yang menyuruh Jungkook tidur dengannya,arhhh malunyaaa!!Jungkook sedang memeluknya dan dia berasa sangat sangat sangat selesa.Taehyung memandang tepinya,mukanya bertemu Jungkook,sangat dekat dan sangat rapat lagi seinci mereka akan bercium.

Taehyung tidak mahu berganjak malah dia hanya memerhatikan sahaja Jungkook yang sedang tidur lena,dia perhatikan muka Jungkook,Jungkook mempunyai kulit yang mulus, mata yang besar,pandangannya turun ke hidung mancung Jungkook dan akhir sekali bibirnya yang merah,Taehyung membayangkan senyuman Jungkook yang cukup membuatkan dia tersenyum sendirian.

Dia tahu dia sudah jatuh cinta pada Jungkook sejak pertama kali dia bertemu dengan Jungkook ,dari saat dia menyelamatkan Jungkook,mata Jungkook menceritakan segala keperitan hidup dialami olehnya namun Jungkook tetap berlakon kuat membuatkannya mahu melindungi Jungkook selama-lamanya.Ya,dia sudah jatuh cinta dan tidak akan sekali-kali menidakkannya.

 

Tidak akan sekali-kali.

 

 

Taehyung membiarkan dirinya berbaring di atas katil untuk beberapa minit seterusnya membuat keputusan untuk membersihkan dirinya dan menyediakan sarapan untuk mereka berdua.

Jungkook terjaga selepas terdengar Taehyung menyanyi sambil menyediakan sarapan,dia dapat bau aroma makanan tersebut dari bilik itu,dia tersenyum sendirian, dah macam pasangan baru kahwin ,haha hatinya berkata sebelum mukanya merah menahan malu.

"ARGHHH!!"Jungkook menjerit sambil menekup mukanya dengan bantal dan kemudian bangun untuk membersihkan dirinya sebelum menyertai Taehyung bersarapan.

"Good morningggg!"suara ceria Taehyung menyapanya sebaik saja dia melangkah masuk dapur.Muka Taehyung dihiasi senyuman yang tidak akan jemu orang memandang.

"Morning,"Jungkook membalas semula dengan anggukan dan senyuman di wajahnya.Dia mengambil tempat di sebelah Taehyung dan segera menikmati sarapan yang telah Taehyung sediakan.

Usai bersarapan,Jungkook dan Taehyung membuat keputusan untuk menonton televisyen di ruang tamu.Mereka berdua duduk bersama di atas sofa dan setelah beberapa siaran rancangan mereka berdua berasa bosan.

Jungkook menyandarkan kepalanya di bahu Taehyung,Taehyung pula tidak menolak dan membiarkan Jungkook.Mereka berdua selesa dengan sentuhan masing-masing namun tidak ada seorang pun diantara mereka yang berani mengaku.

"Tae.."

"Hrmm?"

"Saya nak tanya boleh?"

"Apa dia?"

"TaeTae ada abang eh?"Jungkook bertanya dengan berhati-hati,dia risau Taehyung tidak bersedia

"..."

"....."

"Urmm I mean,kalau Tae tak bersedia or rasa tak selesa dengan soalan saya tak payah la jawab," kata Jungkook mengangkat kepalanya dari bahu Taehyung dan memandang wajah Taehyung,Jungkook mengesan ada riak sedih di situ.

"Tak er maksud saya memang betul saya ada abang tapi itu semua lima tahun lepas sebelum dia kemalangan..bu..bukan saya ya..yang bu..nuh dia sebenarnya,"nafas Taehyung tersekat di situ dia cuba menahan tangisnya,memori tersebut mula menghantui dirinya.

 

 

 

 

 

-flashback-

"Kenapa balik lambat?"soal Baekhyun dengan nada yang geram.Soalannya tidak dipedulikan sebaliknya Taehyung terus menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya.

