RABU

7 hari

 

RABU

Keesokan harinya Jungkook bangun tetapi dia kelihatan hampa kerana tidak dapat mengesan kehadiran Taehyung disisinya,kadang-kadang dia tertanya-tanya apakah pekerjaan Taehyung sehingga bangun begitu awal dan meninggalkannya keseorangan.

Sampai bila aku nak duduk sini?Sampai bila aku nak menyusahkan dia?Kesian dia kena tanggung aku,dah la dia kerja seorang..Jungkook mengeluh,dia mengambil tempat di sofa dan tenggelam dalam dunianya sendiri sehingga tertidur.

 

 

Hmphhh...bau apa ni?Jungkook menggeliat sambil menguap,matanya terpisat-pisat.Dia segera bangun menuju ke dapur,dia melihat Taehyung sedang memasak.Ehh..kejap,awal pulak dia balik?Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal namun dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sebab bukan hal dia kan?Karang cakap apa pulakkan,macam menyibuk hal orang lain je~

Jungkook duduk di salah sebuah kerusi di dapur dengan senyap sambil memerhati Taehyung.TaeTae kelakarlah..sekejap cakap sorang sorang,kejap menyanyi menggunakan senduk sebagai mic,sekejap terlompat-lompat bila dia sedar makanan yang diggorengnya hangus lepas tu mulalah dia membebel marahkan dirinya sendiri.Jungkook tidak sedar yang dia kyusyuk sangat memerhati Taehyung sehingga tersenyum sendirian.

"Hoii!Senyum apa sorang-sorang tu hah?Teringatkan girlfriend ekk?ekk?"Taehyung hampir tergelak apabila dia melihat Jungkook tersenyum sorang-sorang di meja makan.Comel...getus hatinya.

"Hahh?"Jungkook yang masih blur blur hanya mampu memberi reaksi yang sebegitu rupa,yelah blur kan?

"Ishh awak ni comel tahu?"Taehyung berkata sambil mencubit kedua-dua belah pipi Jungkook.

"Ma..mana ada!"Jungkook berkata separuh menjerit sambil menggosok-gosok pipinya yang merah bukan sebab sakit dicubit oleh TaeTae tapi sebab menutup mukanya yang merah menahan malu.

"Dah dah,mari makan,"kata Taehyung sambil menahan tawa dan mengambil tempat di sebelah Jungkook.Kedengaran hanya sudu dan chopstik berlaga ketika mereka mula makan,kekok sangat.Akhirnya Jungkook mengambil keputusan untuk bertanya.

"Awak kerja apa?"

"Penulis lirik lagu"

"Ohh.."

"...."

".........."

"Kejap kejap,awak panggil saya awak?"

"Yelah,habis tu?

"Saya lagi tua daripada awak tahu?"

"No wayy!!"

"Yes wayy!!"

Jungkook terdiam,biar betul?Dia hanya memerhatikan Taehyung makan.Taehyung pula mula berasa tak selesa apabila Jungkook hanya memerhatinya makan.

"Apa tengok tengok,makanlah!"Taehyung menghalakan chopstiknya ke arah makanan Jungkook,Jungkook tetap tidak bergerak.Sudahnya dia menyuapkan makanan ke dalam mulut Jungkook.Jungkook yang blur blur hanya menyedari perkara itu berlaku apabila dia menelan makanan tersebut.

"Yahhh!!Saya bukan budak kecil tahu?Saya pandai makan sendirilah!"Jungkook berkata memasamkan mukanya.Tapi sebenarnya dalam hatinya dah melompat-lompat,bagaikan bunga api meletup-letup indah,hahaha.

 

 

Malam itu Jungkook tidur dengan lena.Taehyung pula hanya memerhatikan Jungkook yang lena dalam tidurnya,dia tersenyum pahit.

"Hyung..."Taehyung berbisik perlahan sebelum melelapkan matanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

p/s:saya sebenarnya bukan pandai menulis:p hahaha,tapi korang rasa macam agak kekok kan baca boyxboy dalam bahasa melayu,selalunya saya baca dlm bahasa inggeris je sebb haha yelah orang melayu kan?mestilah kekok kalau baca dlm BM.Lulz

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 8: waahhhh tae dah xde ke...and then JUNGKOOK accident soooooo diorang jumpa kat syurga....waahhhh sedihla ...menangis baca..huhuuhu
mpreggoland
#2
Chapter 8: apa ni?? sy tak fhm la...huhu :(
zelomine
#3
Chapter 8: tae .... mana tae... dia mati kerr... author... sequel please... alahhhh...
k-hope
#4
Chapter 8: Taetae dah mati ke??
forme
#5
Chapter 8: what?? woah.. what??? noooo!!! ok x tau nak ckp apa and seriously terkejut sngt.. nonono..
alya07
#6
Chapter 8: 啊!!为什么TaeTae死??我要Happy Ending~
Anyway thanks for update!!<3<3
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 6: Surprise?? Wah....x sabarnya.....
mpreggoland
#8
Chapter 6: surprise di akhir citer ni? kookie pregnant eh? hehe sorry, terbawa2 dgn genre mpreg plak...
apa2pun sy akn tggu updatenya :D
hwaiting!
forme
#9
Chapter 6: It's okay.. just take your time..
nervous lak nk tnggu suprise.. hehe
mpreggoland
#10
Chapter 5: mak aihh sweet dan comel la diorg ni! ee geramnyer...rasa cam nk muncul je n lepak2 ngan diorang hehehe