chapter 27
My 25 Old HusbandLoker aku tutup setelah selesai mengambil baju sukan.Yeah,PE untuk kelas pertama.Ergh!Aku tak suka kelas PE!Sudahlah Taehyung dan aku akan terpisah sebab budak lelaki kelas aku akan bergabung dengan budak lelaki kelas sebelah manakala budak perempuan kelas aku akan bergabung dengan budak perempuan kelas sebelah.Dahlah budak perempuan kelas sebelah tu annoying gila!
Jinjia!Haishh..Tak payah datang sekolah pun tak pa kot hari ni,boleh kacau Umin gege dekat studio.Alahai..rindulah pulak dekat mamat sorang tu,semalam habis beberapa tempat aku ajak dia pergi.Dia pun ikut dengan rela hatinya,sebab tu aku sayang dia!><
Dengan segera aku berlalu ke bilik persalinan.
Setelah selesai menukar pakaian,aku melebarkan langkah sendirian ke gelanggang bola keranjang.Tempat untuk pelajar perempuan berkumpul.
Semasa aku sampai,Saem Jung masih belum tiba.Tetapi semua pelajar perempuan dari kelas aku dan juga kelas sebelah sudah berkumpul di sini.
Ada sesuatu yang tak kena.Bukan aku nak perasan atau apa,cuma..budak perempuan kelas sebelah kebanyakannya sedang jeling ke arah aku.Aku ada kacau diorang ke?Buat salah pada diorang?
Tak tahu lah pulak aku ada salah dengan diorang.Apa eh?Fikir Jung Hyeri.Apa yang kau dah buat pada diorang sampai diorang jeling kau macam tu.
"Ok girls!Sorry I'm late!"
Fiuh..jelingan dari mereka terhenti tatkala Saem Jung masuk dan bersuara.Aku rasa kalau jelingan itu boleh membunuh,mungkin aku dah mati tadi.
***
Aku mengetuk ngetuk sedikit bahu aku.Lenguh.Haih..bayangkanlah aku kena seret bola bola keranjang dalam jaring tu dari gelanggang tadi sampai stor sukan.Boleh tahan jauh jugaklah.Sudahlah kena seret sorang sorang.Nasiblah Saem Jung yang mintak tolong..
Aku menutup pintu stor sukan dan bersedia untuk menuju ke bilik persalinan semula.
Gulp!Gelaplah pulak jalan tadi.Saem Jung dah tutup lampu lepas habis PE tadi.Jauh jugaklah nak jalan ke bilik persalinan.Gelap pulak.Huish..seram aku!Tak boleh jadi ni,kena lalu jalan lain.Tak sanggup aku nak lalu jalan tu,nanti ada makhluk lain yang tegur kang,mampos!
Aku berjalan melalui jalan yang satu lagi.Jalan yang bertar.Biarlah asalkan cerah jalannya.Bukan gelap macam tadi.Aku berjalan secepat yang boleh.Dan langkahku sudah hampir dengan tempat parkir kereta.
"Woi Hyeri!"
Aku berhenti dari meneruskan langkah.
Alamak!Siapa pulak?Harap harap ianya manusia.
Aku menoleh ke belakang.Fuh...geng budak perempuan kelas sebelah rupanya.
"Pehal?"Aku menyoal mereka yang asyik menjeling aku waktu PE tadi.Apa aku buat dekat diorang do?Sembang pun jarang.
"Kau.."Salah seorang dari mereka menunjukkan jari telunjuknya ke arah aku sambil berpeluk tubuh.Matanya melihat aku tajam
Comments