"YAH!KIM TAEHYUNG ,AKU TENGAH CAKAP DENGAN KAU NI!KAU TAU TAK SEKARANG DAH PUKUL BERAPA?!" jerit Baekhyun,dia tidak pedulikan jika jiran mereka terdengar.

"APA KAU PEDULI?LAHANAT KAU NI BISING JE LAH JAGA TEPI KAIN SENDIRI BOLEH TAK?SIBUK HAL ORANG LAIN PEHAL?PERGI MAMPOSLAH!"Taehyung menjerit semula dia menghempas gelas kaca itu ke lantai,bunyi kaca berderaian kedengaran diselangi bunyi guruh di luar,Taehyung membuat keputusan untuk keluar dari rumah.Taehyung tidak menyukai abangnya sejak dia kecil lagi,ibu bapa mereka selalu melebihkan abangnya ,dia merasakan amat tersisih,Baekhyun itulah,Baekhyun inilah. Kadang-kala dia merasakan adakah dirinya anak angkat ibu bapanya?Dia tahu abangnya menyayanginya namun dia terlalu muda untuk berfikiran matang pada masa itu,dia bodoh.

Tanpa disedari abangnya juga mengejarnya dari belakang,hujan turun semakin lebat membasahi bumi. Taehyung yang menyedari abangnya mengejar dari belakang mempercepatkan langkahnya.Baekhyun hanya menjerit nama Taehyung supaya berhenti namun tidak dipedulikan.Taehyung segera melintas apabila melihat lampu isyarat pejalan kaki berkelip-kelip hijau tanda masa melintas semakin hampir.

"Padan muka kau tak dapat kejar aku,haha,"bisik hati Taehyung ,dia tersenyum kemenangan.

 

 

SREETTTTT...PINN..PINN.....

 

 

 

Taehyung terpaku dia memusingkan badannya perlahan-lahan.

Dia melihat badan kecil abangnya menggelupur di tengah jalan raya,darah berlumuran di merata tempat.Taehyung segera berlari mendapatkan abangnya.Dia memangku tubuh abangnya perlahan-lahan.Air matanya mengalir dengan deras.

pergi mamposlah kata-kata itu terngiang di telinga Taehyung.

"Hyung..hyungg...TaeTae mintak maaf..Hyungg!! Bangunlahh..Hyung..ARGHHHH!!" Taehyung menjerit sekuat hatinya tidak mempedulikan orang di sekeliling yang sedang menolongnya.

Malam itu awan yang sarat dengan air hujan bagaikan telah membawa perasaan Taehyung bersama, berarak pergi ke tempat yang tidak diketahui.

Taehyung mengambil masa selama dua tahun untuk bangkit semula ,dia mula menulis lagu secara kecil-kecilan,pada awalnya lagu yang ditulisnya ditolak ramai namun setelah dia berusaha keras akhirnya lagunya mula diterima ramai dan boleh dikatakan dia salah satu penulis lagu yang terkenal.

-tamat flashback-

 

 

 

 

 

 

Jungkook terdiam selepas mendengar kisah hidup Taehyung,dia tidak tahu hendak memberi reaksi yang macam mana,akhirnya Jungkook membuat keputusan untuk memeluk Taehyung dengan erat untuk menenangkannya.Mereka dalam keadaan posisi sebegitu untuk beberapa ketika sebelum Jungkook melepaskan pelukannya dari Taehyung.

Jungkook memandang Taehyung bagaikan mahu memberitahu sesuatu namun akhirnya dia hanya menggumam sendirian dia berfikir untuk memilih masa yang sesuai untuk menceritakan kisah hidupnya pula.

 

Mereka berdua akhirnya tertidur bersama di sofa, malam itu mereka membuat keputusan untuk makan di luar di sebuah gerai kecil di tepi jalan,menurut Taehyung dia dan abangnya dulu selalu makan di situ jika dia sakit.

