ISNIN
7 hariISNIN
Jungkook berdiri di atas tebing jambatan tersebut sambil matanya memandang kosong sungai yang mengalir deras di bawah jambatan itu.Jungkook gementar namun hatinya sudah mati untuk meneruskan kehidupannya.Hidup yang penuh kepura-puraan.Jungkook menutup matanya,air jernih mengalir di pipinya.Dia sudah bersedia,Jungkook nekad.Kakinya perlahan-lahan menghampiri hujung tebing jambatan itu dia menggenggam tanganya.
satu,dua,ti...
"Awak gila ke?!" mata Jungkook berpinar,badannya terasa sakit sekali.Jungkook cuba mencari arah suara itu,belum sempat dia mengangkat kepalanya Jungkook merasakan ada tompok hitam yang mengaburi pandangan matanya dan dia tidak menyedari apa yang berlaku selepas itu.
"Awak dah sedar,"suara itu berkata dengan nada yang gembira.
Jungkook cuba untuk membuka matanya namun cahaya silau itu menghalang.Dia juga cuba untuk membangunkan tubuhnya namun gagal apabila merasakan kepalanya bagaikan dicucuk-cucuk denganjarum kecil yang tajam.Akhirnya dia hanya menghela nafasnya dan menghempas tubuhnya di tilam lembut itu semula.Jungkook merasakan dirinya di pandang namun dibiarkan sahaja.
Setelah beberapa saat dia mendiamkan diri,akhirnya Jungkook bersuara."Sa..saya..kat mana..n..ni?"
"Awak kat rumah saya,ishh awak ni pun satu,gila ke nak bunuh diri?"suara yang agak parau itu bekata dalam nada lembut namun tegas.Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah suara tersebut.Dia melihat figura lelaki di hadapannya.Lelaki itu berambut berwarna hitam,matanya tidak sebesarnya,hidungnya agak mancung,kulitnya putih tanpa cacat cela dan bibirnya..erk..Jungkook mengalihkan pandangannya ke tempat lain,dia merasakan mukanya semakin hangat.
Dia mendengar lelaki itu hanya ketawa kecil namun Jungkook hanya mendiamkan dirinya sahaja.Lelaki itu membuat keputusan untuk membiarkan Jungkook berehat dan dia segera beredar dari bilik itu tanpa sedar Jungkook juga turut memerhatinya sehingga kelibatnya hilang.
Comments