KHAMIS

7 hari

KHAMIS

Jungkook mula memahami cara pekerjaan Taehyung yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat dan dia bebas menulis lagu mengikut kehendak hatinya dan boleh menjual lagunya di mana-mana syarikat yang dia suka.

Pagi itu Jungkook bangun seperti biasa namun dia merasa agak pelik apabila melihat Taehyung masih nyenyak tidur di katilnya.Jungkook menghampiri katil Taehyung perlahan-lahan dan mencangkung di tepi katil tersebut menghadap muka Taehyung.Dia dapat merasai setiap hembusan nafas hangat Taehyung dan merasa damai apabila melihat muka tenang Taehyung yang sedang tidur.

 

 

 

 

 

 

 

 

Petang itu,Taehyung mengajak Jungkook pergi besiar-siar di taman sambil mencari inspirasi untuk menulis lagu,lagi pula sudah 3 hari mereka tidak keluar rumah,boleh mati kebosanan bak kata Jungkook,mati sangat.

Taehyung pula hanya mengikut kerana dia boleh mencari inspirasi menulis lagu,lagipun selama ini pergerakannya hanya terbatas di pasar raya berhampiran itupun sebab nak beli makanan dan berurusan dengan orang yang hendak membeli lagunya kalau tidak memang dia tidak akan keluar ke rumah langsung.Namun petang itu hatinya tiba-tiba menjadi kosong,dia teringatkan sesuatu dan air matanya mula menitik.Kenapa?Dia sendiri tidak mahu mencari jawapan untuk soalan di hatinya.Dia hanya terus berjalan untuk menghapuskan tangisya,dia tidak mahu Jungkook melihatnya lemah.

"hyung,nak ais krim"

"..."

"hyung!"

"..."

Jungkook merasa pelik apabila Taehyung tidak memberi sebarang reaksi sebab selalunya dialah manusia yang paling kecoh.Jungkook mula berlari anak mendapatkan Taehyung yang sudah berada jauh di hadapan.

"hyung,saya nak beli ais krim,hyung nak tak?"

"..."

"apa kena dengan hyung ni?"

Apabila dia menarik badan taehyung dia tersentak. Jungkook segera menarik tangan hyungnya dari situ dan menuju ke tempat yang lebih sunyi kerana tidak mahu dilihat orang lain, Taehyung pula hanya membiarkan tubuhnya ditarik oleh jungkook.

"Hyung?hyung okey?" soal jungkook mukanya jelas menunjukkan kerisauan di mukanya.Hatinya sakit melihat Taehyung sebegini kerana dia hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa,Jungkook merasakan dirinya tidak berguna.

"Hyungg..."Jungkook separuh berbisik sambil matanya tepat memandang anak mata Taehyung.Taehyung melarikan pandangannya seketika,dia memandang Jungkook semula dan tanpa-apa pesanan Taehyung terus melarikan dirinya.Jungkook pula hanya mampu terpaku disitu tanpa membuat apa-apa.

 

 

Jungkook mula berlari mencari Taehyung apabila dia menyedari masa sudah semakin lewat dan langit sudah mula menunjukkan tanda-tanda hendak hujan.Hampir setengah jam mencari sudahnya dia menjumpai Taehyung di taman permainan yang tidak jauh dari rumah Taehyung dan Taehyung sedang bermain buaian seorang diri di situ.

Jungkook perlahan-lahan mengambil tempat di buaian kosong di sebelah Taehyung,dia mula mengayunkan buaian itu perlahan -lahan seperti Taehyung.

"Kookie-ah,awak percaya tak yang semua orang bencikan saya?"Taehyung menanya Jungkook dengan suara yang amat sayu.

"Tak,kenapa pulak semua orang nak benci hyung?Hyung baik sebab Hyung selamatkan saya,kalau tak saya dah lama mati,saya jugak pernah terfikirkan untuk bunuh diri lagi lepas hyung selamatkan saya sebab saya rasa saya ni asyik menyusahkan orang tapi saya sayang hyung,"terang Jungkook dengan panjang lebar,dia dapat merasakan Taehyung sedang memandangnya lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah Taehyung dan memberi ekspresi 'apa' , kehairanan.

"Don't you dare to kill yourself again."Taehyung berkata,ayatnya sangat mudah namun nadanya yang keras dan tegas cukup membuatkan Jungkook berjanji kepadanya agar tidak cuba membunuh diri lagi.

Langit semakin gelap dan mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah.Dapur pada malam itu tidak seceria seperti biasa,bagaikan ada tarikan magnet yang berada pada diri Taehyung semuanya menjadi mendap dan membosankan.Taehyung dan Jungkook mengambil keputusan untuk masuk tidur awal pada malam itu.