"So,Kookie-ah~ awak tak payah pergi sekolah ke?"tanya Taehyung setelah mereka berdua memesan makanan masing-masing.

Jungkook terdiam seketika dan menundukkan mukanya kerana TaeTae memanggilnya dengan nickname baru,malu konon,haha,pirahh..

"Saya ingatkan hyung takkan tanya?"Jungkook mencebikkan bibirnya.

"Haih~ni tengah tanya la ni,"Taehyung menahan gelak apabila Jungkook mencebikkan bibirnya,eii geram rasa nak ikat je dengan reben.

"Sekarang cuti sekolah la hyung,saya malas nak duduk rumah anak yatim so,saya lari la,penatlah duduk sana,"Jungkook berkata matanya memandang arah lain tidak mahu bertemu pandangan Taehyung.

"Oh..ermm sorry.."Taehyung hanya menundukkan kepalanya berasa bersalah.Jungkook hanya tergelak apabila melihat TaeTae berasa bersalah ,comel.

"Hyung ni kan kenapa comel sangat?Hahaha,kenapa nak rasa bersalah? Lagipun salah saya yang tak ceritakan kepada hyung~"kata Jungkook.

"Mana ad.."Taehyung tidak sempat menghabiskan ayatnya,pelayan datang membawa makanan yang dipesan oleh mereka.

"Wahhhh!~"Taehyung menjerit kegembiraan,matanya bersinar-sinar apabila melihat makanan dihidangkan di atas meja.Jungkook hanya tergelak kecil apabila melihat reaksi Taehyung mengalahkan budak kecil mendapat gula-gula.

"Mmmm...tedapp laa~macam tulu-tuluu~"Taehyung berkata dengan mulutnya yang penuh,namun matanya memandang sedih makanan itu seperti mengingati sesuatu.

Jungkook yang makan pun segera berhenti,dia menyedari pandangan sedih itu.

"Hyungg..comotlah hyung ni,"segera Jungkook menggunakan ibu jarinya untuk mengelap hujung bibir Taehyung yang comot.Taehyung yang tersedar dengan perbuatan Jungkook hanya tersenyum malu dan menggumam 'terima kasih' dengan perlahan namun dapat didengari oleh Jungkook dan dia hanya tersenyum sendirian dan mengangguk-angguk kepalanya.

 

 

Malam itu setelah mereka selesai makan dan pulang ke rumah,hujan tiba-tiba turun dengan lebat.Berita mengatakan bahawa ribut akan melanda di kawasan mereka untuk beberapa minggu yang akan datang.

"Hujan lagi,"getus hati Taehyung,dia hanya mengeluh dan berharap dia tidak akan mengigau lagi seperti sebelum ini.

Jungkook pula sedang menonton rancangan kegemarannya,Taehyung yang tak sampai hati untuk menghalang membiarkan sahaja.Dia terus menuju ke bilik untuk menyambung menulis lagu kerana tarikh due date semakin hampir,dia perlu menyiapkannya segera.

 

 

'BANGGGG!'dan selepas itu semuanya gelap.

 

"Hyunggg!Elektrik terputus,hyung kat mana?" Jungkook menjerit dengan nada risau dia juga agak takut dengan gelap.Dia mula meraba-raba sekelilingnya,mana TaeTae nih?

Ketika itu dia merasakan ada sepasang tangan sejuk yang memegang tangannya,akibat terkejut dia terus menjerit dan melompat ke belakang.

"HAHAHAHA,Lawak lahhh,hahahaha,"Taehyung hanya mengekek lucu dengan Jungkook yang penakut itu.

"BWOYAA~Orang risau dia,dia boleh dok gelakkan orang pulak!"Jungkook merengek tanda tidak puas hati.Walaupun dalam keadaan gelap,Taehyung dapat membayangkan muka Jungkook dan tergelak kecil.

"Meh sini,"Taehyung menarik tangan Jungkook dan menuju ke sofa.Mereka berdua duduk di atas sofa dengan diam sambil bermain dengan phone masing-masing dan leka di dalam dunia sendiri seketika.

"Hyung,sebenarnyakan saya rasa bersyukur sangat sebab hyung datang selamatkan saya,saya rasa bersyukur sangat hyung tak kisah pun saya tinggal dengan hyung sebab saya takde duit,hyung saya janji nanti saya akan cari kerja sebab saya rasa bersalah sangat biarkan hyung tanggung makan minum,tempat tinggal saya.Hyung tau tak hyung lah orang pertama buat saya rasa disayangi dan dihargai sangat-sangat,ibu bapa saya buang saya di depan rumah anak yatim tu,saya tak tau saya benci mereka tak,lepastu kat rumah anak yatim tuh mereka selalu buli saya,kata saya anak pelacur,anak haram kadang-kadang saya rasa nak bunuh diri tapi saya tahan saya cuma toreh tangan,saya macam dah takde harapan macam orang hidup,hidup saya membosankan sampailah masa tu saya nak bunuh diri,hyu...hyung.. se..selamatkan saya..,"Jungkook menahan tangisnya,dia rasa lega dapat meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya selama ini,dan dia juga rasa lega sebab situasi sekarang gelap,Taehyung tidak akan nampak dia menangis.

Taehyung segera menarik Jungkook menghampirinya dan menggosok-gosak bulatan kecil pada belakang badan Jungkook untuk menangkannya dan akhirnya Jungkook tertidur di bahu Taehyung.

Taehyung hanya membiarkan sahaja Jungkook tertidur di bahunya dan merasa setiap hembusan nafas Jungkook yang hangat di tengkuknya,tangannya memeluk Jungkook perlahan-lahan.

"Pabo,Kookie-ah~saya sebenarnya langsung tak kisah awak nak tinggal dengan saya,saya yang patut rasa bersyukur sangat,masa awak datang dalam hidup saya dunia saya berubah ,dunia saya tak lagi membosankan." Taehyung bermain-main dengan rambut Jungkook dan mendodoikannya sehingga dia sendiri tertidur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

---------------------------------------------------------------------

P/S:Hahaha,best la baca komen korang comeii je semua korang punya komen buat saya tergelak sorang2 mcm org gila hahaha,anyway terima kasih kepada subscribers,upvoters dan pembaca yang disayangi sekalian,hmm agak terharu ada jugak orang nak baca cerita ni~

feel free to comment atau bagi apa2 idea:) saya akan selalu baca~

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 8: waahhhh tae dah xde ke...and then JUNGKOOK accident soooooo diorang jumpa kat syurga....waahhhh sedihla ...menangis baca..huhuuhu
mpreggoland
#2
Chapter 8: apa ni?? sy tak fhm la...huhu :(
zelomine
#3
Chapter 8: tae .... mana tae... dia mati kerr... author... sequel please... alahhhh...
k-hope
#4
Chapter 8: Taetae dah mati ke??
forme
#5
Chapter 8: what?? woah.. what??? noooo!!! ok x tau nak ckp apa and seriously terkejut sngt.. nonono..
alya07
#6
Chapter 8: 啊!!为什么TaeTae死??我要Happy Ending~
Anyway thanks for update!!<3<3
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 6: Surprise?? Wah....x sabarnya.....
mpreggoland
#8
Chapter 6: surprise di akhir citer ni? kookie pregnant eh? hehe sorry, terbawa2 dgn genre mpreg plak...
apa2pun sy akn tggu updatenya :D
hwaiting!
forme
#9
Chapter 6: It's okay.. just take your time..
nervous lak nk tnggu suprise.. hehe
mpreggoland
#10
Chapter 5: mak aihh sweet dan comel la diorg ni! ee geramnyer...rasa cam nk muncul je n lepak2 ngan diorang hehehe