Awan mula memuntahkan isinya,hujan mencurah-curah dengan lebatnya pada malam itu kilat diselangi dengan guruh berdentum-dentam dengan kuat bagaikan beradu kekuatan sesama mereka,tidak ada tanda-tanda hujan akan berhenti dalam masa yang terdekat.

Jungkook hanya memandang kosong kipas yang berputar di siling rumah,fikirannya melayang memikirkan Taehyung.

Tiba-tiba dia terdengar bagaikan ada suara rintihan,dia ingat itu semua imaginasi semata,dia tidak layan suara itu tapi suara itu bagaikan dekat dengan dirinya,Jungkook mula mencari arah suara itu dan pandangan matanya jatuh ke arah Taehyung.Dia segera menghampiri Taehyung,Taehyung tengah mengigau nih...bisik hatinya.

"Hyung..hyungg..maafkan saya..se..semua sa..l..lah saya..hyung.."Jungkook melihat Taehyung menggapai-gapaikan tangannya bagaikan mahu mencapai seseorang.Taehyung bagaikan sangat terdesak.

Hyung?

Dia memberi peringatan kepada dirinya agar bertanya tentang hal ini esok kepada Taehyung.Cuaca di luar semakin menggila dan menjadi semakin sejuk.Guruh juga berdentum semakin kuat.

Jungkook mula mendodoi Taehyung dengan menepuk bahunya dengan perlahan dan memegang tangan Taehyung bagaikan menyalurkan kehangatan melaluinya.Taehyung kelihatan tenang setelah beberapa ketika.Jungkook segera menarik selimut yang berada di bawah kaki Taehyung dan menyelimutkannya sehingga paras baru sebelum dia balik ke katilnya.Namun belum sampai dua langkah dia menapak dia merasakan seseorang menarik tangannya.Jungkook menoleh semula ke belakang dan melihat Taehyung sedang memegang tangannya dengan kuat.

"Ja..jangan tinggalkan saya..sa.saya ta..kut.." kata Taehyung dalam keadaan separuh sedar.

"Tae...saya nak tidur mana?"bukan Jungkook tidak mahu tetapi dia segan,dia tidak tahu hatinya kebelakangan ini semakin menggila apabila dia berdekatan dengan Taehyung.

Taehyung pula tidak mahu Jungkook memberikan apa-apa alasan segera menepuk-nepuk tempat disebelahnya. Jungkook tidak mampu lagi berkata-apa dan dengan berat hatinya baring disebelah Taehyung. Jungkook baring membelakangkan Taehyung,dia cuba memaksa dirinya untuk tidur dan mengabaikan degupan jantungnya yang semakin menggila tapi tak boleh.

Tiba-tiba dia merasakan ada sepasang tangan memeluknya dari arah belakang dan hembusan hangat di sekeliling tengkuknya,Jungkook cuba mengelak namun Taehyung hanya mengeratkan lagi pelukannya dan akhirnya Jungkook hanya mengalah dan tanpa disedari dia turut terlena dengan pelukan dan kehangatan yang menemaninya pada malam yang dingin itu.

Malam itu Jungkook mimpi indah...

 

 

 

---------------------------------------------------------------------

P/S:Sorry sebb semalam tak update sebb ada hal,sorry ek?anyway siape korang punya faveret OTP saya punya Baekyeol,Hunhan and Vkook.Kalau korang ada apa2 nak ckp or sebarang idea sila rajinkan diri komen dibawah,haha:)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 8: waahhhh tae dah xde ke...and then JUNGKOOK accident soooooo diorang jumpa kat syurga....waahhhh sedihla ...menangis baca..huhuuhu
mpreggoland
#2
Chapter 8: apa ni?? sy tak fhm la...huhu :(
zelomine
#3
Chapter 8: tae .... mana tae... dia mati kerr... author... sequel please... alahhhh...
k-hope
#4
Chapter 8: Taetae dah mati ke??
forme
#5
Chapter 8: what?? woah.. what??? noooo!!! ok x tau nak ckp apa and seriously terkejut sngt.. nonono..
alya07
#6
Chapter 8: 啊!!为什么TaeTae死??我要Happy Ending~
Anyway thanks for update!!<3<3
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 6: Surprise?? Wah....x sabarnya.....
mpreggoland
#8
Chapter 6: surprise di akhir citer ni? kookie pregnant eh? hehe sorry, terbawa2 dgn genre mpreg plak...
apa2pun sy akn tggu updatenya :D
hwaiting!
forme
#9
Chapter 6: It's okay.. just take your time..
nervous lak nk tnggu suprise.. hehe
mpreggoland
#10
Chapter 5: mak aihh sweet dan comel la diorg ni! ee geramnyer...rasa cam nk muncul je n lepak2 ngan diorang hehehe